Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel aidilfitri 1435h 2014m

Bila sepupu sepapat bersua

Imej
Bila sepupu sepapat bersua. Just train them how to use it. And give it to them to handle it. Dah paham perangai kebudaks ni. Kamera ditangan. Gambar diaorang lebih natural dan havoc. Ni ler jadinya bila sepupu sepapat ni bertemu aidilfitri ni. Enjoice.

Beraya bersama moyang melaka

Imej
Beraya bersama moyang melaka. Habih ja keja terus gerak balik ke rumah. Hari ni plan dalam 4 buah rumah jugak nak singgah beraya. Memula gi rumah cik wi dulu. Pastu gerak ke Taman Gembira nengok nenek yang. Sekali call lagi dua rumah. Tadak orang la pulak di rumah. Semua pakat gi Melaka. So, kita dok lama sikit la dengan nenek yang. Layanzzz

Raya keempat di ofis

Imej
Raya keempat di ofis. Cam biasa. Suasana sama cam semalam. Cuma lebih ramai sikit orang. Telefon pun dah mula bunyi sikit-sikit. Masih bertugas di tempat yang diamanahkan. Tengahari. Terpaksa lunch di Mamak's. Again. Terpaksa.

Lagi tetamu dari jauh

Imej
Lagi tetamu dari jauh. Kali ni giliran pak ngah man dari port dickson pulak. Lama kami bersembang. Seronok lama tak bertemu. Dalam nak balik, cik uji pulak sampai ngan cik wi. tapi kes tersesat. alang alang dah sampai, terus singgah. Sambung lagi alkisah. memang meriah malam semalam.

Kesukaran mencari makanan di raya ketiga

Imej
Kesukaran mencari makanan di raya ketiga. Pergghhh... Leh tahan jugak nak mencari makan lepas raya ni. Ye lah. Yang bekerjanya berapa kerat jer. Takkan kafe opis nak bukak untuk kami kami ni aje kan. So. Nak tak nak kena la merantau mencari sesuap nasi. Sarapan. Hmmm.. Kedai melayu sekitar toksah la dok cerita. Semua tutup serapat rapatnya. Last last mamak's ajer la. Berderet orang kat mamak's. Lunch kena cari lain tempat la. Terus ustaz azman cadang larkin sentral. Jamin ramai. Memang betul. Terasa seronok sikit ramai orang ni. Ye lah. Sunyi beb.