Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Perhimpunan Bulanan

JPN Johor : Perhimpunan Bulanan bilangan 2 tahun 2020

Imej
JPN Johor : Perhimpunan Bulanan bilangan 2 tahun 2020. Perhimpunan bilangan 2 dikelolakan oleh Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD bertempat di Dewan Seminar JPN Johor pada 1 Mac 2020 dengan tema "Minda Sintesis Memacu Kecemerlangan Organisasi". Alhamdulillah. Cabaran baharu kepada kami yang tak ramai ini untuk mengurus majlis ini berjaya dilaksanakan dengan baik. Terima kasih pada semua yang memberikan kerjasama dan bantuan samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Full video @ https://youtu.be/ZAYcSojfy6A

Perhimpunan Bulanan Januari 2020 & Sambutan Maulidur Rasul JPN Johor

Imej
Perhimpunan Bulanan Januari 2020 & Sambutan Maulidur Rasul JPN Johor. Gambar dan video sempena program yang berlangsung pada 23 Januari yang lepas baru nak hapdet. Hehehe. Macam biasa, jadi tukang ngantor barang ke Pusat Koko. Naik kat atas dan tunggu kontinjen sampai. Video perarakan tak jadi sebab lokasi tak berapa sesuai. Selesai Maulid sambung kat Dewan Seminar. Kami dapat saguhati. OK la tu. Tahun depan leh cuba lagi ya.

Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.11 Tahun 2019

Imej
Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.10 Tahun 2019. Perhimpunan kali ini diurusetiakan oleh Sektor Psikologi dan Kaunseling dengan tema "Individu Sejahtera, Keluarga Bahagia, Organisasi Perkasa". Hari Terbuka Psikologi peringkat negeri Johor turut dilaksanakan sama. Meriah baq ang majlis kali ni. Memasing seronok. Selesai perhimpunan kami sempat melawat booth booth pameran disekalikan dengan meninjau beberapa tempat yang memerlukan pengemaskinian daripada segi informasi terutamanya. Tahniah pada team urusetia.

Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.10 Tahun 2019

Imej
Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.10 Tahun 2019. Perhimpunan kali ini diurusetiakan oleh Sektor Pembangunan Murid dengan tema Bulan Sukan Negara. Selaras dengan tema, pelbagai aktiviti melibatkan kecergasan telah disusun dari awal pagi. Program dimulakan dengan senamrobik di Dewan Jauhar. Semua warga seterusnya naik ke Dewan Seminar dengan menaiki tangga. Boleh tahan la. Sib baik setiap aras ada ditampal bacaan motivasi. Sampai aje di Dewan Seminar sesi cool down pula mengambil tempat sebelum majlis bermula. Memang terbaeekkk!!!! Akhirnya terlerai persoalan siapa Timbalan Pengarah Perancangan yang dilantik dan diserahkan arahan penempatan dalam majlis perhimpunan kali ini. Tahniah Tuan Haji Shaharuddin bin Saari atas pelantikan. Semoga kecemerlangan Johor diteruskan. Tahniah pada urusetia kali ini. Next ... Sektor Pembelajaran.

Perhimpunan Bulanan JPN Johor bil.9/2019

Imej
Perhimpunan Bulanan JPN Johor bil.9/2019. Perhimpunan kali ni diurusetiakan oleh Sektor Pengurusan Maklumat. Tahniah. Walau dengan bilangan yang kurang tanpa kami, perhimpunan berlangsung dengan lancar. Siap kami yang dah bertukar ke sektor lain pun dapat penghargaan gitu. Terharu. Terima kasih pada team SPM, tak kira yang lama atau baharu. Anda memang terbaeekkk!!!!

Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.8/2019 & Majlis Penyerahan Surat Arahan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Imej
Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.8/2019 & Majlis Penyerahan Surat Arahan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Hari ni perhimpunan diurusetiakan oleh SJQ. Last before penstrukturan. Meriah. Tahniah atas penganjuran yang gilang gemilang ini. Selesai perhimpunan, satu majlis taklimat ringkas disampaikan pada semua Timbalan Pengarah dan Ketua Sektor berkaitan penstrukturan baharu sebelum majlis penyerahan surat arahan penempatan (AP) baharu disampaikan. Alhamdulillah. Selesai segala persoalan selama ini. Seramai 83 orang fasa pertama selesai disampaikan AP. Kami bertiga daripada SPMICT masing-masing mengorak langkah ke lokasi baharu. Aku ke Perancangan, Mustakim ke Menengah dan Adi ke Murid. Minggu depan akan sibuklah kami dengan urusan serah tugas dan mengosongkan ruang kerja. Terima kasih atas kerjasama dan sumbangan selama ini pada Sektor Pengurusan Maklumat. Semoga terus cemerlang di tempat baharu. Terima kasih juga pada team SPM yang masi

Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.7/2019

Imej
Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.7/2019. Kami bermula dengan penerangan berkaitan Yayasan Raja Zarith Sofiah. Kami diperkenalkan dengan dua program berkaitan sekolah; B40 - Bantuan Pelajar Miskin ZSIEFA dan ZSIEFA addean khusus untuk pembangunan ummah berteraskan al-quran dan sunnah. Menarik. Kalau berminat boleh layari portal rasmi dia di url  http://zarithsofiah.foundation/v1/index.html . Turut disediakan skim potongan gaji bagi yang ingin bersedekah dan menyumbang. Perhimpunan kali diurusetiakan oleh BTPN Johor dengan membawa konsep suasana di sekolah. Memang agak menarik. Dimulakan dengan cikgu praktikal katanya membuka majlis dengan perhimpunan pagi. Semua acara biasa disempurnakan menerusi aktiviti dalam perhimpunan. Kreatif. Selesai semua, baru cikgunya masuk. Ada sesi menerusi Google Classroom. Best kitaorang layan. Satunya. Sebab line cikgu yang handle tu yang slow. Kita dah tinggal dia 3 tiang baru dia nampak apa yang kita tulis. Apapun. Memang menarik. Siap diakhiri deng

Perhimpunan Bulanan Bil.6/2019 & Jamuan Aidilfitri JPN Johor

Imej
Perhimpunan Bulanan Bil.6/2019 & Jamuan Aidilfitri JPN Johor. Meriah majlis yang diurusetiakan oleh KSK kali ni. Sijil Guru juga turut disampaikan oleh pengarah sendiri. Tengah harinya disambung dengan jamuan raya. Siap ada pertandingan booth tercantik. Dapat la nombor dua. Alhamdulillah. Tahniah dan terima kasih pada semua teammate yang bertungkus lumus sejak awal.

Perhimpunan Bulanan Bil.3/2019 Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Imej
Perhimpunan Bulanan Bil.3/2019 Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Perhimpunan kali ini diurusetiakan oleh Sektor Penilaian dan Peperiksaan dengan tema "Amalan Berbudi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni Teras Kecemerlangan Organisasi". Next urusetia - SKPP.

Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.1 Tahun 2019

Imej
Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.1 Tahun 2019. Alhamdulillah majlis perhimpunan berjalan lancar di Dewan Seminar. Sempat posing di ruang retro sementara nunggu lif untuk ke dewan seminar. Majlis dimulakan dengan alunan bacaan al-quran dan barzanji dari dua murid yang bakal mewakili Johor kelak sebelum diteruskan dengan ceramah Maulidur Rasul oleh PU Yeop. Seterusnya perhimpunan dimulakan dengan ucapan aluan daripada KS SPI selaku urusetia kali ini sebelum Pengarah berucap. Ucapan PPJ kali ni merupakan ucapan terakhir sebagai pengarah pendidikan negeri Johor. Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah surau dan ofkoz la pertandingan perarakan tadi. Lunch kita pakat reramai makan nasi beriani dalam dulang di dewan Jauhar. Terbaeekkk!!!! boh. Siap amik megi dua mangkuk kecik tau. Lum campur nescafe lagi. Kekeke.

Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.10 Tahun 2018

Imej
Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.10 Tahun 2018. Pagi tadi majlis berlangsung bertempat di Dewan Seminar diurusetiakan oleh Sektor Pengurusan Akademik dengan tema Bulan Bahasa Kebangsaan. Layan. Baru tahu yang Bulan Bahasa dah dijenamakan kepada yang baharu. Ada persembahan seloka yang menarik. Ada kuiz yang dikuasakan menerusi quizizz.com. Hehehe. Sempat la melonjak ke nombor satu sebelum dipotong diselekoh habis habisan malah dicincang sehingga keputusan akhir aku nombor 25. Kekeke. Tahniah pada SPA atas penganjuran perhimpunan kali ni.

Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.9 Tahun 2018

Imej
Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.9 Tahun 2018. Pagi tadi majlis berlangsung bertempat di Dewan Seminar diurusetiakan oleh kami, SPMICT dengan tema Ummah Digital. Satu kelainan dimana kami membawakan teknologi ke dalam perhimpunan kali ni; pendaftaran secara terus atas talian melalui sistem i-Datang yang dikelolakan oleh Fadzli; permainan kuiz Ummah Digital Bermaklumat yang dikelolakan oleh Adi; sesi cabutan bertuah berdasarkan kehadiran menerusi i-Datang, diundi menerusi aplikasi wheel of fortune. Tahniah pada kesemua team SPMICT yang banyak menyumbang tenaga dalam memastikan perhimpunan kali ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Tahniah pada kesemua warga jabatan yang turut hadir dan menjadi sebahagian daripada kami; menerokai dunia digital bermaklumat bersama. Hmmm.. Gambo kurang sikit lah ye. Tunggu update dari photog rasmi lah ye dalam FB rasmi JPN. Aku banyak ke hulu ke hilir je pagi ni :P

Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.8/2018

Imej
Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.8/2018. Perhimpunan kali ni diurusetiakan oleh Sektor Pengurusan Sekolah. Tema ofcoz la Hari Kebangsaan kan. Kali ni JK Promosi buat julung kalinya menganjurkan pertandingan kami sendiri, pertandingan video kesedaran EKSA. 3 video pilihan dapat sijil dan wang tunai RM100. Tahniah pada Sektor Jaminan Kualiti, Sektor Pembangunan Kemanusiaan dan Sektor Pengurusan Akademik atas pemilihan sebagai pemenang kali ni. Next month, kami anjur pertandingan poster infografik pula. Tunggu...

Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.5/2018 : Rehearsal with the organiser

Imej
Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.5/2018 : Rehearsal with the organiser. Setel kat BTPN terus gerak ke dewan seminar tadi. Suruh Mustakim tengok dulu sementara aku nak tiba. Just nice. Lusa pun ada rehearsal lagi. All the best to all!

Perhimpunan Bulanan Bil.4/2018 JPN Johor

Imej
Perhimpunan Bulanan Bil.4/2018 JPN Johor. Urusetia SKPP membawakan tema Terima Kasih Cikgu : Tanpa Guru Siapalah Aku. Memang banyak variasi. Menarik, tertarik, da boom! Cuma, durasi masa panjang sangat. Kalau dapat jadi short, sweet and meaningful mesti lagi kebaboomm!

Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.6/2016

Imej
Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.6/2016. Diurusetia oleh BTPN Johor kali ini. Penuh dengan upacara penyampaian hadiah pada sekolah berkaitan VLE, TMK dan PSS. Penyerahan pada KSK untuk bil.7 bulan depan.

Perhimpunan Bulanan Bil.11/2015 Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Imej
Perhimpunan Bulanan Bil.11/2015 Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Urusetianya SPsK pula kali ni. Untuk EKSA, SPMICT berjaya mendapat tempat ketiga kali ni. Tahniah!

Perhimpunan Bulanan Jabatan Pendidikan Negeri Johor Bil.9/2015

Imej
Perhimpunan Bulanan Jabatan Pendidikan Negeri Johor Bil.9/2015 telah berlangsung di Dewan Seminar semalam, 15 September 2015 dengan tema "Sehati Sejiwa" diurusetiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor. Nice! Siap dapat epal sebijik.

Perhimpunan Bulanan Bil.6/2015 dan Majlis Persaraan Tn.Hj.Md. Amin bin Anis, Ketua Sektor Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas, JPN Johor

Imej
Perhimpunan Bulanan Bil.6/2015 dan Majlis Persaraan Tn.Hj.Md. Amin bin Anis, Ketua Sektor Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas, JPN Johor. Majlis berlangsung pada jam 3.00 petang bertempat di Dewan Seminar, JPN Johor. Turut sama disampaikan Sijil Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta (SKIPS) bagi Pusat Bahasa negeri Johor yang terpilih.

Full Revised - Perhimpunan Bulanan Bil.1/2015

Imej
Full Revised - Perhimpunan Bulanan Bil.1/2015. Dewan seminar. From 1.30 - 3.00 pm. All done. Diselitkan juga sedikit majlis penghargaan bagi pak Hassan yang akan bersara.