Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel aidilfitri

The Colours of Life - Sambutan Hari Guru & Aidilfitri 2023

Imej
The Colours of Life - Sambutan Hari Guru & Aidilfitri 2023. Ini edisi terobek. Sibuk tul seminggu dua ni. Minggu Hari Guru tu pun aku ada kat sekolah masa 16 Mei tu aje. Sambutan sederhana memandangkan infra kami tak berapa nak baik untuk SOP cuaca panas. Bersama dengan kelas 3 Akasia dalam dewan untuk sambutan awal. Lum abis perutusan, aku dah mula gerak ke kelas 1 Azalea. So. Buat aktiviti bina kad hari guru. Layan abis sampai masa tamat. Sempat la gi tempek kad hari guru kat board beso yang dah disediakan. Lepas rehat sambung sambutan Aidilfitri. Kena jadi juri tingkatan 3. Memang tak amik gambo sekeping pun masa ni. Merayau ja buat penjurian. Layannzzz... Gambo mana yang sempat aje la amik. Hahaha. Meme sahih la gambo ngan 1 Azalea ja paling banyak kan... #SchoolLife #HariGuru #Aidilfitri #SMKDamaiJaya #mknace #mknaceunlimited #TheColoursofLife #1Azalea #IniStyleKita https://youtu.be/WI5K4QS4Edo ---  #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap ‎#blogger‬

The Colours of Life - Aidilfitri 1443H : UM Balik Hari

Imej
The Colours of Life - Aidilfitri 1443H : UM Balik Hari. Plan asal, aidilfitri sambut kat Kedah. Balik ke Johor, singgah UM hantar iqa. Sekali plan tak jadi. So, kena la hantar dan balik semula pada hari ni. Keluar seawal 6.30 pagi dari rumah. Sepanjang jalan hujan. A bit slow. Singgah makan kat Ayer Keroh. Semua kedai tutup kecuali KFC. Beramai-ramai kami sarap kat situ pagi ni. Teruskan semula perjalanan dan sampai kolej 11 around jam 11++ pagi. Siap bawak balik separuh barang supaya nanti senang masa nak balik nanti. Jalan ke KL dah mula jem. Sib baik ke selatan just nice. Masa balik sempat singgah pagoh untuk makan tengah hari. Tu pun dah jam 2 kot. Orang ramai betul. Waktu puncak gamaknya.  Kami kena jalan padat sahaja sekali kat simpang renggam. Alhamdulillah. Sebelum 5 dah sampai ke Senai. Singgah solat. Pastu. Merayau cari makanan sikit untuk inaz dan the haziqs. Layann...  ---  #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photo

Aidilfitri 1443H : Yok ngemas rumah

Imej
Aidilfitri 1443H : Yok ngemas rumah. Sib baik dah dua hari kami dah mula ngemas rumah. Cuci luar. Pasang langsir, walaupun tak didokumentasikan. Cuci tingkap. Alhamdulillah. Kurang sikit #gelabahraya. Dedua hero banyak membantu untuk luaran.  ---  #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Salam Aidilfitri 1440H/2019

Imej
Salam Aidilfitri 1440H/2019. Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua kaum keluarga, ketua dan bekas ketua jabatan, rakan sekerja, sahabat handai, rakan taulan, dan tidak dilupakan semua pengunjung blog dan rakan maya. Tahun kedua aku menggunakan kad digital sepenuhnya. Biarlah posmen bercuti dengan tenang dengan penggantian sepenuhnya oleh media sosial semata-mata tahun ini dan tahun-tahun seterusnya. Bagi pengumpul kad aku terutamanya, mohon maaf kerana tidak meneruskan tradisi lama ini lagi. Terimalah serangkap pantun yang dikarang khas oleh mama. Andai kata padam pelita, Gelap gelita di malam hari; Andai ada terlanjur kata, Maaf dipinta setulus hati.  Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada kami. ps : Posting lain semuanya dihentikan sementara sehingga selepas hari raya. Tunggguuu...

SPMICT 2019 : Special Raya Photoshoot Session

Imej
SPMICT 2019 : Special Raya Photoshoot Session. Luangkan sedikit masa untuk sesi penggambaran khas ini. Just untuk anda semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

Raya Haircut @ Ravi

Imej
Raya Haircut @ Ravi. Layan gunting rambut kat Ravi. Dah seminggu kot tertunda. Dari awal cuti sampai dah nak balik kampung, baru sampai ada masa. Tu pun lepas opis hour, balik; terus angkut semua gi kedai. Sib baik orang tak ramai, lagi.

Masjid Jamek Gelang Patah : Solat Sunat Aidilfitri 1439H

Imej
Masjid Jamek Gelang Patah : Solat Sunat Aidilfitri 1439H. Ramai orang datang memenuhi masjid seawal jam 8.30 pagi lagi. Hujan renyai bertukar lebat membasahi bumi. Padat. Alhamdulillah. Dapat tempat kat hujung, kawasan masjid lama.

Baling Getaway : 20170625 Day 1 Aidilfitri Photoshoot n Raya

Imej
Baling Getaway : 20170625 Day 1 Aidilfitri Photoshoot n Raya. Lama kan baru aku dapat haplod. Baru hari ni dapat kurangkan storage dropbox dari 700++ ke bawah 300 picas. Sakan sungguh raya pertama ni. Sampai 3 kali kami photoshoot actually. Memula kami kami aje. Lepas tu bersama atuk dan pakcik. Yang ketiga bersama mak ngah. Layan. Merayap jap ke rumah sedara. Tapi memang kejap kejap sebab ada tetamu yang datang. Layan.

Aidilfitri 1437H : Our Memory on Day Four

Imej
Aidilfitri 1437H : Our Memory on Day Four. Hari ni dah makin reda sikit dah. Kalau ikut hari ni dah hari last. Sib baik MB sangat prihatin. Kalau tak... pagi ni aku dah terpacak kat STF ngantor iqa. Pagi ni Mak Long Tampin pulak sampai. Dah lama tak jumpa. Dayah pun pun form 5 dah. Hehehe. Gaya cakap macam la diri tu masih muda. Kui kui kui.

Aidilfitri 1437H : Our Memory on Day Three

Imej
Aidilfitri 1437H : Our Memory on Day Three. Lambat sikit update kali ni. Kaki ada sikit sengal. Kes naik tangga raya kedua tu. Tak tau la nak kata gatai ka apa ka. Ish ish ish. Hari ni hujan sepanjang pagi. Lepak je. Petang ke malam ramai yang berkunjung balas. Pak Lang, Cik Uji, Busu. Snap seround. Pastu. Malamnya. Semua dah balik, ajak ucu keluar jap. Cari Acustop. Hehehe. Sebelum melarat kan.

Aidilfitri 1437H : Our Memory on Day Two

Imej
Aidilfitri 1437H : Our Memory on Day Two. Terus gerak pulang tadi lepas dapat call dari mak yang. Sampai sampai deme semua dah ada kat depan rumah. Baru sampai dari kedah. Turun senai terus singgah sini. Siap bawak pelam epal ngan ketupat palas dari nenek kedah. Balik aje mak yang, abang izad sampai. Pun dari jauh jugak. Baru meronda gelang patah. Abang izad nak gerak, eppie pulak sampai. Full malam ni. Siap amik resepi tu. Kekeke.

Raya raya @ Tun Aminah

Imej
Raya raya @ Tun Aminah. Selesai di Lima Kedai, lajak terus ke Tun Aminah. Rumah Cik Wi pulak. Sakan kat sini. Adik Inaz dengan kucen. Siap ada kucen depan, kucen belakang, kucen belah tengah. Sambung sesi makan makan. Sambung sesi photoshoot. Layannnzzz... Call ucu. Takde. Dah sampai Batu Pahat. Mak Yang call. Nak sampai rumah. So. Stop dulu sesi raya raya ni.

Sesi mula beraya bermula

Imej
Sesi mula beraya bermula. Petang ni nak keluar beraya pulak. Jom kita. Target. Skudai. Off we go. Apapun. Snap dulu sekeping depan rumah. Sesi selfie diungguli mama pulak kali ni selaku co-pilot. Pandai pun haaa... cumanya... baru aku perasan. Semua gambonya mirror. Terbalik.

Photoshoot Aidilfitri 2016

Imej
Photoshoot Aidilfitri 2016. Makanya, lepas sesi bersalaman kita terus buat sesi photoshoot ni. Memang cabaran besar, cam biasala. Bagi yang ada anak anak kecik la kan. Dua tiga kali itu biasa. Tu pun belum tentu la dapat apa yang dihajati. Hehehehe. Bertabah la.

Solat Sunat Aidilfitri @Surau Nur Taufik

Imej
Solat Sunat Aidilfitri @Surau Nur Taufik. Pagi tadi berjalan kaki aje ke surau nur taufik. Berdepan rumah sahaja. Boleh tahan ramai orang. Semasa khutbah hujan rahmat mencurah turun. Alhamdulillah. Sejuk kita pagi ni.

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga

Imej
Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga. Selamat Hari Raya pada semua. Maaf Zahir & Batin. Berhati hati di jalan raya.

Back To Nature 2015 Throwback - A Little Offroad Before Lunch

Imej
Back To Nature 2015 Throwback - A Little Offroad Before Lunch. Terus ke dusun jap. Cari derian gugur lagi. Masa balik atuk sesaja bawak jalan alternatif. Pergghhh...

Back To Nature 2015 Throwback - Jumaat Di Masjid Titi Teduri

Imej
Back To Nature 2015 Throwback - Jumaat Di Masjid Titi Teduri.

Back To Nature 2015 Throwback - Durian Di Hari Raya

Imej
Back To Nature 2015 Throwback - Durian Di Hari Raya. OK. So, raya ni kita makan buah-buahan tempatan yang kebetulan kena pada masanya. Derian, rambutan. Nice.

Back To Nature 2015 Throwback - Family Group Photoshoot

Imej
Back To Nature 2015 Throwback - Family Group Photoshoot. Have fun. All of us on the day.