Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Laman Serene

Yok Jenjalan : Laman Serene, Johor Bahru on daylight

Imej
Yok Jenjalan : Laman Serene, Johor Bahru on daylight. Setel kat Angsana kami terus gerak ke Jakel. Nak cari kain untuk lebaran. Aku lepak kat kerusi luar aje. TQ Jakel. Dah ada kerusi. Dapat la orang kurang berupaya macam aku ni lepak sementara nunggu jap. Kat sini habih aku search the tenet for buku iqa tu. Alhamdulillah. Setel semua. Dua hari lagi insyaAllah akan sampai ke rumah melalui pos. Selesai situ kami meronda jap kat gerai di kaki lima. Ada teh padu. Ada Putu piring. Sampai dua set dibeli untuk dedua. Memang best sungguh kata deme yang makan ni. Selesai kat jakel baru kami gerak ke laman serene. Saja nak layan suasana pada sebelah siang. Nampaknya malam lebih show. Siang just bangunan aje tanpa permainan cahaya. Ronda sepusing dua. Posing posing. Tanya nak ronda tak ke gerbang mahkota atau kolam lazer. Semua tak nak. Elok la. Pasal langit pun dah mula gelap. Masuk je kereta terus hujan turun. Alhamdulillah.

Yok Jenjalan on Video : Laman Serene

Imej
Yok Jenjalan on Video : Laman Serene. Layan. Dah siap dah dan dah masuk kat youtube.

Yok Jenjalan : Laman Serene

Imej
Yok Jenjalan : Laman Serene. Semalam berkesempatan meronda ke sini. Menarik juga tempat ni. Orang memang ramai mengambil peluang cuti Tahun Baru Cina. Laman Serene ikon baharu melengkapkan kesinambungan daripada pembangunan Laman Mahkota dan Laser Fountain yang diilhamkan oleh Tuanku Sultan Johor. Laman Serene yang berkonsepkan arca bulan bintang, menara dan dataran yang dibina di hadapan Istana Bukit Serene, Johor Bahru. Arca bulan dan bintang dengan ketinggian 12 meter diinspirasikan daripada bulan bintang yang terdapat dalam bendera negeri Johor. Konsep menara pula hasil adaptasi daripada Menara Istana Bukit Serene, manakala konsep reka bentuk Dataran merupakan bintang lima sebagaimana terdapat pada bendera negeri Johor. Majlis perasmian Laman Serene disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dato' Haji Azmi Bin Rohani yang juga wakil rasmi DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 28 Januari yang lepas.