Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pangkalan Data Murid

Pangkalan Data Murid : Update on 4 Feb

Imej
Ok. Nampaknya dah banyak penambahbaikan dilakukan. Kini kami diperingkat daerah pun dah dapat tengok statistik apa yang sekolah dah buat. Dan yang lebih baru, dah nampak semua (maybe ada lagi kot) perkara yang akan di cater oleh sistem online ni. Yang aku perasan sangat, dah ada daftar tahun 1 dan tingkatan 1 secara online. Nampaknya lebih memudahkan. Lebih baik kalau parent boleh buat pendaftaran sendiri macam apa yang jb buat dari tahun lepas. Sekiranya semua ni dapat diselesaikan awal, aku rasa pendaftaran awal tahun 1 untuk tahun ni boleh di cater sepenuhnya oleh sistem ni. Selain pada tu ssdm dah nampak dimasukkan. Banjir pun sama. Hmmm... ni yang aku nak sebenarnya. Satu pangkalan data saja untuk semua. Apa yang penting, line hubungan tu kena pastikan dapat menampung kemasukan daripada kesemua hampir 10k buah sekolah seluruh Malaysia. InsyaAllah. Kalau itu dapat dijayakan, sistem ini akan bergerak dengan lancar. Hope for the best...

Taklimat Pangkalan Data Murid Johor Bahru

Imej
Sebelah petangnya ada taklimat khas berkaitan Pangkalan Data Murid. Sistem baru yang baru dapat arahan pada 30 Januari yag lepas. Kebetulan daerah ada taklimat berkaitan SMM. Jadi, mudah la kerja. Terus selit dengan taklimat SMM Online ni. Laman web ni boleh dicapai di alamat url http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia . Tarikh akhir pengemaskinian telah ditetapkan pada 24 Februari 2012. Tugas penyelaras lebih kepada admin. Guru kelas yang bertanggungjawab penuh dalam memastikan pelajar dalam kelasnya lengkap. Cuma yang tak berapa bestnya. Apa salahnya jika dapat dimasukkan data yang terkedepan sikit. Bulan oktober 2011 ker. Ini jauh sangat, Jun 2011. Penat jugak nak ubah sana sini tu. Walaupun tugas guru kelas cuma pastikan semua pelajar berada dikelas masing-masing, tapi itu untuk pelajar yang pindah kelas sahaja. Kalau pindah sekolah, sekolah asal kena buang data dia, manakala sekolah baru kena keyin balik. Jadi... untuk sekolah baru, tahun 1, peralihan dan tingkatan 1; nak