Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pusat Service Nissan

TCEAS Skudai

Imej
Pagi ni sepagian lepak kat pusat servis nissan skudai. Mula masuk keter jam 10 pagi. Tapi banyak yang kena untuk 30k ni. Enjin, align, balance and service. Tapi paling lama nunggu queue nak basuh keter. Tengok ler deretan livina yang nak servis hari ni. Tu yang menarik tu. Kalau kat luar pun dah banyak keter, kat dalam apatah lagi. Tapi dia dah hapgred pusat menunggu pelanggan nih. Terbaeekkk!!!! Cuma... sejuk sangat. Kekadang keluar just untuk panaskan badan balik. Haa... ni ler kijer cikgu hairosniza sementara nunggukan keter diservis. Habis semua buku ditanda hari ni. Lam jam 12.30pm, semua part keter aku dah setel. Sekarang tinggal nak masuk queue car wash jer. Around one, ni ler yang tinggal. Aku nyer keter dah masuk car wash dah. Sekarang tengah tunggu siap jer. Jam kul 2 baru aku tinggalkan pusat servis nih. Yang paling best. Sampai kat uda utama ja hujan dah mencurah curah.. Cam tak berbaloi jer nunggukan car wash tadi.

Setel booking

Imej
Setel. Jap ajer nak booking nih. Cuma lambat sikit la. Kalau tak mesti aku dapat yang jam 7 pagi tu. Rugi sikit aaa.. Tengok yang tinggal jam 10, 11 jer untuk sabtu ni. Nak tak nak ambik ajer la. Tang Savvy aku jer masalah lagi ni. Camner aku nak ngantor nih. Harap dia bukak awal. So leh la aku hantar dua dua keter sekaligus. Setel livina gi ambik jer savvy kan.. Hehehehe.. Harap harap jadi kenyataan tu..

Jom Ronda-Ronda : Pusat Service Nissan, Taman Tan Sri Yaacob

Imej
Hari ni aku ke nissan service center. Pasal meter pun dah lebih 1k. Pakai baru 2 minggu. Maknanya memang aku travel paling giler aaa setakat aku kerja. Sesampai jer .. pergghhh... ramainya orang.. walau kerusi yang disedia banyak, tapi sebab orang ramai sangat, jadikan tempat ni sangat sesak. Sib baik aku dah buat appointment dulu, so; keter aku terus jer masuk. Pengajaran.. Pasni memang kena wat appointment dulu.. kalau tak.. huhuhu.. Iqa ngan adik wat kerja sekolah jer kat situ. Setel jer kerja serbis aku mula carik keter aku. Sebab utama bebudak ni dah merengek nak tido. Sekali tanya, rupanya dia hantar ke bahagian cuci la pulak. Adehhh.. Hujan-hujan cenggini pun nak basuh jugak ker.. Dah masuk lam polisi la bang. Keter aku dah la kaler putih. Setakat hujan, aku nak travel balik ke gelang patah cam tak berbaloi jer.. Dah setel semua. Check harga.. RM125.. Pasal dia dah kasi service charge free kan.. kalau tak mau lebih RM200 gak.. Pas bayar aku terus travel masuk highway. Saj