Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kadar Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Johor 2015

Tarif Baharu Air Di Johor Mulai Ogos

Imej
Tarif Baharu Air Di Johor Mulai Ogos Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) ingin memaklumkan bahawa SPAN telah menerima dan membuat semakan ke atas cadangan pelarasan tarif air daripada SAJ Holdings Sdn Bhd (SAJH). SPAN telah mengesyorkan cadangan ini kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan pelarasan tarif ini telah diluluskan dan diwartakan berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2015. Bagi pengguna domestik, kadar tarif air yang baru bagi penggunaan 0 – 20 m3 adalah RM0.80, melebihi 20 – 35 m3 adalah RM2.00 dan melebihi 35 m3 adalah RM3.00 bagi satu meter padu masing-masing. Seramai 79.20% pengguna (722,797 akaun) yang menggunakan air tidak melebihi 35m3 akan mengalami kenaikan bil air antara RM2.00 –RM9.25 sebulan. Bagi pengguna bukan domestik, kadar tarif air yang baru bagi penggunaan 0 – 35 m3 adalah RM2.80 dan melebihi 35 m3 adalah RM3.30 bagi satu meter padu masing-masing. Seramai 78.3% pengguna (108,920 akaun) yang menggunakan air tidak melebihi 35 m3