Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Sambutan

The Colours of Life - Sambutan Bulan Kebangsaan SMKGP 2022

Imej
The Colours of Life - Sambutan Bulan Kebangsaan SMKGP 2022. Hari ni kita layan sambutan bulan kebangsaan kat SMK Gelang Patah. Kerjasama Bidang Sains Sosial dengan Unit Kokurikulum. Meriah baq ang. Merasa la pakai pakaian tradisi penuh siap bertanjak. Tinggal capal ja lum beli. Hahaha. Persembahan murid pun menarik. Layan abis.  ps: Lagu kita tumpang pakai lagu jalur gemilang petikan gitar akustik  ---  #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE- 51 TAHUN 2022 : PERUTUSAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

Imej
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE- 51 TAHUN 2022 : PERUTUSAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Apa khabar semua? PENDAHULUAN 1. Alhamdulillah, syukur kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya kita dapat meraikan sambutan Hari Guru bagi tahun 2022 pada hari ini. Setiap tahun pada tanggal 16 Mei adalah tarikh keramat penuh bermakna kepada warga pendidik. Guru diberi pengiktirafan atas peranan dan pengorbanan mendidik anak bangsa. Pastinya sejak dahulu lagi, rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama sentiasa memberikan penghormatan dan penghargaan yang tidak terhingga terhadap tugas dan peranan guru. 2. Pengalaman berhadapan dengan situasi pandemik COVID-19 selama dua tahun turut mengubah Sambutan Hari Guru, yang tidak dapat disambut sebagaimana kebiasaan. Namun, tanggal 16 Mei tetap memberi nostalgia kepada warga sekolah terutamanya dalam kalangan guru untuk mengimbau kenangan man

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE- 51 TAHUN 2022 : PERUTUSAN MENTERI KANAN PENDIDIKAN

Imej
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE- 51 TAHUN 2022 : PERUTUSAN MENTERI KANAN PENDIDIKAN Guru-guru, para pendidik dan warga sekolah sekalian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Selamat meraikan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan yang ke-51 pada 16 Mei 2022. Sambutan saban tahun ini merupakan acara simbolik bagi menghargai jasa dan pengorbanan insan mulia yang bergelar guru. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada hampir 500,000 guru di seluruh negara atas segala pengorbanan, keringat, komitmen dan dedikasi dalam mendidik serta membentuk generasi pewaris negara yang berkualiti tinggi. Pemilihan tema Hari Guru 2022, iaitu ‘Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA’ sangat bertepatan bagi menghargai peranan guru sebagai tunjang penting dalam ekosistem pendidikan untuk menjayakan agenda pembangunan pendidikan negara. Guru bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada murid, malah berusaha memastikan

Sambutan Maulidur Rasul Kemas Iskandar Puteri

Imej
Sambutan Maulidur Rasul Kemas Iskandar Puteri. Majlis dijalankan bertempat di Jabatan Laut Wilayah Selatan melibatkan kesemua tadika KEMAS di Iskandar Puteri. Meriah. Penuh ngan parent. Kami kena parking kat luar. Leh tahan gak la menapak ke dalam. Sib baik dah ready ngan sandal. Masak weh. Masuk. Perarakan dah mula. Join dari jauh aje la. Masuk dewan. Tadika ici baca selawat selepas selesai bacaan yasin. Tetamu jemputan adalah Ustaz Dato' Sharhan Shafie. Dapatlah ijazah 4 ayat dalam majlis dia. Balik. Terus singgah majlis Cikgu Mat kat Kampung Pulai. Tahniah dapat menantu.

Tadika KEMAS Wawasan : Sambutan Hari Kebangsaan 2019

Imej
Tadika KEMAS Wawasan : Sambutan Hari Kebangsaan 2019. Seawal jam 7.30 pagi kami dah sampai di Tadika. Daftar kehadiran dan dapat nombor. 007 tau. Nombor maktab mama dulu ni. Semua murid berkumpul dulu sementara menunggu program bermula. Program dimulakan dengan nyanyian dan upacara menaikkan bendera. Selepas selesai ucapan daripada pengerusi tadika dan perasmi, semua bergerak ke tempat pelepasan. Semua murid akan berlari ditemani penjaga. Ici akan berlari dengan Iqa. Dapat nombor 11 tau. Bukan main-main ni walau iqa cakap banyak kali jatuh masa lari tadi. Hehehe. Selepas makan sarapan yang disediakan semua bergerak pulang.

Sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2015

Imej
Sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2015 KPWKM  melalui Jabatan Pembangunan Wanita akan menganjurkan  program Sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2015 pada 24  Ogos 2015(Isnin) dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014 di semua pintu masuk seluruh negara

Imej
Sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014 di semua pintu masuk seluruh negara. Meriah kita tahun depan gini. Sambutan TMM 2014 Di Pintu Masuk Seluruh Negara Bermula 1 Jan PUTRAJAYA, 27 Dis (Bernama) -- Sambutan meraikan Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014) akan diadakan di 37 pintu masuk seluruh negara bermula 1 Jan termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA). Pengarah Bahagian Pemasaran Domestik Tourism Malaysia Datuk Musa Yusof berkata sambutan di KLIA dijangka dihadiri Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz untuk meraikan kedatangan pelancong. "Sambutan di pintu masuk negara ini termasuk sama ada melalui darat atau udara. Sebagai contoh di KLIA ada penerbangan antarabangsa yang masuk, kami akan memberi 'goodies' dan sebagainya untuk memberitahu pengunjung bahawa 1 Jan bermulanya TMM 2014," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelepasan bas KL Hop On Hop Off sempena jelajah TMM 2014 Putrajaya

Perhimpunan bulanan bil.12/2013 sambutan hari lahir

Imej
Perhimpunan bulanan bil.12/2013. Sambutan hari lahir. Bunga pahar pada wakil birthday boy n girl. Selamat hari jadi. Kekeke... baru tau fifey lahir 31 dis. Patut nakal.

Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Johor 2013

Imej
Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Johor 2013. Pagi ini, bertempat di Dewan Besar, Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru; majlis berlangsung dengan gemilang sekali. Memang best. The suasana, the venue... saling berkait ditambah ngan selingan nyanyian dari koir. Perrghhh...

Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2013 Day 3

Imej
Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2013 Day 3. Sambutan perayaan dibuat di stadium tertutup nilai. Walaubagaimanapun perayaan yang sepatutnya diadakan pada sebelah pagi ditunda ke sebelah malam atas sebab majlis perlantikan menteri dan timbalan menteri yang dijalankan pada sebelah paginya.

Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2013 Day 2

Imej
Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2013 Day 2. Hari ni memang kena pandai susun. Banyak program di venue berlainan. Disebabkan lokasi penginapan yang agak jauh, ada beberapa event yang terpaksa diskip supaya event penting dapat dihadiri.

Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2013 Day 1

Imej
Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2013 Day 1 bermula di Stadium tertutup paroi negeri sembilan. Kontinjen dari Johor datang seramai 80 orang untuk memeriahkan majlis ini.

Lagu dan logo Sambutan Kemerdekaan ke 55

Imej
Keterangan logo Merupakan simbol negara Malaysia yang dicintai yang mempamerkan pencapaian cemerlang negara sejak merdeka. Merupakan kebanggaan setiap rakyat Malaysia kerana namanya kini terserlah di persada dunia. Melambangkan Kedaulatan Institusi Raja Berpelembagaan dan kedaulatan Negara yang telah dipertahankan sejak 55 Tahun. Melambangkan perpaduan utuh masyarakat Malaysia yang berusaha mencapai kemajuan (Maju) dan kemakmuran (Makmur) negara sejak dari awal kemerdekaan dicapai. Melambangkan keunikan, liku-liku serta cabaran yang dihadapi oleh para pejuang dan pemimpin negara dalam memperjuang dan mempertahankan kemerdekaan serta kedaulatan negara. Melambangkan kesungguhan dan komitmen kerajaan dalam menunaikan janji kepada rakyat untuk membawa kemakmuran, kemajuan, kehidupan dan peluang ekonomi yang terbaik. Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bersatu padu, bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membin

Sambutan Birthday Syafinaz

Imej
adik inaz potong kek besday dia Tadi masa jumpa cikgu kelas adik inaz, sempat ngepau gambar sambutan harijadi adik syafinaz semalam. Dua keping ajer. Tapi ok ler tu. Janji ada gambo adik masa sambut birthday keenam nya ni dengan berpakaian seragam. Epi besday adik inaz... TQ cikgu seri, TQ cikgu farah Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!! sempat posing lagi tu

Sambutan perayaan hari guru kebangsaan ke 41 2012 - The event

Imej
The gimmick was soooooo..... Coooolll Post via Blogger Tab

Sambutan perayaan hari guru kebangsaan ke 41 2012 - Before

Imej
Ambik beberapa snap sebelum majlis mula. Yihaaa... Post via Blogger Tab

Banner Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor 2012

Imej
Tahun ini, 2012; perayaan hari guru untuk peringkat negeri Johorakan diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Kota Tinggi, Johor. Hari ni last mesyuarat induk bertempat di Kota Tinggi. Banner ni pun masih ada pemurnian lagi yang perlu dibuat. Apa pun, Selamat Hari Guru. Posted via Blogger PC edisen

Sambutan Isra' Mikraj

Imej
Sambutan Isra' Mikraj Tarikh : 17 Julai 2009 Masa : 7.00 - 10.00 pagi Tempat : Dewan Bestari SKTTA Bacaan doa oleh Ustaz Shahir Ceramah Isra' Mikraj oleh Ustaz Sajuli Ceramah diselang selikan dengan kuiz Cenderahati untuk penceramah Slideshow