Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel UJIAN

Ujian

Imej
Ujian. Pagi ni masuk opis terkejut sikit nengokkan gambo-gambo PM tinggal 1 je kat cermin kaca tu. Gi dekat rupanya nampak lantai dah meletup ni. Mozek tinggi rendah. Ish ish ish. Maklum pada pentadbiran untuk tindakan pembetulan. Sementara tu, kita kopek dulu mozek tu. Kang ada yang pecah atau kaki yang merana kan. Nasib, nasib.

Ujian Lisan dan Hafazan SDEA dan SDKA negeri Johor 2015

Imej
Ujian Lisan dan Hafazan SDEA dan SDKA negeri Johor 2015 Ujian Lisan dan Hafazan bagi peperiksaan bersijil Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) dan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) negeri Johor 2015 akan bermula seperti ketetapan berikut : SDEA 2015 Bil Tarikh Sesi Pagi Sesi Petang 1 9 Ogos 2015 7.15 – 10.15 pagi 3.30 – 6.30 petang 2 10 Ogos 2015 7.15 – 10.15 pagi 3.30 – 6.30 petang 3 11 Ogos 2015 7.15 – 10.15 pagi 3.30 – 6.30 petang 4 12 Ogos 2015 7.15 – 10.15 pagi 3.30 – 6.30 petang 5 13 Ogos 2015 7.15 – 10.15 pagi 3.30 – 6.30 petang SDKA 2015 Bil Tarikh Masa 1 5 September 2015 8.00 – 12.00 tengah hari 2 12 September 2015 8.00 – 12.00 tengah hari Calon diwajibkan hadir semasa ujian ber

Lebih 450,000 Calon Duduki Ujian Bertulis PT3 Hari Ini

Imej
Lebih 450,000 Calon Duduki Ujian Bertulis PT3 Hari Ini KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Sebanyak 453,413 calon menduduki Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang julung kali diadakan di 2,608 pusat peperiksaan seluruh negara, bermula hari ini hingga Khamis (16 Okt). Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan, ujian bertulis bagi peperiksaan yang menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu meliputi 12 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam. Mata pelajaran selebihnya ialah Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Kadazandusun, Bahasa Iban dan Bahasa Punjabi. "Pengurusan dan pemeriksaan skrip jawapan calon bagi Ujian Bertulis PT3 adalah di bawah tanggungjawab pengetua sekolah. "Bagaimanapun, Lembaga Peperiksaan dan Jabatan Pendidikan Negeri akan menjalankan moderasi pemeriksaaan bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor calon," menur

PENJELASAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BERKAITAN PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN SCIENCE & BAHASA INGGERIS UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014

Imej
PENJELASAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BERKAITAN PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN SCIENCE & BAHASA INGGERIS UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014 1. Pada tarikh 10.9.2014 pihak Lembaga Peperiksaan (LP) telah membuat kenyataan media berkaitan Peperiksaan Science 018 (SK), 028 (SJKC), 038 (SJKT) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 telah didapati bocor. 2. Ekoran kebocoran tersebut, pihak LP telah menangguhkan peperiksaan kertas tersebut dan akan diadakan pada 30 September 2014. 3. Pada 11.9.2014, pihak LP juga telah menerima laporan bahawa Kertas Peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2, bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang berlangsung pada 11 September 2014 telah juga dilaporkan bocor. LP telah menjalankan siasatan dan mendapati perkara ini adalah benar. Kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 adalah untuk Sekolah Kebangsaan sahaja dan tidak ada kesan terhadap kertas