Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel adik

Mknace's Alert | KANAK-KANAK HILANG : Adik JENIFER A/P ANTHONYSAMY

Imej
Mknace's Alert | KANAK-KANAK HILANG : Adik JENIFER A/P ANTHONYSAMY No. Laporan Polis : PUDU REPT : 5639/15 Nama : Jenifer a/p Anthonysamy Umur : 11 tahun 9 bulan Pakaian terakhir dipakai ialah baju sekolah warna hijau muda, skirt pendek biru gelap dan kasut hitam. Tanda-tanda fizikal dan masalah kesihatan : Tinggi lebih kurang 135 cm dan berambut panjang kerinting hingga paras belakang. Masa/tarikh hilang : 19/6/2015 jam lebih kurang 12.30pm Lokasi terakhir : Pintu pagar sekolah SJK(T) Kampung Pandan, Kuala Lumpur Maklumat, hubungi : Insp Mohd Ibrisham bin Tawang @ Othman - 019-9083366 IPD Wangsa Maju - 03-92899222 Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Back to nature 2013 - Day 2 : Adik Inaz dan kuciang gumuk

Imej
Back to nature 2013 - Day 2 : Adik Inaz dan kuciang gumuk. Malamnya, adik inaz bawak balik sekor kucen. Mana adik amik ni? Adik jumpa katanya. Ish ish ish. Jumpa kat mana. Tu, depan rumah orang tu. Pi hantaq balik. OK. Dah hantaq balik pun dia dok lari mai kejaq adik. Bela ja la adik oiii.. Tapi tokleh bawak balik Johor. OK. Kita tengok la nanti... opppsss.. aku terus taruk nama untuk dia... Kuciang Gumuk, pasal kaki dia pendek dan memang dia agak gumuk.. wakakaka.. Read on...

konvokesyen prasekolah adik inaz

Imej
dapat akademik terbaik bersama rakan rakan pra sayang Adik wak balik gambo dia convo hari senin lepas. Aku apa lagi. Scan, terus haplod la. Kekeke... Tahun depan dah tahun 1 si adik inaz ni.. Terbaeekkk!!!! Yang atas tu gambo dia dapat akademik terbaik.. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Adik Inaz, settled

Imej
Buku, dah tampal nama, dah balut. Baju, dah bayar, tunggu dapat jer. Baju sementara, dah beli. Kasut, stokin, dah beli. Peralatan nulis, warna, dah setel. Tinggal berus gigi, cawan dan ubat gigi ja lagi. Masih pikio nak beli baru atau pakai dari stok sedia ada. Alomak... Gambo 4 keping lum setel. Tinggal nak print semula jer. ^_^ Terbaeekkk!!!! by mknace Posted via Blogaway

Adik Inaz ke Prasekolah

Imej
Semalam mama gi buat pendaftaran untuk adik inaz kat nusa perintis. Tahun depan, ehem; minggu depan adik akan ke prasekolah. Semak buku, peraturan dsb. Harap harap semua ok. Petang ni nak kuar lengkapkan barang keperluan sekolah dia hendaknya... ^_^ Terbaeekkk!!!! by mknace Posted via Blogaway

Inaz bershopping di Tesco

Imej
Tarikh : 16 September 2010 Masa : 6.45 petang Tempat : Rumah den Mood : Dah boleh agak dah apa yang adik beli Adik inaz dah balik dari berbelanja kat Tesco. Tadi atuk, nenek ngan adik inaz kuar berbelanja kat tesco bukit indah. Kami yang lain tak kuar. Lepak ja kat rumah. Adik bawak dua bungkus plastik. Dah tau apa yang dia beli. Mesti ada coke, jajan rota ngan sticker princess. Dijamin oleh lever brothers. Hehehehe. Klik untuk cerita penuh Beli kacang shandong la pulak.. ni lain sikit.. biasa kacang biasa ja Cam biasa lepas beli sticker mesti tampal merata Ni nak tampal kat beg kakak dia la nih Tak boleh ka abah.. Boleh.. tampal aja la.. Enjoice...Sharing is power!!!

Mari menjahit langsir

Imej
Banyak gak yang tanya, apasal cepat sangat mengecat rumah? Ni tambah satu lagi. Meh kita jahir langsir raya la pulak. Mama dari pagi sibuk dok menjahit langsir. Mana leh jadi kan. Asik dok ngecat dinding jer. Langsir pun kena la jugak jalan kan. Kenapa cepat sangat kitaorang buat preparation raya ni. Sapa leh jawab. Cepat, cepat... Jawapan simple jer.. Sebab sekarang ni cuti sekolah la. Pas ni mana ada masa dah nak wat preparation. Kalau boleh pun lepas balik sekolah jer ler kan. Tengok bahagian sisi ni dah siap dah. Tinggal nak tarik masking tape jer. Kengkonon semua blok angin tu nak cat putih. Last-last, dalam jer warna putih. OK gak kan. Adik sibuk gak ngan Iqa. Ke hulu ke hilir. Tapi yang diaorang buat adalah, selain dok memantau progress; mereka juga berjaya menambahkan kerja-kerja pembersihan selepas itu. Betul tak dik? ps : Bila masa aku nak baca untuk PTK esok ni, LOL? Foto Montaj

Pepagi lagi dah main

Imej
Abah! Abah! Bangun la. Tengok apa mainan baru adik atuk belikan. Pet pot, pet pot. Mainan dia bunyi. Atuk baru belikan adik mainan itik. Siap boleh bunyi bila tekan-tekan kat dalam. Dah la tu, siap jelir lidah lagi. Iqa lak tak habis-habis ngan congkak dia. Penat tu nak layan... Yang best masa ni bateri flash aku dah abesshhh.. Bateri imedion baru jer aku charge. Hahahahaha

Happy Birthday Adik...

Imej
Hari ni genaplah usia adik 3 tahun. Dah besar dah adik ni. Perangai jer masih macam baby. Maklumla masih takde adik kan. So, malam ni buat majlis potong kek cam biasa. Sebab aku pun sama gak birthday bulan ni, so kek tu kira share la. Adik suka betul dapat potong kek ni. Kek ni tempah khas kat Secret Recipe. Mama tukang order ngan bayo, ucu tukang design. Slack dia tulisan la pulak kecik. Apa la design ucu ni. Tapi apa-apapun TQ pada semua.. Hepi besday untuk aku dan adik... Chiaoooo... _________________________________________________________________________ Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com

Syafinaz, Round Two

Imej
Syafinaz, Round Two?? Apa yang dapat difahami dengan ayat ni. Maknanya dah kali kedua ke klinik Tak sampai seminggu pun lagi Demam tak surut-surut Tambah selsema sama batuk lak Ulang lagi sekali ke klinik Harap-harap lepas ni dia rajin sikit la makan ubat tu Badan pun dah cekeding dah