Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Lepak Santai

Phatah's Kitten : Lepak santai

Imej
Phatah's Kitten : Lepak santai. Layan pat ekor ni jap. Cam biasa, tomok yang paling garang. Yang lelain lepak lepak aje. Dah minum susu terus tido. Hahaha.

Lepak Santai @ Plaza Angsana

Imej
Lepak Santai @ Plaza Angsana. Singgah sebentar lepas lelah. Sakan si ici berposing. Ajak main game tu. Kaki pun tak sampai ici. Lain kali ye. Ni harus la kes enjoy sakan main game kat Hello Kitty tempoh hari ni.

Lopaq Chempel, Phatah Gebooz & Baby Cinet : Lepak santai

Imej
Lopaq Chempel, Phatah Gebooz & Baby Cinet : Lepak santai. Sakan. Dah hidup bebas kat luar malas pulak memasing nak masuk rumah. Cuma si Lopaq je yang masuk semalam. Tu pun sebab dia sedih Snowzura hilang tak balik-balik.Sampai nak makan pun tak lalu. Sian Lopaq. Rindu tul ngan adik angkat kesayangan dia tu.

Lepak Santai @Dusun Cikgu Hassan

Imej
Lepak Santai @Dusun Cikgu Hassan. Lepak jap sebelum balik ke Johor semula. Ada la rezeki sikit. Dokong. Kuini. Bacang. Rambutan. Fresh petik dan makan kat dusun. Derian? Rasanya minggu depan baru gugur kot. Balik. Terasa ada benda kat betis. Rezeki pacat la pulak.

Lepak Santai @ Masjid Jamek Pekan Nenas

Imej
Lepak Santai @ Masjid Jamek Pekan Nenas. Sementara nunggu mama kitaorang lepak santai kat masjid ni. Banyak juga yang duduk sini terutama kaum bapa. Hehehe. Sempat la snap snap beberapa keping gambo. Si Ici dah sibuk main mainan Pak Atan yang sempat dingepow tadi. Siap terbang-terbang tau. Dah penat siap lepak baring terus.

Lepak Santai @ Angsana Mall

Imej
Lepak Santai @ Angsana Mall. Alhamdulillah. Lama tak lepak santai kaki kena urut cenggini. Petang ni ngantor iqa balik asrama, singgah Angsana dulu beli beberapa barangan. Sempat la aku lepak sini urut tapak kaki sambil membawang. Lepak ngan Faizul la pulak kali ni. Lembut je dia ngurut. Tapi. Sampai ke la aku terasa kot. Kekeke. Marbeles beb.

Abah Cinet dan Adik Bulus : 20180428 Lepak Santai

Imej
Abah Cinet dan Adik Bulus : 20180428 Lepak Santai. Pagi ni alih kereta. Parking kat tempat baharu untuk elak sesak depan rumah dan mudahkan kerja pembikinan rumah. Sekali turun kereta. Haisshhh... Adik Bulus tengah lepak sama Abah Cinet. Waahhh. Ni sahih la adik gebooz ni. Warna ja kelabu. Ish ish ish.

Cumee Cumee : 20180331 Lepak Santai

Imej
Cumee Cumee : 20180331 Lepak Santai. Semalaman dia ngiau bila orang lalu depan dia. Takut takut nak buang air dalam bekas yang disediakan. Hari ni. Lepas bebas. Dah pandai gesel gesel manja ngan semua orang. Tapi. Tempat kegemaran dia harus la bawah katil. Haiishhh!! Sekali tengok macam tupai daaa...

Lepak Santai : Internet Of Things (IoT)

Imej
Lepak Santai : Internet Of Things (IoT). Pagi semalam baru dapat bersama en Firdaus. Bincang dan teliti berkenaan kontrak 1GFMAS. Sambil sambil nengok ralat untuk verifikasi Mac. Datang pulak en firdaus dari persatuan firdaus firdaus sedunia. Sambung borak KIK. Sesambil dok mancing keberadaan aku. Hehehe. Tahun ni memang aku tak nak buat KIK untuk kebangsaan. Aku nak tumpu sektor. Sambung borak pasal projek baharu. Tu yang masuk tajuk IoT ni. Best jugak. Bagaimana setiap benda dalam dunia ni saling berhubung. Hmmm... Tapi. Aku memang tak berminat langsung dengan KIK ini tahun. Sorry yerk. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Lepak Santai : Taman Permainan Masjid Jamek Pekan Nenas

Imej
Lepak Santai : Taman Permainan Masjid Jamek Pekan Nenas. So. Kita pecah dua team. Mama gerak masuk ke medan niaga. Aku gerak ngan team kebudaks ke taman permainan. Kekeke. Selalu jugak aku buat cenggini. Sementara matahari tak naik lagi. Kita belasah abis abisan main semua permainan tersedia kat sini. Sayang. Ada beberapa alat senaman yang dah rosak. Buai tinggal satu je boleh main. Takpe lah. Kita main aje yang mana boleh main. Overall. Memang terjaga dengan baik kawasan ni. Yang part rosak tu. Saling beringat la. Kadang kadang nampak jugak yang dah lebih limit pun sibuk nak merasa. Ingat ingat la pada yang berhak kan. Saling ingat mengingati.

Lepak santai Aidiladha

Imej
Lepak santai Aidiladha. Ucu datang. Lepak main-main sama aiman dan wani. Punyala seronok fiqri kibar bendera sampai terketuk kepala aiman. Sian aiman.

Lepak Santai @Karnival 10 Tahun SMKTNJ

Imej
Lepak Santai @Karnival 10 Tahun SMKTNJ. Sepetang abiskan masa bersama kat sini petang tadi. Main kuda, main giant bubble, makan makan, borak-borak. Lepak santai la katakan.

Full revised - Lepak Lepak Santai @ the Everly Putrajaya

Imej
Full revised - Lepak Lepak Santai @ the Everly Putrajaya. Baru ada masa nak haplod. Layankan ajer la. Bilik quite spacey. Tak sama dengan jangkaan aku. Terlebih sudaa.. Beli menerusi groupon. Dapat RM275 + hotel tax dan caj pengurusan. Layan ajer ler.