Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Jom balik Kedah jom

Jom balik Kedah jom

Imej
Jom balik Kedah jom. Walau pada asalnya, memang aku nak terus drive sampai ke Kedah. Nak pi himpunan guru muda la kan. Walau pada mulanya aku memang tak berhajat nak pi. Tapi dah alang-alang cuti sekolah, kampung sendiri pulak tu. Takkan tak mau turun kan. Tempat lain boleh aku pi, tempat sendiri tak pi memang melampau la kan. Sekali kena kat kulai sampai ke atas jem teruk. Terus call adik. Tidur bangi ajer la. Esok pepagi sambung semula gerak ke kedah. Pasal bila pikir pikir, mau pagi buta aku sampai ke kedah ni. So, pi la lepak ke bangi semalam. Berenti makan kat pagoh. Punya la ramai orang. nak kata lagu mana, semua tensen pasal jem tadi kan. Kat machap memang full house. langsung aku gerak ke pagoh. nak parking pun sampai dekat setengah jam aku musing cari lot. ni yang best. apa yang diletak semua sapu licin. orang ramai. senang citer, tadak tengok tengok lagi dah. jumpa ja ambik, bayar, makan.