Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Jumaat @Masjid India

Jumaat @Masjid India

Imej
Jumaat @Masjid India. Lama tak solat di sini. Last solat pun masa bulan puasa. Ntah dah beberapa belas tahun yang lepas kot. Hehehe. Kali ni singgah semula. Leh tahan menapak la. Keadaan jauh beza. Maybe sebab jemaah pun dah makin ramai. Masuk. Atuk Kedah ajak simpan kasut kat tempat penyimpanan kasut di bawah. Dia amik RM1 untuk setiap pasang kasut. Selesai wuduk, naik ke main hall di tingkat atas. So. Ada 3 ruang lah. Main Hall di tingkat 2, tingkat 1 dan tingkat 3. Masuk aje ada ceramah agama. Tapi. Kena pastikan faham bahasa tamil kalau nak menghayati. Bagus usaha ni. Selang 15 minit azan berkumandang. Ngam ngam penceramah bajet masa. Assalamualaikum aje, terus azan. Khutbah bermula. Memang respect. Tak tengok teks pun. Tapi. Sama macam ceramah. Kena faham bahasa tamil. Lama aku tak experience perkara ni. Sembahyang. Memang sangat rapat saf. Selesai. Kami amik masa jap. Tu pun masih pack dengan manusia. Ambil kasut pun beratur panjang. Nak keluar laaagi panjang. Alhamdulillah.