Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Masterchef

Masterchef Selebriti Episod 28 Sentuhan Bintang

Imej
Masterchef Selebriti Episod 28 SENTUHAN BINTANG Selebriti diberi hanya 2 jam sahaja untuk menghasilkan 3 hidangan. DAPUR ASIA Hidangan "Cyber" oleh Angah DAPUR BARAT Hidangan "Dari Paris Ke London.. Kekasihku" oleh Dato' Fazley JUARA MasterChef Selebriti Malaysia yang pertama ialah DATO' FAZLEY ! Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Masterchef Selebriti Episod 27 Peringkat Akhir

Imej
Masterchef Selebriti Episod 27 Program dimulakan imbasan perjalanan 5 selebriti MasterChef Selebriti Malaysia dari mula hingga ke peringkat terakhir ini. Seterusnya selebriti dikehendaki mereplika "signature dish" Chef Eksekutif Cyberview Resort & Spa, Chef Mozart. Mereka perlu menyediakan 2 hidangan dalam masa 90 minit Hidangan pertama : Kek Ketam bersama Salad Avocado dan Tomato Panggang Hidangan kedua : Daging Batang Pinang Wagyu bersama Kacang Fava, Keledek Lenyek dan Sayur Muda Hanya 2 selebriti yang akan terpilih dan mara ke pusingan SENTUHAN BINTANG! Selebriti yang akan ke pusingan Sentuhan Bintang adalah Dato' Fazley dan Angah Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Masterchef Selebriti Episod 26

Imej
Masterchef Selebriti Episod 26 Ujian Penyingkiran Selebriti dikehendaki meneka 12 bahan yang disediakan. Juliza Adlizan, Dato' Fazley dan Soo Wincci terselamat. Ujian Kemahiran Seterusnya selebriti yang mendapat markah tercorot iaitu Angah dan Farouk; dikehendaki melengkapkan rasa Tom Yam mengikut rasa yang sebenar. Hanya 8 bahan sahaja yang boleh diambil dan digunakan. Angah - Tom Yam Kung Farouk Hussain - Tom Yam Ketam Kelima-lima selebriti akan ke peringkat AKHIR MasterChef Selebriti Malaysia! Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Masterchef Selebriti Episod 25

Imej
Masterchef Selebriti Episod 25 Peti Saji Misteri Terakhir Selebriti dikehendaki menyediakan masakan menggunakan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 bahan dalam Peti Saji Misteri yang terdiri daripada Siput Buluh, Buah Markisa, Daun Salam, Lobak Bulat Merah (Radish) dan Jantung Pisang. Pemenang Cabaran Peti Saji Misteri kali terakhir adalah Juliza Adlizan. Ujian Cipta Rasa Seterusnya selebriti dikehendaki menyediakan masakan berdasarkan lagu. Lagu-lagu yang diberikan adalah : Dari Sinar Mata - Soo Wincci Manis - Juliza Ring Ting - Dato' Fazley Apa Dah Jadi - Farouk Hussain Dan Sebenarnya - Angah Masakan yang disediakan oleh mereka berinspirasi dari lagu adalah: Farouk Hussain - Apa Nak Jadi Juliza Adlizan - Tropika Mania Soo Wincci - Dari Sinar Mata Angah - Dan Sebenarnya Yuna Dato' Fazley - Chicken Wellington Come To India Pemenang Ujian Cipta Rasa adalah Soo Wincci. Secara automatik, Soo Wincci akan terus ke peringkat AKHIR MasterChef Selebriti Malaysia

Masterchef Selebriti Episod 24

Imej
Masterchef Selebriti Episod 24 Penyingkiran Selebriti yang akan mengharungi ujian penyingkiran malam ini terdiri daripada Dato' Fazley, Soo Wincci dan Azwan Ali. Mereka dikehendaki menyediakan masakan bertemakan 'Mi'. Masa yang diberikan adalah selama 45 minit. Masakan yang disediakan adalah : Dato' Fazley - 'Peanut Butter Shaolin' Soo Wincci - 'Watton Hon' Azwan Ali - Bihun Hailam 'Seafood' Selebriti kesebelas yang tersingkir adalah ... Azwan Ali Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Masterchef Selebriti Episod 23

Imej
Masterchef Selebriti Episod 23 Ujian Sajian Luar Lokasi pada kali ini adalah bertempat di Saloma Bistro dengan juri jemputan yang terdiri daripada Seniman Dato' Aziz Satar dan Seniwati Mariani. Cabaran untuk selebriti adalah untuk menyediakan masakan yang dapat mengembalikan nostalgia Tan Sri P. Ramlee dalam masa 1 jam 30 minit. Ayat simple dia adalah sediakan hidangan kegemaran Tan Sri P. Ramlee. Hint yang diberi Sandwich Telur Masin, Ikan Kerutuk ala Johor dan kari. Masakan yang disediakan adalah : Kumpulan Merah - Citarasa Ragam P. Ramlee Kumpulan Biru - Sajian Engkau Laksana Bulan Pasukan yang memenangi Cabaran Sajian Luar kali ini adalah Kumpulan MERAH Ahli kumpulan Biru akan ke pusingan penyingkiran esok! Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Masterchef Selebriti Episod 22

Imej
Masterchef Selebriti Episod 22 Penyingkiran Tomok, Farouk dan Angah dikehendaki menyediakan masakan yang bertemakan lempeng dalam masa 45 minit. Hidangan disediakan seperti berikut : Farouk Hussain - Lempeng Beri-Beri Tomok - Lempeng Bersama Sos Mangga, Strawberi dan Coklat Berperisa Buah-Buahan Angah - Lempeng Sambal Tumis "Rolling Stone" Selebriti kesepuluh yang tersingkir ialah ... TOMOK Selebriti seterusnya dibahagikan kepada dua kumpulan untuk cabaran sajian luar esok. - Biru - Dato' Fazley (Ketua), Soo Wincci dan Azwan Ali - Merah - Angah (Ketua), Juliza Adlizan dan Farouk Hussain Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Masterchef Selebriti Episod 21

Imej
Masterchef Selebriti Episod 21 Peti Saji Misteri Selebriti dikehendaki menyediakan masakan yang bertemakan kesihatan dan menambah stamina dalam masa 45 minit. Pemenang Peti Saji Misteri kali ini adalah Dato' Fazley. Ujian Cipta Rasa Selebriti dikejutkan dengan kehadiran Dato' Siti Nurhaliza sebagai tetamu jemputan. Selebriti dikehendaki menyediakan Karipap Pusing sebagai hidangan yang perlu disediakan dalam masa 45 minit dengan konsep pantri terbuka. Hidangan ini adalah hidangan yang dipilih oleh Dato' Fazley dari pilihan Roti Jala, Karipap Pusing dan Puding Buah Kurma. Hidangan disediakan seperti berikut : Angah - Karipap Biarlah Rahsia Dato' Fazley - Karipap Sardin Pusing Farouk Hussain - Karipap Herot Petot Azwan Ali - Karipap Lima Beradik Soo Wincci - Karipap Berirama 1 Malaysia Juliza Adlizan - Karipap Kuda Hitam Tomok - Karipap Jerat Percintaan Pemenang kali ini.. sekali lagi.. Dato' Fazley! Tomok, Angah dan Farouk Hussain akan memasuki

Masterchef Selebriti Episod 18

Imej
Masterchef Selebriti Episod 18 Penyingkiran Selebriti dikehendaki menyediakan 3 jenis hidangan minum petang dalam masa 60 minit dengan konsep pantri terbuka. Hidangan disediakan seperti berikut : Tomok - Sandwich Strawberry Mango Crust Thanuja - Minum Petang Kontemporari Farouk Hussain - Straight From The Heart Angah - Jemput-Jemput Udang, Puding dan 'Scones' Selebriti kelapan tersingkir ... Thanuja Cabaran luar esok Dato' Fazley menjadi ketua Kumpulan BIRU dengan ahlinya terdiri daripada Soo Wincci, Juliza Adlizan dan Jehan Miskin Farouk Hussain menjadi ketua Kumpulan MERAH dengan ahlinya terdiri daripada Azwan Ali, Angah dan Tomok Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Masterchef Selebriti Episod 17

Imej
Masterchef Selebriti Episod 17 Peti Saji Misteri Selebriti perlu membuat masakan berasaskan bahan dari peti saji misteri iaitu Petai, Jering, Buah Kerdas, Ikan Kering. Pemenang untuk cabaran ini adalah ... Dato' Fazley. Ujian Cipta Rasa Dato' Fazley telah memilih leher dan tongkeng ayam untuk cabaran kali ini. Selebriti diberi konsep pantry terbuka untuk cabaran ini. Tomok, Farouk, Angah dan Thanuja akan ke Ujian Penyingkiran esok hari Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!