Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU

Keputusan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1) Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2019

Imej
Keputusan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1) Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2019. Pihak MARA telah pun mengiklankan permohonan kemasukan pelajar baru ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) 2019 bagi tingkatan 1 secara atas talian pada 12 September yang lalu dan ditutup pada 4 Disember 2018. Sebanyak 70,000 permohonan telah diterima oleh pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA), berbanding hanya 7,760 tempat yang ditawarkan. Pemohon yang berjaya akan menerima makluman melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS). Sila sahkan penerimaan/penolakan menerusi sistem dan mencetak surat tawaran rasmi melalui pautan dibawah. Bagi permohonan yang tidak berjaya dan ingin membuat rayuan juga boleh melakukannya di pautan yang sama. Rayuan secara online sahaja yang diterima sebagai rayuan rasmi. Sila sahkan penerimaan/penolakan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh tawaran. Calon-calon yang tidak mengesahkan penerimaan dianggap menolak tawaran ini. < Semakan dan Rayuan Tingkatan Satu

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU PROGRAM ASRAMA 1MALAYSIA (A1M) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Imej
PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU PROGRAM ASRAMA 1MALAYSIA (A1M) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2016 Sukacita dimaklumkan permohonan kemasukan murid Tingkatan Satu ke Program Asrama 1Malaysia (A1M) akan dibuka mulai 15 Oktober 2015 hingga 4 Disember 2015 . Permohonan ke A1M adalah dibuka kepada semua murid  Tingkatan 1 Tahun 2016 yang bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Bantuan Kerajaan di seluruh negara. Murid-murid  yang terpilih ke A1M akan ditempatkan di sekolah-sekolah berikut: BIL ASRAMA 1MALAYSIA NAMA SEKOLAH CATATAN 1 A1M KUALA LUMPUR SMK VICTORIA (Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris) LELAKI SAHAJA SMK (L) METHODIST (Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris) LELAKI SAHAJA SMK ST JOHN (Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris) LELAKI SAHAJA SMK SENTUL UTAMA LELAKI SAHAJA 2