Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KENYATAAN

KENYATAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MENGENAI PENEMUAN DALAM LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2013 SIRI 3 berkenaan Perkhidmatan 1BESTARINET

Imej
KENYATAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA  MENGENAI PENEMUAN DALAM LAPORAN KETUA AUDIT  NEGARA TAHUN 2013 SIRI 3 berkenaan Perkhidmatan 1BESTARINET Perkhidmatan 1BestariNet merupakan komponen utama dalam Anjakan 7, Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 - 2025. Program ini menyediakan Pelantar Pembelajaran persekitaran maya untuk mengupayakan pembelajaran akses kendiri. Kerajaan Malaysia melalui makmal New Key Economic Area - Content Connectivity and Infrastructure (NKEA-CCI) yang melibatkan syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan dan agensi kerajaan yang berkepentingan telah mengenal pasti KPM sebagai pemangkin bagi pelaksanaan SchoolNet 2.0 yang telah dijenamakan semula sebagai 1BestariNet. Pelaksanaan 1BestariNet telah mengambil kira dapatan kajian impak yang dilaksanakan oleh pakar perunding berkecuali yang diselaraskan oleh Unit Perancang Ekonomi. Reka bentuk rangkaian, spesifikasi perkhidmatan serta skop kerja telah dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Spesifikasi Tekni