Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Lawatan tapak

Hotel Impiana Senai : Lawatan Tapak

Imej
Hotel Impiana Senai : Lawatan Tapak. Singgah untuk perbincangan dan melihat fasiliti yang ada di sini. Alhamdulillah. Semuanya lengkap. Parking cukup. Surau ada. Internet laju. Mantap. TQ pada Alin yang banyak membantu kami sepanjang kami berada di sini. Satu-satu kita perhalusi.

SMK Seri Machap : Mesyuarat pengoperasian dan lawatan tapak

Imej
SMK Seri Machap : Mesyuarat pengoperasian dan lawatan tapak. Hari ni kami berkampung kat sekolah ni. Bermula dengan mesyuarat dan diikuti dengan lawatan tapak. Boleh tahan sekolahnya. Bentuk dia unik. Tinggi. Masak jugak la nak naik antara aras.

SJKT Ladang Bukit Serampang : Lawatan Tapak Pemindahan Teknologi 1BestariNet

Imej
SJKT Ladang Bukit Serampang : Lawatan Tapak Pemindahan Teknologi 1BestariNet. Actually. Kami pun tak jangka keadaan sebegini semasa lawatan tadi. Memang nak pergi untuk both Maklumat dan 1BestariNet memandangkan Zaid pun ada. Sampai. Pergghhh. Sempena Pongal. Ramai tul orang. Kami terus semak bacaan aje kat sini. Nak buat yang lain terpaksa kensellah memandangkan dah gini keadaannya. Esok kita tengok cemana status permohonan kod. Haruslah sibuk esok ni.

Lawatan Tapak : Latihan Trainer uniCLIQ @PKG Kompleks Uda

Imej
Lawatan Tapak : Latihan Trainer uniCLIQ @PKG Kompleks Uda. 9 Januari. Turun lokasi jap. Tengok bagaimana proses training pada petugas yang bakal turun ke semua sekolah negeri Johor kelak. Bincang sedikit berkaitan data asas dan perancangan yang bakal dilaksanakan. En. Apandi menyatakan komited beliau pada negeri Johor. All the best!

SJKT Ladang Bukit Serampang, Johor Bahru : Mesyuarat Pengoperasian dan Lawatan Tapak

Imej
SJKT Ladang Bukit Serampang, Johor Bahru : Mesyuarat Pengoperasian dan Lawatan Tapak. 3 Januari. Gerak ke SK Taman Bukit Indah untuk Mesyuarat Pengoperasian Sekolah. Sekolah ni berpindah lokasi dari Tangkak ke Johor Bahru. Selesai mesyuarat terus gerak ke bangunan baharu yang bakal menempatkan sekolah ini.

Lawatan Tapak Sekolah PAK21 Johor - SMK Sultan Ismail : Inisiatif Perluasan Rangkaian

Imej
Lawatan Tapak Sekolah PAK21 Johor - SMK Sultan Ismail : Inisiatif Perluasan Rangkaian. Lepas je Haji KZ bagi greenlight. Terus aje aku turun ke sekolah rintis pilihan JB ni. Nak tengok kekuatan yang ada kat sini dan bagaimana kami boleh uli dia sampai jadi lebih baik lagi. Lenguh jugak kaki meronda. Mulanya bersama pentadbir. Penerangan serba sedikit berkenaan inisiatif kami ni. Lepas tu lepak makmal selaku pusat sebaran nanti nengok peta kawasan dan buat perancangan awal sebelum meronda sekeliling sekolah dan tempat tempat tumpuan nanti. Panas jugak kaki aku masa sampai ke library di tingkat paling atas dan tertinggi kat sini. Pergghhh... Overall. Banyak kekuatan yang boleh dimanipulasi dan ditambahbaik kelak. K. Syafiq dan Adi. Teruskan perancangan dan konsep sebelum dapat kita turun semula untuk persetujuan.

Mesyuarat dan Lawatan Tapak SJKC Pei Hwa 2, Permas Jaya

Imej
Mesyuarat dan Lawatan Tapak SJKC Pei Hwa 2, Permas Jaya. Pagi ni gerak ke PPD Pasir Gudang. Sekolah baru. Paling cepat dibina. Lengkap semua peralatan. Selesai mesyuarat. Terus ke sekolah. Memang terbaik. Awal tahun takde apa apa kat sini. Sekarang. Setel semua. Singgah minum jap kat permas jaya. Hilang haus.

Lawatan tapak : SJK(C) Pei Cheng, Kulai

Imej
Lawatan tapak : SJK(C) Pei Cheng, Kulai. Sempat luangkan masa untuk meninjau bangunan baru sekolah ni. Sekolah ni berpindah dari Pengerang ke lokasi baru di Kulai. Dekat aje ngan PPD Kulai. Terletak di Bandar Putra. Tahun depan akan mula beroperasi di pertengahan tahun.

Lawatan Tapak Pertandingan Sains & Inovasi Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan 2015

Imej
Lawatan Tapak Pertandingan Sains & Inovasi Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan 2015. Sutera Mall petang tadi. Leh tahan kawasannya. Snap snap for survey dan perbincangan bersama.

Lawatan tapak ke National ICT Security Discourse : Cybersafe Challenge Trophy (NICTSeD) 2015

Imej
Lawatan tapak ke National ICT Security Discourse : Cybersafe Challenge Trophy (NICTSeD) 2015. Johor sekali lagi jadi tuan rumah untuk pertandingan ini. Disebabkan JPN Johor akan menjadi tempat untuk pertandingan separuh akhir dan kami diminta membantu; terus ja aku turun ke Qualifying Session di BTPN Johor. Masuk ke beberapa lokasi pertandingan. Lihat bagaimana flow dan mula membincangkan diagram teknikal untuk lokasi di JPN kelak. Esok jawatankuasa terlibat akan mula terlibat di JPN. Hope for the best.

Lawatan tapak : SM Teknik Johor Bahru

Imej
Pagi ni turun site untuk survey Pagi ni turun site, mana lagi kalau tak ke SM Teknik Johor Bahru. Kisahnya lepas ni akan ada Science on wheel roadtour; seluruh daerah di johor. Makanya, kena la cari tapak yang bersesuaian, yang boleh cater dewan dan kawasan pameran yang luas. Maka, teringatlah aku pasal SMTJB nih. Selalu jugak program besar dibuat kat sini. Dan tu lah jugak sebabnya pepagi dah terpacak kat sini. So, aku ambik gambo, mat nor amik bideo. Mulanya dia nak aku transfer semua ke laptop dia ja. Tapi lepas nengok bideo yang super shaky tu, aku amik keputusan untuk edit lain dan haplod ja ke youtube. Nanti dia donlod ja. Lepas ni jugak kena wat peta tapak, mana nak letak basnya, coasternya, khemah yang berenamnya.. Selasa dah mat nor kena present kat unit ict; under Tunku Zahrah. Hebat kerja tahun nih. Boleh kata semua program grand abis.. Yang ni pun sampai pusat sains, nuklear, angkasa semua turun nih..>>>> Enjoice...Sharing is power!!!