Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel SMG

Sistem Maklumat Guru (SMG) - Semakan Prestasi

Imej
Sistem Maklumat Guru (SMG) - Semakan Prestasi Semalam. Dok pakat heboh pasal semak markah prestasi melalui sistem ni. Hmmm.. Baru aku dapat nengok apa itu SMG yang selama ini disebut-sebut tu. Tu pun tak pasti lah, samada markah tu betul ke, atau just test ru untuk tengok sistem ni running macamana. Surat siaran atau punca kuasa pun kita tak nampak lagi kan. Katanya 50% siap sistem ni, yang mungkin akan menjadi Modul Pengurusan Guru bagi Sistem Pengurusan Sekolah ni, mengikut apa yang dikatakan melalui pengumuman lah. Cuma, masih belum jelas SOPnya. Apa pun. Nampak agak menarik sistem ni. Kita tunggu aje pemakluman kelak. Adakah ini yang akan meneruskan kesinambungan maklumat guru...? Untuk login - Just masukkan nombor IC pada kedua dua ID Pengguna dan kata laluan. Cubalah... Pautan sistem :  http://apps8.moe.gov.my/smg/11/ Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

PENUTUPAN SEMENTARA CAPAIAN KE APLIKASI-APLIKASI BERKAITAN PANGKALAN DATA EMIS, APDM DAN SMG KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Imej
PENUTUPAN SEMENTARA CAPAIAN KE APLIKASI-APLIKASI BERKAITAN PANGKALAN DATA EMIS, APDM DAN SMG KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Adalah dimaklumkan pihak KPM akan melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan ke atas sistem-sistem berkaitan pangkalan data EMIS, APDM dan SMG. Oleh yang demikian, capaian ke atas sistem-sistem berkaitan akan ditutup selama 2 hari iaitu bermula pada 30 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014 . Sistem-sistem berkaitan akan boleh dicapai semula pada 1 Januari 2015 . Segala kesulitan amat dikesali. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!