Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KUALA LUMPUR 2017

KUALA LUMPUR 2017 : Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9

Imej
KUALA LUMPUR 2017 : Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9. Kuala Lumpur 2017 (KL2017) adalah jenama Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9. Sukan SEA akan berlangsung dari 19 hingga 31 Ogos 2017 sementara Sukan Para ASEAN pula akan diadakan dari 17 hingga 23 September 2017. Tema Kuala Lumpur 2017 kali ini ialah 'Bangkit Bersama' yang melambangkan ketibaan era di mana negara-negara Asia Tenggara perlu bersatu sebagai sebuah komuniti. Rantau ini telah sekian lama menempa nama di persada antarabangsa dan kini sekali lagi mencipta sejarah untuk bersama-sama bersatu dan berganding bahu dalam mencapai keamanan, kemajuan dan kemakmuran. Kuala Lumpur 2017 akan menjadi satu detik yang penting kerana ia merupakan Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN yang pertama diadakan selepas penubuhan Komuniti ASEAN pada 2015. Ia akan menjadi bukti bahawa sukan bukan sahaja akan memainkan peranan penting untuk menyatupadukan seluruh komuniti di Asia Tenggara dalam meraikan kecemerlangan dan men