Negaraku Sehati Sejiwa
Negaraku SehatiSejiwa telah dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan 2017. Ini di umumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017 di Putrajaya pada 20 Julai 2017 Tema tersebut dipilih bertujuan untuk menunjukkan betapa pentingnya rakyat Malaysia mempunyai semangat berbilang kaum dan bersatu padu. Menurut Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak, "Kita mahu memberi penekanan kepada rakyat Malaysia mengenai bukan mudahnya untuk mencapai kemerdekaan dan kita perlu pastikan semangat bersatu padu dan muafakat terus dicapai bagi memastikan negara lebih gemilang." "Kita harus berkorban untuk negara walaupun terdapat perbezaan pandangan politik dan pendekatan, namun soal negara, kita harus bersatu padu agar Malaysia terus mengecapi kejayaan dan kemajuan," Katanya, sambutan Hari Kebangsaan kali ini bakal menampilkan kelainan dengan men