Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pertembungan 4 penjuru PRK Kuala Kangsar

Pertembungan 4 penjuru PRK Kuala Kangsar

Imej
Pertembungan 4 penjuru PRK Kuala Kangsar. Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), PAS dan Parti Amanah Negara (PAN) serta seorang calon Bebas. BN akan diwakili calonnya, Datin Mastura Mohd Yazid; calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad, PAN diwakili Prof Dr Ahmad Termizi Ramli, sementara calon Bebas, Izzat Bukhari Ismail Bukhari. Pengumuman senarai calon itu diumum Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria, di Dewan Jubli Perak, di sini sebentar tadi. Wakil Mastura mengemukakan borang pencalonan pada jam 9.01 pagi, Dr Najihatussalehah pada jam 9.05 pagi dan masing-masing pada jam 9.10 pagi oleh calon PAN dan Bebas, Ahmad Termizi dan Izzat. SPR juga memaklumkan tiada borang pencalonan ditolak selepas kesemuanya menepati syarat bertanding ditetapkan agensi itu, hanya satu yang menarik diri iaitu atas tiket calon Bebas. Datuk Abu Backer Sidek tidak meneruskan hajatny