Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pembeli

PR1MA Lancar Program 'Rent-To-Own' Bantu Pembeli Tidak Dapat Pinjaman Perumahan

Imej
PR1MA Lancar Program 'Rent-To-Own' Bantu Pembeli Tidak Dapat Pinjaman Perumahan Perbadanan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) hari ini melancarkan program 'Rent-to-Own' (RTO) bagi membantu pembeli yang tidak layak mendapat pinjaman perumahan untuk memiliki rumah PR1MA. Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Abdul Mutalib Alias berkata di bawah program pemilikan rumah tertangguh itu, pembeli yang memiliki kadar kredit lemah diberi pilihan menyewa selama 10 tahun dalam usaha membina ekuiti deposit yang diperlukan untuk membuat pinjaman bank. Beliau berkata pilihan menyertai program RTO hanya diberikan kepada bakal pembeli sebagai pilihan terakhir jika permohonan pinjaman mereka ditolak oleh bank panel PR1MA. "Kita buat RTO sebab ada kes pembeli yang sudah diundi gagal mendapatkan pinjaman daripada bank dan rumah itu akhirnya terpaksa diberikan kepada mereka yang berada dalam senarai simpanan," katanya. Beliau berkata RTO adalah sebahagian daripada

Baucar RM 1 Ribu Kepada Pembeli Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)

Imej
Baucar RM 1 Ribu Kepada Pembeli Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) Kerajaan sedar dan peka terdapat kos yang terpaksa ditanggung oleh pembeli Rumah Mampu Milik Johor. Secara purata setiap pembeli yang membeli rumah kos rendah terpaksa mengeluarkan kos sebanyak RM 2 ribu bagi pembayaran kos-kos seperti fi Perjanjian Jual Beli, Duti Setem, deposit air dan elektrik serta lain-lain. Oleh yang demikian Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk memberikan baucar RM 1 ribu kepada pembeli bagi membantu mereka meringankan beban di dalam pembelian rumah. Baucar ini akan diberi semasa pembeli mengambil kunci rumah yang sedia diduduki bermula 1 Januari 2015. Baucar tersebut boleh dituntut daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Perumahan). Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!