Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pasar Ramadhan Taman Nusa Perintis

Ikan Bakar Pendas Laut

Imej
Hari kedua ni membawa cabaran besar pada iqa. Satu, sebab dia dah sekolah; dan petangnya sambung lagi dengan sekolah agama. Kelas dia kat tingkat paling atas. Sebelah malamnya dah siap-siap ngemas beg supaya tak la berat sangat dia ngangkat nanti. Masa kat rumah mula balik terkumat kamit mulut dia. Lapo la, nak susu la, memacam la.. Tapi paksa jugak dia tahan sikit lagi. Petang ni cam biasa, aku balik rumah dulu, ambik iqa baru gi balik ke pasar Ramadhan. Nak amik hati iqa kengkononnya. Petang ni tujuan cuma nak beli ikan bakar ni jer. Ikan cencaru bakar RM4. Kira OK la. Kuah dia yang best. Cukup serba serbi. Cuma yang tak best. Inaz jatuh la pulak atas jalan tar tu sebab tersadung selipar. Boleh pulak dia tersalah pakai selipar. Dah satu kes. Betul-betul depan gerai ikan bakar ni. Habis tangan ngan kaki dia luka. Terus aku gi cari kedai runcit nak beli handyplast. Sian inaz. Klik untuk cerita penuh Tokei gerai.. tak dan nak bercakap pun ngan dia. Sibuk dok lari ca

Jom Ronda-Ronda Ramadhan : Pasar Ramadhan Taman Nusa Perintis

Imej
Hari pertama ni tak yah la gi jejauh. Cukup gi ke nusa perintis jer. Tempatnya terletak di tapak pasar tani gelang patah. Mulanya ingat nak merayap sampai ke nusajaya. Tapi pikir-pikir balik, lain hari jer la. Aku keluar lam jam 5 petang. Pun dah ramai orang. Apa-apa pun gi isi minyak dulu. Pastu baru gi pasar ramadhan. Elok-elok sampai, sebijik van kuar. Nasib baik tul. Parking, terus gi ke pasar. Lam kepala tarak planning lagi nak beli apa. Lebih kepada nak survey dulu apa yang ada. Tahun ni dengarnya akan hujan sepanjang Ramadhan. Alhamdulillah.. sejuk sikit. Tapi nak kuar, berpayung jer lah.. Pas beli lebih kurang, terus gi rumah nenek. Hanto juadah berbuka. Pastu baru balik rumah.. Klik untuk cerita penuh Dah sampai dah pun. Pasar dah penuh orang.. Nampak orang kastam CIQ pun ramai.. Presentation pun boleh tahan.. esok-esok la try kelapa pandan nih.. Waaa.. pizza pun ada.. Iqa ngan inaz tak pulak bising nak piza ni.. maybe dah puas hati kot makan piza setiap