Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Solat sunat

Masjid Jamek Gelang Patah : Solat Sunat Aidilfitri 1439H

Imej
Masjid Jamek Gelang Patah : Solat Sunat Aidilfitri 1439H. Ramai orang datang memenuhi masjid seawal jam 8.30 pagi lagi. Hujan renyai bertukar lebat membasahi bumi. Padat. Alhamdulillah. Dapat tempat kat hujung, kawasan masjid lama.

Solat Sunat Aidilfitri @Surau Nur Taufik

Imej
Solat Sunat Aidilfitri @Surau Nur Taufik. Pagi tadi berjalan kaki aje ke surau nur taufik. Berdepan rumah sahaja. Boleh tahan ramai orang. Semasa khutbah hujan rahmat mencurah turun. Alhamdulillah. Sejuk kita pagi ni.

Waktu Solat Sunat Aidil Adha di Surau Nur Taufik, Jalan Wawasan

Imej
Waktu Solat Sunat Aidil Adha di Surau Nur Taufik, Jalan Wawasan. Baru diumumkan sebentar tadi. Esok solat sunat Aidil Adha akan dijalankan bermula jam 8.00 pagi. Panduan Solat Aidilfitri / AidilAdha Solat sunat hari raya puasa (Aidilfitri) dan solat sunat hari raya haji (Aidiladha) hukumnya sunat Muakkad (sangat digalakkan). Segala rukun, syarat serta sunatnya adalah sama seperti solat biasa. Cuma ditambahkan dengan bertakbir 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara setiap takbir. Solat sunat hari raya dikerjakan pada hari raya pertama iaitu pada 1 Syawal bagi solat sunat Aidilfitri dan 10 Zulhijjah bagi solat sunat Aidiladha. Waktu mengerjakannya ialah antara ketika mula terbit matahari sekadar segalah hingga tergelincirnya matahari. Solat Aidilfitri sunat dilewatkan solat untuk memberi kesempatan kepada kaum muslimin membayar zakat fitrah (kerana zakat fitrah afdal dikeluarkan sebelum solat hari raya). Manakala

Solat sunat Aidiladha di Masjid Jamek Gelang Patah

Imej
Solat sunat Aidiladha di Masjid Jamek Gelang Patah. Alhamdulillah. Tepat jam 8.15 pagi. Semua berjalan seperti yang dirancang. Cuaca agak baik pagi ni. Mendung tapi tiada hujan.