Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Sambutan Ambang Kemerdekaan

Pelancaran Lagu Muafakat Johor sempena Sambutan Ambang Kemerdekaan 2016

Imej
Pelancaran Lagu Muafakat Johor sempena Sambutan Ambang Kemerdekaan 2016 Semarakkan Semangat Muafakat Bangsa Johor. Kerajaan Negeri Johor bakal melancarkan lagu Muafakat Johor pada 30 Ogos ini secara serentak di seluruh daerah bagi menyemarakkan lagi semangat muafakat Bangsa Johor di negeri ini. Majlis pelancarannya akan disempurnakan Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin sempena Malam Ambang Merdeka di Dataran Ledang, Tangkak. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan Dan Warisan Negeri Johor, Dato’ Zulkurnain Kamisan berkata, lagu tersebut akan disebar luas di semua stesen televisyen atas talian, sekolah selain akan dimainkan pada setiap sambutan acara di Johor seiring dengan konsep Bangsa Johor. Beliau berkata setiap rangkap dalam lagu Muafakat Johor memberi inspirasi kepada rakyat untuk terus berjuang dengan penuh semangat sebagai satu bangsa bagi mencapai cita-cita gagasan Johor berkemajuan, kesetiaan Bangsa Johor kepada raja serta raja dan rakyat berpisah