Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kerajaan

Penjawat Awam Terima Bantuan Khas RM500 13 Jun 2016

Imej
Penjawat Awam Terima Bantuan Khas RM500 13 Jun 2016. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dalam kenyataan di sini, beliau berkata bantuan khas RM250 akan turut dinikmati 743,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka. "Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 13 Jun ini," katanya sambil menambah ia melibatkan anggaran peruntukan kewangan RM1 bilion. "Kerajaan berharap pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2016," kata perdana menteri. Najib menarik perhatian bahawa penjawat awam akan menikmati satu kenaikan gaji tahunan (KGT) pada Julai ini yang melibatkan anggaran implikasi kewangan RM1.1 bilion. -- BERNAMA --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photobl

PELAKSANAAN MENGENAI WAKTU PERINGKAT (WP) BEKERJA KHAS PADA BULAN RAMADAN

Imej
PELAKSANAAN MENGENAI WAKTU PERINGKAT (WP) BEKERJA KHAS PADA BULAN RAMADAN. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 (SPP 1/2016) berhubung Tambahan Waktu Berperingkat (WP) Dalam Jadual Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) Dilaksanakan Khas Pada Bulan Ramadan. Perkara ini adalah selaras dengan transformasi Perkhidmatan Awam dalam mengurangkan waktu rehat selama 30 minit bagi membenarkan penjawat awam meninggalkan pejabat 30 minit lebih awal pada bulan Ramadan dengan menambah WP4, WP5 dan WP6. Surat pekeliling boleh dimuaturun melalui pautan berikut : http://docs.jpa.gov.my/docs/spp/2016/spp012016.pdf --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogge

AppgeNation - Pertandingan 24 jam Membangun Aplikasi Mudah Alih Kerajaan 2015

Imej
AppgeNation - Pertandingan 24 jam Membangun Aplikasi Mudah Alih Kerajaan 2015 Pendaftaran :  https://docs.google.com/forms/d/1JV5VggmpV_GB2F9ZPfht3h-HqOvLOvFKyfZQHIGAdZ0/viewform Keterangan Lanjut :  http://gamma.malaysia.gov.my/appgenation/ MATLAMAT PERTANDINGAN Menyediakan platform untuk perkongsian pengetahuan dan kemahiran ke arah meningkatkan kualiti dan mempelbagaikan saluran penyampaian perkhidmatan agensi-agensi kerajaan.  Mempromosikan produk/inisiatif MAMPU dalam merealisasikan visi kerajaan ke arah penggunaan aplikasi mudah alih untuk penyampaian perkhidmatan agensi-agensi kerajaan Malaysia kepada masyarakat umum.  Menggalakkan penglibatan agensi-agensi kerajaan untuk membangunkan aplikasi mudah alih menggunakan AppGen.  MASA PERTANDINGAN Tempoh Pertandingan: 24 jam Tarikh Mula dan Masa: 1 Disember 2015 (Selasa), 12:00 tengahari  Tarikh Tamat dan Masa: 2 Disember 2015 (Rabu), 12:00 tengahari LOKASI PERTANDINGAN Bebas atau di agensi masing-masing.

Lawatan pertama Fiqri ke klinik kesihatan

Imej
Lawatan pertama Fiqri ke klinik kesihatan. Semalam. Kena gak pergi klinik kesihatan. Nurse datang. Check. Ada tanda jaundice. So. Pasti la kena gi klinik untuk check darah. Alhamdulillah. Bacaan masih berada di tahap yang OK. Tapi masih banyak kena buat supaya bacaan kembali normal. Apa pun. Kena repeat esok jam 11.00 pagi. Hope for the best.

Kerajaan sedia RM3000 tanpa faedah melalui Skim Pinjaman Bazar Ramadan 2014

Imej
Kerajaan sedia RM3000 tanpa faedah melalui Skim Pinjaman Bazar Ramadan 2014. Sempena tibanya bulan Ramadan, Kerajaan Malaysia telah melancarkan Permohonan Skim Pinjaman Bazar Ramadan (Mikro-i) 2014 dengan tujuan membantu kalangan penjaja dan peniaga di seluruh Malaysia. Kaedah Permohonan Pinjaman Mikro-i Bazar Ramadan 2014 Daftar di mana-mana cawangan Bank Rakyat. Daftar melalui persatuan penjaja dan peniaga kecil di daerah dan negeri di seluruh negara. Pinjaman tanpa faedah sehingga 3,000 Tempoh bayaran balik dalam masa 2 bulan Bayaran balik iaitu 50 peratus perlu dijelaskan sebelum tamat bulan Syawal dan baki 50 peratus lagi sebulan selepas bulan Syawal. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Takwim 2013

Imej
Bila nak buat takwim untuk tahun berikutnya, yang paling penting kena tau bila cuti kelepasan am, bila cuti sekolah. Kalau tak... nanti terpaksa anjak la, tunda la. So, hari ni aku penuhkan aku nyer organiser ngan 2 jenis cuti ni dulu. Kalau nak boleh dapatkan kat sini... .: Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri .: Takwim Penggal Persekolahan     *** sumber : BAHAGIAN KABINET, PERLEMBAGAAN DAN PERHUBUNGAN ANTARA KERAJAAN Apa yang menarik untuk takwim tahun ni adalah, cuti pertengahan penggal 2 dah ditarik awal supaya cuti raya puasa termasuk sekali dalamnya. So, takyah pening pening sekolah nak mikio bila nak buat sekolah ganti. Ada improvement. Tapi kalau dah manusia tu, manusia jugak la kan. Kita tengok jer la nanti ada tak sekolah yang nak drag jugak.. kekeke.. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Ukuran sebenar bendera Johor Darul Ta’zim

Imej
Skecthing semula bendera berdasarkan ukuran rasmi yang dikeluarkan. Satu pengumuman rasmi telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui portal rasmi JohorDT pada 16 Ogos berkaitan ukuran sebenar untuk bendera negeri Johor. Ini disebabkan terdapat banyak hebahan tidak benar mengenai ukuran sebenar bendera negeri Johor Darul Ta’zim terutama dari segi saiz dan kedudukan bulan bintang. Pengumuman ini boleh dicapai di pautan ini. Di bawah ini disertakan ukuran sebenar bendera Johor Darul Ta’zim untuk makluman semua pihak. Harap maklum. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!! Bentuk ukuran bendera-bendera negeri dan rakyat Johor yang betul R1 = 3/4 dari bidang MERAH (canto) R2 = 5/8 dari bidang MERAH R3 = 1/3 dari R2 Dah siap dah pun ps : Selama ni main pakai taruk ajer apa yang jumpa kat Google. Ni baru start guna mengikut ukuran sebenar.