Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel aidil adha

The Colours of Life - Aidil Adha Resipi : Ayam Masak Kicap

Imej
The Colours of Life - Aidil Adha Resipi : Ayam Masak Kicap. Menu biasa raya. Apa lagi kalau tak bukan ayam masak kicap. Layan beb! https://youtu.be/IwNsvKLbZAI ---  #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife ‎#AidilAdha #Resipi #AyamMasakKicap #blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#Samsung‬ ‎#DJI #Fujifilm #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #IniStyleKita

Aidil Adha 2019 : Lembu Korban @ Baling

Imej
Aidil Adha 2019 : Lembu Korban @ Baling. Alhamdulillah. Pagi tadi lembunya dah sampai. Kongsi dengan abah mak dan adik beradik. Abah share gambo ni tadi. Aku amik satu bahagian. Mama pun ada satu bahagian. Cuma yang tu aku buat dengan Pekdis Johor dengan misi ke Kemboja tu. Ingatkan dapat join turut serta kat Baling. Ici dah gembira nak balik Kedah. Amik terus cuti seminggu. Sekali keadaan diri pulak tak mengizinkan. Cuba lagi tahun depan ya.

Aidil Adha 2018 : Lembu Korban @ Baling

Imej
Aidil Adha 2018 : Lembu Korban @ Baling. Alhamdulillah. Pagi tadi lembunya dah sampai. Kongsi dengan abah mak dan adik beradik. Abah share gambo ni tadi. Aku dan mama amik 2 bahagian. Iqa dan Inaz pun ada dua bahagian. Cuma yang tu aku buat dengan Pekdis Johor dengan misi ke Kemboja tu. InsyaAllah. Tahun depan kalau dipermudahkan macam nak buat kat Johor pulak. 

Waktu Solat Sunat Aidil Adha di Surau Nur Taufik, Jalan Wawasan

Imej
Waktu Solat Sunat Aidil Adha di Surau Nur Taufik, Jalan Wawasan. Baru diumumkan sebentar tadi. Esok solat sunat Aidil Adha akan dijalankan bermula jam 8.00 pagi. Panduan Solat Aidilfitri / AidilAdha Solat sunat hari raya puasa (Aidilfitri) dan solat sunat hari raya haji (Aidiladha) hukumnya sunat Muakkad (sangat digalakkan). Segala rukun, syarat serta sunatnya adalah sama seperti solat biasa. Cuma ditambahkan dengan bertakbir 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara setiap takbir. Solat sunat hari raya dikerjakan pada hari raya pertama iaitu pada 1 Syawal bagi solat sunat Aidilfitri dan 10 Zulhijjah bagi solat sunat Aidiladha. Waktu mengerjakannya ialah antara ketika mula terbit matahari sekadar segalah hingga tergelincirnya matahari. Solat Aidilfitri sunat dilewatkan solat untuk memberi kesempatan kepada kaum muslimin membayar zakat fitrah (kerana zakat fitrah afdal dikeluarkan sebelum solat hari raya). Manakala

Kek Marble Raya Haji

Imej
Kek untuk esok. Lepas ni mama nak sambung buat sebiji lagi. Yang ni pun dah kena tiau dekat setengah lepas baru kuar oven... Terbaeekkk!!!! Published with Blogger-droid v2.0.1

Edisi terlepas : Sembahyang Raya Haji 2010

Imej
Ni dah lama punya edisi sebenarnya. Raya haji punya cerita. Kisahnya itu hari, masa nak transfer gambar dari hp SE aku tu, ada masalah. Siap download memacam dreber untuk betulkan bluetooth kat pc ni ha. Tapi bila aku send ke hp boleh la pulak, masalah timbul masa nak receive file dari hp ja. Hari ni saja amik gambar kat angsana guna hp ni lagi. Baliknya try transfer ke pc. Boleh la pulak. Maybe pasal malware yang bertiga tu kot yang hidup aman damai selama ni kat pc aku nih. Aku install malwarebyte dua hari lepas, dan tiga ekoq malware ni memang dah berjaya dibuang. Agaknya la, depa ni la yang menyebabkan aku takleh transfer pix dari hp aku ni. Ni la gambar yang aku amik masa raya haji itu hari kat semejid gelang patah. Cuma masih ramai la yang keluar sebelum abis khutbah raya.. Dah terbiasa ngan semayang jemaat la tu. Semayang raya dia terbalik, semayang dulu baru khutbah. Apa pun layan.. Ni aje la gambo yang aku amik raya haji itu hari. Nak amik gambo lembu kena korban, takut

Lembu korban sudah mari

Imej
Tarikh : 14 November 2010 Masa : 6.20 petang Tempat : Wawasan 2 Mood : Waa.. manyak tuu Sesambil dok lepak depan rumah dok nengokkan kontraktor dok pasang kotak janakuasa baru, tetiba lalu la sebijik lori yang membawa muatan lembu yang leh tahan banyak dia. Pergghhh.. Leh tahan gak ni raya aji nanti. Semua lembu lembu ni dihantar ke padang bola belakang dekat surau sana nu. Kalau kira kasar ada la lam 5-6 ekor.. Nak ke sana macam malas la pulak pasal aku dok nengok geng geng kontraktor ni dok wat kije.. Klik untuk cerita penuh Wa.. bro.. bukan setakat bebudak nengok kita ni bro, siap ada photog skodeng tuh.. pergghhh.. rasa bangga siott.. Key.. dah nak sampai ya rengrakan sekalian. Nanti kita makan banyak banyak biar tambah gemok lagi tau.. Ai ai cip.. Enjoice...Sharing is power!!!

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Imej
Selamat hari raya aidil adha pada semua umat islam seluruh dunia. Yang penting hari ni masih kije. Raya haji sehari ja. Lusa kije balik. Yahuuu!!! Enjoice...Sharing is power!!!

Hari Raya Aidiladha 2010

Imej
Baru sat tadi Penyimpan mohor besar raja-raja mengumumkan hari raya aidil adha tahun ni jatuh pada 17 November 2010. Rabu sekali lagi la tu. Enjoice...Sharing is power!!!