Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Majlis Pentauliahan Pegawai Pemimpin KRS sekolah

Pertandingan Inovasi peringkat daerah Johor Bahru

Imej
Tarikh : 6 Disember 2010 Masa : 10.00 pagi Tempat : PPD Johor Bahru Mood : Kena nilai persembahan nih.. Pagi ni ada sesi pembentangan untuk pertandingan inovasi peringkat daerah johor bahru. Aku antara panel juri yang terlibat. Kebanyakan pembentangan agak menarik. Cuma.. tak berapa kena sangat dengan inovasi nih.. Dan lagi satu persembahan agak kurang memberikan bukti-bukti kukuh tentang apa yang telah dilakukan dan dicapai melalui hasil inovasi memasing. Senang cakap, kita secara amnya lah.. inovasi ni.. melibatkan satu masalah yang kita hadapi di dalam organisasi kita. Kaedah, tool, cara yang kita gunakan untuk menyelesaikan masalah yang timbul tadi tu adalah inovasi kita. Tak semestinya kita nampak cara yang kita pakai tu kampung, kita tak anggap dia inovasi; pasal, selagimana cara yang kita gunakan tu dapat menyelesaikan masalah tu dengan efisien, ianya adalah inovasi yang berjaya. Apapun, maybe pasal benda ni pun masih baru diperkenalkan, jadi kebanyakan peserta tak d

Pertandingan Public Speaking, Action Song & Story Telling sekolah-sekolah peringkat kebangsaan 2010

Imej
Bertempat di Hotel Good Hope pertandingan Public Speaking, Action Song & Story Telling sekolah peringkat kebangsaan telah berlangsung. Seronok gak layan program-program cenggini sekali-sekala. Tetambah dah lama aku tak pegang kamera aku cam biasa. Cuma kali ni aku lebih ke pengurusan. Penat memang penat, tapi bila dilihat wajah-wajah bebudak ni terus hilang kepenatan tadi. Paling tak sangka bila wakil kedah dari sk baling. Boleh tahan dia punya persembahan. Paling best banyak yang aku belajar dari program kali ni. Satu pengalaman baru yang memang akan menukar cara aku yang sentiasa nak perfect. Maybe aku akan lebih banyak berhati-hati dikemudian hari. Maybe akan banyak permintaan yang akan aku tolak lepas ni. Klik untuk cerita penuh Enjoice...Sharing is power!!!

Majlis Pentauliahan Pegawai Pemimpin KRS sekolah & Hari Anugerah Cemerlang 2009 PPD Johor Bahru - the movie

Majlis Pentauliahan Pegawai Pemimpin KRS sekolah & Hari Anugerah Cemerlang 2009 PPD Johor Bahru - the movie Tarikh : 6 Mac 2010 Tempat : Dewan Perdana PIBG, SMK Bandar Baru Uda Paling lama haplod video setakat tahun 2010 ni.. Mula jam 11.00 malam.. Hari ni kul 6.20 baru siap.. Setakat jam 6.25 ini, video ini masih diproses oleh youtube.. kualiti masih so-so.. Enjoice...Sharing is power!!!

Majlis Pentauliahan Pegawai Pemimpin KRS sekolah & Hari Anugerah Cemerlang 2009 PPD Johor Bahru

Imej
Bertempat di Dewan Perdana PIBG SMK Bandar Baru Uda, pada pagi ini berlangsung dengan gahnya..Majlis Pentauliahan Pegawai Pemimpin KRS sekolah & Hari Anugerah Cemerlang 2009 PPD Johor Bahru.. Seawal jam 7 lagi sudah kelihatan kereta-kereta memenuhi ruangan tempat letak kereta SMK Bandar Baru Uda. Tepat jam 8 majlis bermula dengan pemeriksaan perbarisan oleh Pengarah JPN Johor. Seterusnya majlis diteruskan dengan nyanyian lagu bangsa johor dan selangkah ke hadapan . Majlis diberkati lagi dengan bacaan doa yang dipimpin oleh ustaz Norzaidi. Seterusnya ucapan ringkas dan padat disampaikan oleh tuan PPD sebelum majlis dirasmikan oleh tuan pengarah. Majlis pentauliahan pada pagi ini dimulakan dan seramai 320 orang pegawai pemimpin KRS daerah Johor Bahru terlibat. Seterusnya acara kemuncak iaitu Anugerah Hari Q mula mengambil tempat. Selepas itu majlis ditamatkan dengan nyanyian lagu kebangsaan, Negaraku . Majlis ditamatkan pada jam 11.00 pagi. Semua hadirin dijemput ke kantin unt