Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KV

Pengoperasian Educational Research Application System Versi 2.0 (eRAS 2.0) Bagi Permohonan Menjalankan Penyelidikan Di Sekolah, KV, KM, IPG, PPD, JPN Dan Bahagian Di Bawah KPM

Imej
Pengoperasian Educational Research Application System Versi 2.0 (eRAS 2.0) Bagi Permohonan Menjalankan Penyelidikan Di Sekolah, KV, KM, IPG, PPD, JPN Dan Bahagian Di Bawah KPM. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM bertanggungjawab mengeluarkan surat kebenaran menjalankan kajian melibatkan sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi, institut pendidikan guru, pejabat pendidikan daerah, jabatan pendidikan negeri dan bahagian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, BPPDP akan menggunakan Sistem eRAS 2.0 mulai 1 Disember 2017 untuk menerima permohonan dan mengeluarkan surat keputusan permohonan kebenaran menjalankan kajian. Sistem ini boleh dicapai melalui https://eras.moe.gov.my . Walau bagaimanapun Bahagian masih menerima permohonan melalui borang BPPDP 1.2 dan mengeluarkan surat secara manual sehingga 28 Februari 2018. Mulai 1 Mac 2018, semua urusan permohonan kebenaran menjalankan kajian hanya boleh dibuat