Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Lifestyle

Kilat Kasut @Jalan Tunku Abdul Rahman

Imej
Kilat Kasut @Jalan Tunku Abdul Rahman. On the way to masjid. Brader kilat kasut ni tegur atuk. Nak kilat kasut tak? Memang dah berhabuk sikit dah pun kasut atuk. Terus berenti jap. Kasi kasut. Lepak tepi nengok dia kilat kasut. Dapat la aku duduk jap lunjur kaki. Dah lama tak jalan jauh cenggini. Jaman dulu ja rajin terutama masa buat street shooting. Hahaha. Layan jap. Amik gambo sekeping dua (yeke?? kekeke). Kena RM4. Tapi. Memang rasa betul beza antara dulu dan sekarang. I means. Pandangan orang ramai berkaitan aku. Dulu. Keluarkan je kamera. Lari kot orang. La ni. Hahaha. Suka suki je. Pasal aku pun pakai kamera henpon cap ayam aje. Selalunya ngan SJCAM je. Paling suka bila dengar orang kata. Waahhh... Kamera kecik tu. Haah. Kamera kotak mancis aje. Hehehe.

Hairstyle at Pusat Kerinting Rambut & Persolekan Super Style, Gelang Patah

Imej
Hairstyle at Pusat Kerinting Rambut & Persolekan Super Style, Gelang Patah. Sesaja lepak sini jap hari ni. Sementara senggang. Awal sikit ja. Pastu terus pack dengan pelanggan.

Tangki minyak sebelah mana?

Imej
Tangki minyak sebelah mana? Dulu selalu jugak dok memikio. Tetambah dedua kereta aku tak pernah sama kedudukan tangki minyaknya. Yang satu sebelah kanan. Yang satu lagi sebelah kiri. Sebenarnya ada kaedah yang mudah untuk kesan kedudukan tangki. Depan mata kita sendiri lak tu. Cer pandang bebetul kat tanda tangki pada meter tu. Perasan tak ada anak panah sebelah dia. Tu la tanda sebelah mana tangki kita berada. Cam livina aku ni. Anak panah menunjukkan arah kanan. So. Pastikan aku park kat pam minyak sebelah anak panah tu. Kan senang tu beb... Sekarang ni biasanya aku dah sampai nyala lampu tu baru aku isi. tahap kering tul la la ni... banding sebelum ni. hampir 600km... ni asyik jalan dekat dekat jer... 527.8km dah kering tank.

Makan Tengahari di Restoren Nelayan, Pendas Laut

Imej
Tak tau nak makan tengahari kat mana Sekali dok pikir Jom ke Pendas Laut Try rasa baru lak Letak kat hujung dunia sana Paling hujung Pasal dah takde jalan dah Harga boleh tahan Tapi kalau nak banding Sedap lagi kat Saujana

Persembahan kebudayaan Iqa

Imej
Bertempat di Sutera Mall Nuri telah diberi penghargaan Untuk membuat persembahan kebudayaan 3 Nuri mengambil bahagian Nuri Taman Perling Nuri Taman Universiti Nuri Taman Nusa Perintis Majlis Penyampaian Cenderamata Iqa and gang Slideshow

Hari Anugerah Q PPD Johor Bahru 2008

Imej
Bertempat di Dewan Jabatan Laut Wilayah Selatan Hari Anugerah Q PPD Johor Bahru 2008 telah dilangsungkan dengan penuh gilang-gemilang Pendaftaran Test picture / place Sarapan pagi disediakan di luar dewan Briefing on presentation penerimaan anugerah Rehersal sambutan luar dewan Pemeriksaan Perbarisan Aturcara sambutan luar dewan Tetamu disambut dengan persembahan tarian zapin Juruacara Majlis Nyanyian lagu oleh koir Bacaan doa Ucapan PPD Johor Bahru Ucapan dan perasmian oleh Pengarah JPN Johor Persempahan pelajar Penyampaian Anugerah Q Cenderahati Group photo Jelajah perairan Johor Slideshow