Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Program

The Colours of Life - Majlis Perasmian Penutupan Program NPQEL Ambilan 2022

Imej
The Colours of Life - Majlis Perasmian Penutupan Program NPQEL Ambilan 2022. So. This will be the last in this series. 10 bulan berlalu. Pelbagai perit getir telah dilalui dalam menjalani kursus kepemimpinan ini. Hampir dua kali aku cuba tarik diri actually. Hampir tewas dengan ujian yang melanda. Segalanya aku pendam. Hanya yang tahu sahaja tahu. Tanggungjawab sebagai penghulu tak membenarkan aku mendedahkan isi hati secara terbuka. Tambah pula bila dengar yang lain merintih. Dua kali fasa bersemuka. Dua kali diutarakan. Dua kali diberi semangat semula. Penyelia. Mentor. Isteri sendiri memainkan peranan yang sangat penting, merelakan semua bebanan yang dilalui. Dia berkeras untuk aku teruskan jua. Terima kasih pada semua yang memberi sokongan moral sepanjang ujian ini aku harungi. Maybe aku unik sedikit. Hadir NPQEL hanya demi mengotakan janji. Akhirnya. Segala perit jerih telah berlalu. Majlis penutup menjadi titik penamat kami. Bak kata Ketua Jabatan. Manisnya bila dah berjaya mengg

Temubual Eksklusif Program Jelajah Pendidikan KPM 2019 Johor FM

Imej
Temubual Eksklusif Program Jelajah Pendidikan KPM 2019 Johor FM. Bersama team promosi hari ni mengiringi Pengarah ke konti Johor fm untuk sesi temubual eksklusif. Banyak penambahbaikan dah dibuat. Dah siap dengan peralatan dan team untuk live streaming. Memang marbeles. Terbaeekkk!!!!

Mesyuarat Program Jelajah Pendidikan dan Cakna Pendidikan @ PPD Batu Pahat

Imej
Mesyuarat Program Jelajah Pendidikan dan Cakna Pendidikan @ PPD Batu Pahat. Hari ni ke Batu Pahat untuk penyelarasan berkaitan program ni. Taklimat penyelarasan tugas dan semakan lokasi dilaksanakan sekali. Hmmm. Kena pergi Ipoh juga untuk lawatan benchmark program pertama Sabtu ni. Banyak nak kena belajo ni. Harap yang terbaeekkk!!!!

Sekolah Agama Gelang Patah : Program Teknik Menjawab Soalan SDEA/SDKA

Imej
Sekolah Agama Gelang Patah : Program Teknik Menjawab Soalan SDEA/SDKA. Minggu ni gi sekolah hari jemaat untuk program ni. Program dari jam 8.00 sampai 11.45 pagi. Puas la snap snap sambil nunggu masa pergi dan balik.

Program Latihan Pengukuhan Pengguna dan pentadbir UC MyGovUC 2019 untuk negeri Johor

Imej
Program Latihan Pengukuhan Pengguna dan pentadbir UC MyGovUC 2019 untuk negeri Johor. Mungkin kali ni gaya penulisan aku lain sikit daripada yang biasa. Kali ni kita borak cerita disebalik. Ingat mantan bos aku pernah pesan kat aku satu ketika dulu. Orang hanya nampak hasil yang cantik aje, dia tak pernah tau pun pasal macamana benda tu jadi gitu. Cuba tengok itik berenang. Cantik. Ayu. Smooth aje gitu. Semua tak nampak betapa kaki dia berhempas pulas mendayung kat bawah air. Macam tu la kita. Alhamdulillah. Program kami ni pun berjalan dengan baik sepanjang dua hari. Dilaksanakan oleh pihak TM dengan kerjasama MAMPU pada 9 dan 10 April 2019 melibatkan 6 sesi di 2 pusat iaitu JPN Johor dan PPD Batu Pahat. 31 Mac aku terima berita pasal program ni dari encik firdaus. Kalau aku amik, aku hanya ada 8 hari untuk proses sehingga program ni dilaksanakan. Means. Sebarluas. Cari peserta secara volunteer. Tapis. Keluar surat panggilan. Urus program. Kalau tak grab, memang peluang nak dapat s

Program Eksekutif Talk Siri 1/2019 : Memperkasa Pendidikan Johor - Dimensi Baharu Amalan Pendidikan

Imej
Program Eksekutif Talk Siri 1/2019 : Memperkasa Pendidikan Johor - Dimensi Baharu Amalan Pendidikan. Pagi ni kami ada sesi taklimat khas di Dewan Seminar. Penyampainya adalah tuan timbalan sendiri. Memang terbaeekkk!!!! Nak bahan dia - boleh klik kat sini .

PROGRAM PENCARIAN PELAJAR PINTAR DAN BERBAKAT SARINGAN PERINGKAT PERTAMA UKM1

Imej
PROGRAM PENCARIAN PELAJAR PINTAR DAN BERBAKAT SARINGAN PERINGKAT PERTAMA UKM1. Kementerian Pendidikan Malaysia sedang mengadakan pencarian pelajar pintar dan berbakat melalui saringan peringkat pertama yang dinamakan ujian UKM1 secara dalam talian dan terbuka kepada seluruh murid di Malaysia yang berumur 8 hingga 15 tahun. Ujian ini telah pun dibuka mulai 7 Januari sehingga 31 Mei 2019. Pelajar-pelajar yang berjaya melalui ujian UKM1 ini akan melalui saringan seterusnya iaitu ujian UKM2 dan UKM3 serta perlu melalui Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS) yang dijalankan sewaktu cuti penggal terakhir persekolahan sebelum ditawarkan tempat di Kolej PERMATApintar atau Kolej PERMATA Insan. Maklumat lanjut berkenaan program pencarian ini, sila hubungi nombor 03-8921 7533 atau layari http://ukm1.permatapintar.edu.my/ . --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬

Semakan tawaran Program NPQEL Ambilan 2 Tahun 2018

Imej
Semakan tawaran Program NPQEL Ambilan 2 Tahun 2018 boleh dilakukan melalui Sistem Dalam Talian MPPS NPQEL mulai 21 Mei 2018 hingga 3 Jun 2018 . Sila layari Sistem NPQEL MPPS di url  https://tls.moe.gov.my/login.php --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Semakan Atas Talian Tawaran Kemasukan ke Program Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik, Giatmara dan WISDEC Ambilan Januari 2018

Imej
Semakan Atas Talian Tawaran Kemasukan ke Program Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik, Giatmara dan WISDEC Ambilan Januari 2018. Semakan boleh mula dibuat daripada 15 hingga 22 Januari 2018 menerusi pautan berikut : https://sptv.moe.gov.my/ --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

PROGRAM DIALOG ISU SEMASA NEGARA 2015

Imej
PROGRAM DIALOG ISU SEMASA NEGARA 2015 Program akan dijalankan seperti ketetapan berikut : Tarikh : 15 September 2015 Tempat : Auditorium Kompleks E, Putrajaya 7.30 pagi : Pendaftaran peserta dan sarapan pagi 8.15 pagi : Ketibaan Tetamu Kehormat 8.30 pagi : Ketibaan Ybhg. Tan Sri Dr. KSU KPM : Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu 1Malaysia : Bacaan Doa 8.45 pagi : Ucapan Perasmian oleh Ybhg. Tan Sri Dr. Madinah binti Mohamad Ketua Setiausaha KPM 9.15 pagi : Sesi 1 : Forum Isu-Isu Semasa 11.15 pagi : Sesi 2 : Forum Isu-Isu Perlembagaan Persekutuan 1.15 petang : Makan Tengah hari dan Solat Zohor 2.00 petang : Sesi 3 : Forum Isu-Isu Ekonomi 4.00 petang : Refleksi dan Penutup : Minum Petang : Bersurai Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

PR1MA Lancar Program 'Rent-To-Own' Bantu Pembeli Tidak Dapat Pinjaman Perumahan

Imej
PR1MA Lancar Program 'Rent-To-Own' Bantu Pembeli Tidak Dapat Pinjaman Perumahan Perbadanan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) hari ini melancarkan program 'Rent-to-Own' (RTO) bagi membantu pembeli yang tidak layak mendapat pinjaman perumahan untuk memiliki rumah PR1MA. Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Abdul Mutalib Alias berkata di bawah program pemilikan rumah tertangguh itu, pembeli yang memiliki kadar kredit lemah diberi pilihan menyewa selama 10 tahun dalam usaha membina ekuiti deposit yang diperlukan untuk membuat pinjaman bank. Beliau berkata pilihan menyertai program RTO hanya diberikan kepada bakal pembeli sebagai pilihan terakhir jika permohonan pinjaman mereka ditolak oleh bank panel PR1MA. "Kita buat RTO sebab ada kes pembeli yang sudah diundi gagal mendapatkan pinjaman daripada bank dan rumah itu akhirnya terpaksa diberikan kepada mereka yang berada dalam senarai simpanan," katanya. Beliau berkata RTO adalah sebahagian daripada

Permohonan program Johor Talent II telah dibuka

Imej
Permohonan program Johor Talent II telah dibuka!! Anda lepasan universiti atau berada di tahun akhir universiti? Anda anak kelahiran Johor? Anda berminat untuk mendapatkan pengalaman menjalani latihan industri di bawah agensi-agensi berkaitan kerajaan? --- Jika anda menjawab 'Ya' pada semua soalan di atas, maka andalah yang kami cari! Sertailah program Johor Talent Siri II! Permohonan telah dibuka! Sila muat turun dan hantar borang permohonan yang lengkap diisi melalui: 1) Emel : johortalent@gmail.com , atau 2) Alamat: Institut Integriti, Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn, (IKLAS), JKR 293, Jalan Mariamah, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim, atau 3) Hubungi talian IKLAS: 07-221 3148 / 224 5488 Sila layari FB Johor Talent untuk maklumat lanjut smile emoticon Tarikh tutup penyertaan ialah sebelum/pada 30 Ogos 2015 . Jangan lepaskan peluang ini!! MEMBENTUK PEMIMPIN MASA HADAPAN Johor Talent merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan Nege

Program Kayuhan Sehati Sejiwa meriah

Imej
Program Kayuhan Sehati Sejiwa meriah di Dataran DBKL Antara yang hadir dalam program gaya hidup sihat ini adalah YB Senator Dato' Sri Dr. Md Salleh Tun Said Keruak Menteri KKMM, YBhg Dato' Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Setiausaha KKMM dan ramai lagi anggota KKMM, DBKL, dan rakan strategik OCBC serta warga kota yang hadir ambil peluang mengayuh basikal, berjogging dan berjalan kaki sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Program kerjasama KKMM sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2015 dan DBKL melalui program sedia ada iaitu KL Car Free Morning yang diadakan pada minggu pertama setiap bulan ‪#‎SehatiSejiwa‬ ‪#‎31ogos‬ Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Shopping Raya 2015

Imej
Shopping Raya 2015. Ini cerita lama sebenarnya. Cerita hari Sabtu, 27 Jun yang lepas. Tetiba jer Mydin penuh orang. Pelik juga. Sekali jumpa Kila. Hmmm... Jadi volunteer. Program shopping raya untuk anak-anak yatim. Patut la penuh Mydin pagi tu. Tahniah!

PERMOHANAN KE PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2016/2017

Imej
PERMOHANAN KE PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2016/2017 Sukacita dimaklumkan bahawa PERMOHANAN KE PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2016/2017 telah dibuka mulai 1 Julai 2015 sehingga 10 Oktober 2015. Sebarang maklumat lanjut sila ke ruangan menu aplikasi berkala atau klik di pautan berikut :   https://matrikulasi.moe.gov.my/permohonan/ Terima kasih. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

PENGEMASKINIAN PERMOHONAN PROGRAM MATRIKULASI SESI 2015/2016

Imej
PENGEMASKINIAN PERMOHONAN PROGRAM MATRIKULASI SESI 2015/2016 Proses kemaskini maklumat bagi pelajar yang mengambil SPM tahun 2014 yang telah membuat permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2015/2016 akan dibuka mulai 4 Februari 2015 sehingga 25 Februari 2015 . Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di 03-88844083/4036/4040 atau layari laman sesawang http://www.moe.gov.my   Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

PROGRAM PEMUDAH CHALLENGE: BACK TO SCHOOL SEASON 3 2014

Imej
PROGRAM PEMUDAH CHALLENGE: BACK TO SCHOOL SEASON 3 2014 Program PEMUDAH Challenge: Back To School adalah satu program yang menawarkan penyertaan murid bagi mengemukakan cadangan penambahbaikan sekolah contohnya bagi aspek seperti kebersihan, kemudahan dan prasarana, kantin, bahan pengajaran/pembelajaran. Program ini  dianjurkan oleh PEMUDAH dengan kerjasama Bahagian Kokurikulum dan Kesenian dan Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pendidikan Malaysia. Cadangan yang telah dihantar akan dinilai dan peserta-peserta yang layak sebagai pemenang akan dihubungi bagi tujuan penyampaian hadiah. Anda boleh mendaftar masuk cadangan murid melalui url berikut : http://apps.moe.gov.my/smg/99/b2s/ Syarat dan Peraturan Penyertaan: Penyertaan terbuka kepada semua murid sekolah tahun lima (5)  bagi sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor, Melaka,Negeri Sembilan dan Johor. Tempoh penyertaan: Mulai 25

Program Membudayakan Al-Quran JPN Johor - Ceramah Bulanan "Lambaian Haji dan Ibadah Korban"

Imej
Program Membudayakan Al-Quran JPN Johor - Ceramah Bulanan "Lambaian Haji dan Ibadah Korban". Dijalankan pagi tadi bertempat di Dewan Seminar JPN Johor. Penceramah. Ustaz Mahmood bin Kassim.

Tawaran Guru Program Tahfiz Model Ulul Albab

Imej
Tawaran Guru Program Tahfiz Model Ulul Albab.  Perhatian kepada Guru j-QAF / GPI / GTPI yang hafaz Al-Quran 30 juzuk ... memiliki Diploma atau Ijazah Tahfiz ... berminat untuk menjadi Guru Program Tahfiz Model Ulul Albab (45 guru diperlukan) di 3 sekolah terpilih yang akan beroperasi pada Januari 2014 dengan kadar segera seperti berikut : - 1. SMKA Kedah 2. SMKA KL 3. SMAP Bentong, Pahang Keterangan lanjut, sila hubungi Ustaz Muhamad Shafie bin Haji Ismail (Ketua Unit Kelas Kemahiran Al-Quran KKQ) di Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia ... sama ada pm beliau di facebook atau di talian 019-3059791 / 019-6886188 / 03-83217322 / email shafie.ismail@moe.gov.my Inilah peluang kepada ustaz / ustazah yang hafiz dan hafizah mengajar tahfiz sepenuhnya sebagaimana Darul Quran. Send from e-mail

Mesyuarat Pengurusan Program GM1M Peringkat Negeri Johor

Imej
Mesyuarat Pengurusan Program GM1M Peringkat Negeri Johor telah dijalankan pada 23 Julai yang lepas bertempat di SMK Dato Mohd Seth, Batu Pahat. Perbincangan melibatkan semua ketua penggerak daerah dan Majlis Tertinggi Negeri dalam menentukan halatuju GM1M Johor dan perancangan aktiviti berkaitan. Read on...