Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Perling

Jenjalan Cari Makan : Restoran Zam Zam Corner, Perling

Imej
Jenjalan Cari Makan : Restoran Zam Zam Corner, Perling. Punya la lama kami dok cari piala yang paling sesuai semalam untuk EKSA. Lajak habis jugak ni. Alhamdulillah. Jumpa juga yang bos berkenan kan. Setel aje, baru sedar perut dah minta diisi. Layan mihun soto kat restoran ni. Boleh la.

Jenjalan cari makan : Ayam Pasu Emas Cawangan Lebuhraya Pesisir Pantai

Imej
Jenjalan cari makan : Ayam Pasu Emas Cawangan Lebuhraya Pesisir Pantai. Tengah hari ni macam mengada sikit. Kononnya nak makan nasi ayam penyet Jakarta. Sekali jalan boleh terus belok ke belakang. Best jugak kalau dapat ngetest Ayam Pasu Emas ni kan. Asyik dok nengok ja dari jauh setiap hari. Gerai dia sebelah Binnory Enterprise. Ala. Kedai tayar yang glamer diviral ituhari tu. Singgah. Terus lepak kat meja yang ada sambil si Mus borak borak memantau. Kui kui kui. Boleh tahan la. Sekor ayam dia amik RM28. Try test satu. Tapau la. Dia tutup sehari ja. Isnin tutup. Hari lain, mula jam 12 tengah hari sampai jam 6 petang katanya. Balik terus meratah la apa lagi. Mantop beb. Sos dia pun ngam ngam la. Tak pedas sangat, tapi nice la. Paling best, Abang Long Fadhil kot duta diaorang. Ganas wooo...

Misi hantaran - From Super Cowboy, Kulaijaya to Kahwin Wedding, Perling

Imej
Misi hantaran - From Super Cowboy, Kulaijaya to Kahwin Wedding, Perling. Aiyooo... Sikit amik kat cowboy, jalan lagi, sampai la ke Kahwin Wedding. Siap berputar kat KIPMart Tampoi gitu. Paling best aku sempat tido lepak ngan Fiqri kat sofa Kahwin Wedding. Penat Wehhh!!! Seharian gitu. Dari pagi sampai ke petang wooo!!!