Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Sertai

JOM SERTAI PERTANDINGAN INSTAGRAM MERDEKA 2017 (FOTO DAN VIDEO) #IM60 #NEGARAKUMALAYSIA

Imej
JOM SERTAI PERTANDINGAN INSTAGRAM MERDEKA 2017 (FOTO DAN VIDEO) #IM60 #NEGARAKUMALAYSIA Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2017, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), akan menganjurkan Pertandingan Instagram Merdeka 2017 (Foto dan Video) yang bertujuan:- Memaparkan gelagat sehati sejiwa dan rasa cinta rakyat Malaysia dalam menyambut Hari Kebangsaan Tahun 2016 dengan penuh patriotisme. Meningkatkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia melalui aplikasi instagram; Menjalin hubungan dengan golongan muda dan menggalakkan penglibatan golongan muda *TN50) untuk menyemarakkan lagi semangat patriotisme Majlis pelancaran pertandingan telah disempurnakan oleh YB. Dato' Razali Hj.Ibrahim , Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 17 April 2017 bertempat di Auditorium Perdan Siswa, Universiti Malaya yang turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi, Ketua

6000 peserta #sehatisejiwa sertai larian

Imej
6000 peserta #sehatisejiwa sertai larian Semangat ‪#‎SehatiSejiwa‬ terus membara. Hampir 6,000 peserta ‪#‎LarianSehatiSejiwa‬ ikuti larian dengan 3 kategori jarak 10km, 8km & 5km sekitar bandar Kuala Lumpur bermula dari Padang Merbok. ‪ Foto dan berita dipetik dari FB 31Ogos Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Najib Sertai Ribuan Umat Islam Di Malam Doa Untuk Malaysia

Imej
Najib Sertai Ribuan Umat Islam Di Malam Doa Untuk Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini menyertai ribuan umat Islam di Dataran Merdeka di sini untuk majlis 'Doa Untuk Malaysia' sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015. Perdana Menteri, yang lengkap berjubah putih berserta kopiah, tiba pukul 8.30 malam dan disambut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak, Menteri Wilayah Persekutun, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Puad Zarkashi selaku penganjur utama majlis tersebut. Hadir sama pada majlis, yang memasuki tahun kedua penganjuran itu, ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Program yang disiarkan secara langsung melalui stesyen TV Al-Hijrah itu dimulakan dengan solat Isyak berjemaah, diimamka