Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Umum

PM umum Serpihan Sayap Disahkan Milik MH370

Imej
PM umum Serpihan Sayap Disahkan Milik MH370 KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Pakar antarabangsa mengesahkan serpihan sayap yang dijumpai di Pulau Reunion milik Perancis adalah daripada penerbangan MH370 - menyokong rumusan awal bahawa pesawat Malaysia Airlines terhempas ke dalam Lautan Hindi hampir 17 bulan lepas. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pada Khamis pakar-pakar yang berkumpul di Toulouse, Perancis telah mengesahkan serpihan pesawat dijumpai di Pulau Reunion sememangnya daripada MH370. "Kami sekarang mempunyai bukti fizikal seperti yang saya umumkan pada 24 Mac tahun lepas, penerbangan MH370 berakhir dengan tragik di selatan Lautan Hindi," Perdana Menteri berkata secara langsung menerusi TV3 pada pukul 1.45 pagi Khamis. Pengesahan itu dijangka mengecilkan kawasan pencarian dan meningkatkan harapan untuk menyelesaikan apa yang dikatakan sebagai misteri terbesar dalam sejarah penerbangan moden. Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa

Najib umum 11 langkah penjimatan belanja kerajaan

Imej
Najib umum 11 langkah penjimatan belanja kerajaan. Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut : Pemotongan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus sebagai antara 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014 dan elaun keraian bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) dipotong antara 5 hingga 10 peratus Pengurangan sebanyak 5 peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan Kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas) dikurangkan sebanyak RM50-100 atau 30 peratus Permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan dibekukan Mengetatkan pelantikan juru perunding atau consultant untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan feasibility study. Pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara serta pemberian saguhati dan cenderamata untuk penganjuran pers

Najib Umum Durian Runtuh RM15,000 Kepada Setiap Keluarga Peneroka

Imej
Alhamdulillah.. Dapat lagi kan. Cuma... Kena la pandai manage duit terpijak tu. Dah banyak pengalaman lepas. Kalau masih tak beringat jugak, tak tau la nak jadi apa kan. Money management tu yang kita orang melayu kurang. Tetambah zaman sekarang ni. Setakat RM50 tu sekali turun pasar malam pun boleh habis. Picas shared from  themalaysianinsider.com Najib Umum Durian Runtuh RM15,000 Kepada Setiap Keluarga Peneroka   JERANTUT, 8 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa mengumumkan durian runtuh bukan sahaja kepada peneroka malah untuk isteri dan anak peneroka serta warga kerja Felda. Durian runtuh untuk peneroka adalah berjumlah RM1.689 bilion untuk diagihkan kepada 112,635 keluarga peneroka di seluruh negara sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia. Ketika mengumumkan berita baik itu di hadapan kira-kira 50,000 warga peneroka Felda di Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, dekat sini, Najib