Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Logo baharu

Logo baharu, lagu rasmi Harimau Malaysia diperkenal

Imej
Logo baharu, lagu rasmi Harimau Malaysia diperkenal. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) secara rasmi memperkenalkan logo baharu skuad kebangsaan 'Harimau Malaysia' sempena perlawanan amal Hari Malaysia 2016 di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, dekat sini, hari ini. Logo ciptaan Muhammad Amzar Mohamed, 22, menjadi pilihan 20,000 peminat yang membuat undian dalam talian daripada 2,000 penyertaan yang diterima bagi peraduan anjuran FAM itu. Muhammad Amzar, berasal dari Subang Jaya, Selangor, adalah pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Puncak Alam, Selangor. Perlawanan amal antara Dugong All Stars menentang Pilihan Harimau Malaysia itu disaksikan oleh 20,000 penonton. Pilihan Harimau Malaysia memenangi perlawanan itu dengan keputusan 3-1. Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Affandi Hamzah, berkata logo itu juga akan digunakan dalam penghasilan produk atau barangan yang akan dikeluarkan khususnya yang berkaitan de

Beza logo baharu dan logo lama Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Imej
Beza logo baharu dan logo lama Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Saja dinaikkan semula berkaitan isu logo baharu dan logo lama JPN Johor ni. Tu pun sebab dah beberapa kali terserempak insiden penggunaan logo lama di penerbitan. Setelah menemubual beberapa orang pun aku dapati memang mudah pengguna tersalah guna logo, salah satu sebabnya adalah disebabkan kebersamaan antara dua logo dari segi bentuk dan warna. Sekiranya tidak berhati-hati memang pasti akan terpakai logo lama. Beza logo yang paling ketara dan satu-satunya beza adalah penggunaan perkataan khat PENDIDIKAN pada logo baharu berbanding khat PELAJARAN pada logo lama. Pastikan anda menggunakan logo yang betul selepas ini.

Logo baharu Jabatan Pendidikan Johor

Imej
Logo baharu Jabatan Pendidikan Johor Menggunakan khat Kufi kerana khat ini membolehkan hurufnya digubah untuk mengisi ruang kosong tanpa mengubah identiti huruf berkenaan Khat Kufi Fatimi dipilih kerana gaya penampilan khat ini lebih estetik dan paling penting khat ini mudah dibaca Khat Kufi tidak mempunyai tanda-tanda baris. Sebagai hiasan, digabungkan unsur khat Kufi Muwarraq dengan memasukkan motif daun pokok tiin. PENGERTIAN LOGO Bentuk segitiga melambangkan bahawa JPN Johor adalah sebuah organisasi yang kukuh dan stabil Bentuk segitiga yang tirus ke atas juga melambangkan seluruh warga pendidikan Johor sentiasa menjunjung dan berusaha untuk mencapai satu Visi dan Misi yang sama Garisan putih yang melingkari perkataan pendidikan Johor membawa maksud satu ikatan kesepaduan dan kerjasama erat dalam kalangan seluruh warga pendidikan Johor. Warna biru memberi maksud kesederhanaan, dan Pendidikan Johor sentiasa mengamalkan konsep wassattiah dalam segala aspek pengur