Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Juara Sumbangsih 2017

Kedah Juara Sumbangsih 2017

Imej
Kedah Juara Sumbangsih 2017. Tahniah Kedah! Kedah menafikan hasrat Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk melakar hatrik selepas menang 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti Piala Sumbangsih di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi. Kemenangan itu cukup bermakna selepas kali terakhir Kedah menjulang piala berkenaan 23 tahun lalu namun pada aksi Liga Super kedua-dua pasukan mengutip satu mata selepas terikat 1-1 pada perlawanan itu. Tanpa kelibat pemain import baharu, Jeronimo Barrales yang berada di bangku simpanan tidak menjejaskan taktikal tuan rumah yang kerap mengasak ke kubu skuad Helang Merah. Tuan rumah hampir membuka tirai jaringan pada minit ke-10 selepas bola umpanan Azammuddin Akil beri ruang kepada Brian Fereirra yang tidak dikawal di dalam kotak namun rembatan sipi dari gawang gol. Malah selang dua minit kemudian bola cantik hantaran Azammuddin sempat di sambar Gonzalo Cabrera yang bertindak pantas memperdayakan benteng pelawat tetapi sekali lagi sipi dar