mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label Kempas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kempas. Papar semua catatan

Sabtu, 26 Ogos 2017

Jenjalan Cari Makan : Lemang Pok Rahim, Kempas


Jenjalan Cari Makan : Lemang Pok Rahim, Kempas. 9 Julai. Merayap jap ngan mus masa lunch. Nak cari lemang yang best sikit untuk jamu ahli mesyuarat esoknya dalam mesyuarat JPMN. At last kami gi Kempas. Leh tahan Pok Rahim ni. Siap jamu kami tu. Selamba aje dia belah sebatang siap bagi rendang gitu masa kami cakap nak ngetest tu. Terbaeekkk!!!! Memang marbeles la. Lepas bincang. Esoknya pepagi mus akan amik. Fresh sikit kan. Dia bukak 24 jam sepanjang syawal. Perghhh... Balik. Singgah makan dulu. Sambil sambil tu, habih aku snap landmark sepanjang jalan. Hahaha.

Sabtu, 26 April 2014

Majlis Persandingan Arffarica dan Shahezy, Kempas

Majlis Persandingan Arffarica dan Shahezy, Kempas. Tu dia. Tengok peta kat kad jemputan cam senang ja. Sib baik bagi GPS sekali. Memang mencabar la nak gi sini. Ala ala Camel Trophy gitu. Ekekeke. Berkat kesabaran mengikuti GPS, akhirnya... kami tiba ke sana.

bergambar ramai ramai walau bapak pengantin dah panggil sebab nak buat makan berdamai. Layan aje la.

Jumaat, 11 Mei 2012

Kembara Mahkota Johor 2012


Picas shared from http://www.mppg.gov.my

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, akan mengetuai jelajah Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2012 selama empat hari yang akan bermula pada 13 Mei ini dalam ekspedisi yang disertai oleh motosikal berkuasa tinggi. Dalam siri jelajah meliputi jarak 1,012 kilometer itu, Sultan Ibrahim akan menunggang motosikal Harley Davidson Street Glide. Pelancaran ekspedisi itu akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak di perkarangan pasar raya TJ Mart, Kulaijaya dan akan berakhir di Plaza Angsana, Johor Bahru.



Picas shared from http://www.medkom.my

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Obet Tawil, berkata Sultan Ibrahim telah berkenan untuk menyampaikan sumbangan kepada 952 penerima terpilih yang terdiri daripada golongan yang memerlukan bantuan di seluruh negeri ini. Antara barang sumbangan berkenaan ialah mesin rumput, mesin pengadun tepung, mesin jahit dan ketuhar yang kesemuanya bernilai RM786,780. Selain itu, tarikan terbaru kembara kali ini adalah acara cabutan nombor bertuah untuk dua pemenang di setiap daerah yang berpeluang mendapatkan sebuah motosikal Honda EX5 setiap seorang

Sepanjang program berlangsung, Sultan Johor turut berkenan untuk mengadili pertandingan memasak Bubur Lambuk 1Malaysia di Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi. Baginda juga dijadualkan menyaksikan pertandingan sukan rakyat, pertandingan masakan tradisional, pertandingan boling kelapa serta demonstrasi dan pameran makanan tradisi Jawa dan Bugis. Ekspedisi berkenaan akan singgah di 20 tempat termasuk Felda Residence Tanjung Leman, Mersing; kampung Parit Haji Hassan, Kluang; kedai kopi Nanyang Pekan Yong Peng, Batu Pahat; Taman Awam Tasik Segamat; kampung Teratai, Bukit Serampang, Ledang; Pantai Leka, parit Jawa, Muar; kampung Puteri Menangis, Pontian dan Kompleks Komuniti, Kempas.




Logo 2012 ciptaan Muhamad Gazali A. Rahim


Posted via Blogger PC edisen