Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel UTC Johor

The Colours of Life - Haziq Ziqri : IC @ JPN UTC Johor

Imej
The Colours of Life - Haziq Ziqri : IC @ JPN UTC Johor. At last. Siap jugak ic iqi. Siap memasing terlupa yang dia dah 12 tahun. Kekeke. Sib baik atuk dia ingatkan. Pepagi kami dah sampai sini. Setel terus gi sarap dulu kat food court. Sejam kemudian dah boleh gi amik. Terbaeekkk!!!! ---  #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

UTC Johor : Jenjalan selesaikan urusan peribadi

Imej
UTC Johor : Jenjalan selesaikan urusan peribadi. Ada dua perkara besar yang kami nak setelkan. Mulanya aku fikir nak selesaikan pada hari Selasa depan. Pasal aku dah amik cuti masa tu. Sekali fikir fikir. UTC kan ada. Nak uruskan geran Almera dan daftar haji. Semak. Dua dua boleh diselesaikan di UTC. So. Gerak aje ler lepas jemaat. Singgah ke Nissan dulu. Ambil semua dokumen yang dah setel. Singgah makan dulu kat Selera Johor. Layan jem jap dekat depan Kotaraya tu. Adess. Lupa pulak aku pasal dah nak deepavali ni. Alhamdulillah. Dapat parking dekat depan pintu kat L3 tu. Masuk je. Terus jumpa JPJ dan Tabung Haji bersebelahan aje. Uruskan JPJ dulu. Then ke Tabung Haji. Alhamdulillah. Dua dua selesai. Dah lama sangat dah cerita pasal Tabung Haji aku ni. Lepas study, tanya. Memang aku buat akaun baharu aje. Yang lain tu semak kat akaun tak dituntut aje. Hmmm.. bila pulak la aku nak setelkan yang ni pulak ye. Hari Selasa ni? Maybe?

UTC Johor, Galeria@Kotaraya : Passport Iqa

Imej
UTC Johor, Galeria@Kotaraya : Passport Iqa. Pagi tadi jam 10 pagi kami tiba ke UTC untuk urusan passport Iqa. Imigresen kat Aras 2. Suruh iqa beratur ngan inaz untuk semakan dokumen dan ambil nombor. Laju jugak. Dapat nombor 1078. Awal pagi pun dah nombor 78 tu. Hehehe. Dokumen yang pasti kena bawah semestinya kad pengenalan dan salinannya, sijil lahir dan salinannya; juga kad pengenalan aku dan salinan sebab iqa masih bawah umur. So. Tunggu la kami kat situ sampai nombor dipanggil. Selesai pendaftaran, tunggu dokumen diluluskan. Dah lulus baru nombor dipanggil semula untuk proses pembayaran. Alhamdulillah. Jam 10.30 nombor iqa dipanggil. Selesai pembayaran, baharulah proses 1 jam dokumen disiapkan itu bermula. Tengok resit. 11.30 pagi baru siap. So. Off to kota tinggi dulu la. Jangan rugikan masa menunggu aje kat sini tak buat apa-apa kan. Gedebak gedebuk lepak kat kota tinggi dan perjalanan balik semula ke UTC, jam 2.50 petang kami sampai. Masukkan resit dalam kotak kat kaunter

Jabatan Pendaftaran Negara @UTC Johor

Imej
Jabatan Pendaftaran Negara @UTC Johor. Bagus la gi sini. Semuanya ada. Bukan JPN ja, malah hampir kebanyakannya ada kat sini. Tempatnya kat aras paling atas kat kotaraya yang kini dikenali sebagai Galeria @Kotaraya. A very good job from the government. Dibuka setiap hari dari jam 8.30 pagi sampai la ke jam 10.00 malam. Sampai ja dapat tempat parking berdepan ngan pintu masuk. Terus park. Suruh mama masuk dulu. Amik nombor. Terus kena panggil. Cuma ada masalah sikit pasal cap jari, so; dalam 30 hari baru setel, kalau tak... 2 jam jer dah siap. Tak pe lah. Selesai urusan lam jam 9 pagi. Terus merayau jap ke opis opis yang lain. Tapi pasal tak menjangka keadaan ini memang tak prepare apa apa. A bit of rugi masa kami la pagi ni. Kalau tau, banyak lagi mender kami nak bawak. Ehehehe. Dan sempat lagi menapau pappa roti kat aras LG. Chaiyokk..