Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bengkel

The Colours of Life - Bengkel Penyediaan SOW Badan Beruniform

Imej
The Colours of Life - Bengkel Penyediaan SOW Badan Beruniform. Selesai bengkel pemurnian SOW untuk Badan Uniform. Penyelarasan semula bagi memastikan aktiviti yang lebih memberi makna kepada murid. Tahniah dan terima kasih atas keberadaan dan keterlibatan semua dalam memacu kecemerlangan kokurikulum gelang patah khususnya. ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

The Colours of Life - Bengkel Pengurusan e-Sport 2021 SMKGP online

Imej
The Colours of Life - Bengkel Pengurusan e-Sport 2021 SMKGP online. Alhamdulillah. Selesai sesi bengkel bersama GenBijak eSport tadi. 3 sesi bersama 3 penceramah yang marbeles. Pengurusan bersama Puan Juliana. Tajaan bersama Puan Farhana. Teknikal bersama Yande. Memang best. Memang banyak ilmu baharu yang bermakna diperolehi. Lepas ni dah boleh tengok apa yang boleh kita mula. ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Bengkel Penyediaan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) B63 2021 JPN Johor

Imej
Bengkel Penyediaan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) B63 2021 JPN Johor. Bengkel 3 hari bertempat di Sektor Sumber Teknologi Pendidikan yang aku hanya boleh join sebelah pagi hari pertama sahaja. Setelkan pengiraan asas terutama untuk OS21000 dan OS29000 sebelum bergerak ke Putrajaya. Lama juga tak lepak kat SSTP ni berbengkel kan. As always, port aku harus la yang paling dekat dengan power.

Bengkel Perancangan @Kluang

Imej
Bengkel Perancangan @Kluang. 2 hari kami di sini, PPD Kluang. 2 bengkel. Satunya berkenaan Pelan Strategik dan duanya berkenaan data. Ini baharu permulaan, banyak lagi usaha dan inisiatif yang perlu dilaksanakan. All the best to all. Hari kedua memang tak amik gambo sebab aku beri penumpuan penuh bersama team baharu.

Bengkel Technology Update bagi Projek Talian 2*2Gbps Pusat Data Enstek Bil.2/2019

Imej
Bengkel Technology Update bagi Projek Talian 2*2Gbps Pusat Data Enstek Bil.2/2019. Bengkel bilangan 2 ni dijalankan di Johor bertempat di Hotel Jen, Iskandar Puteri. Walau pada asalnya nama aku yang tercalon, tapi bagi mengurangkan kadar kecairan maklumat; aku suruh en Firdaus yang hadir memandangkan aku sendiri pun dah bertukar portfolio. Hari last Ahad lepas, en Firdaus ajak aku hadir sama semasa penutup. Dapat la beramah mesra bersama team BPM KPM. Terima kasih atas kesudian melaksanakan siri bengkel ini di Johor.

Mesyuarat Sewaan & Bengkel Latihan Penggunaan Online Storage JPN Johor

Imej
Mesyuarat Sewaan & Bengkel Latihan Penggunaan Online Storage JPN Johor. Dua program dilaksanakan berterusan hari ni. Dimulakan dengan mesyuarat sewaan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama. Alhamdulillah. Dah semakin lancar dan kurang isu berbangkit. Ada sedikit pembentangan daripada daerah berkaitan sistem pengurusan untuk Juruteknik Komputer. Tahniah. Sangat membantu pengurusan bersistematik. Kita kembangluas secara rintis ke dua daerah terlebih dahulu. Selesai mesyuarat disambung dengan bengkel latihan online storage pula.

SMK Taman Nusajaya : Bengkel Teknik Menjawab Matematik Tambahan

Imej
SMK Taman Nusajaya : Bengkel Teknik Menjawab Matematik Tambahan. Foto-foto dari enpon mama dan rakan-rakan semasa bengkel. All the best to all!

Bengkel Pembinaan Modul Guru Data Baharu dan Toolkit Pengurusan ICT JPN Johor 2018

Imej
Bengkel Pembinaan Modul Guru Data Baharu dan Toolkit Pengurusan ICT JPN Johor 2018. Dua hari kami berkampung di Batu Pahat. 8 hingga 9 Oktober yang lepas. Nak selesaikan semua urusan berkenaan Pengurusan Maklumat dan ICT. So. Kami pecah kepada empat team. Team aku dengan myPortfolio. Team Adi dengan Toolkit Pengurusan ICT dan Maklumat. Team Mustakim dengan Modul Guru Data Baharu. Team Firdaus dengan Pengurusan ICT organisasi. Aku cuma dapat tumpu sehari je. Ada masalah kesihatan yang serius pulak hari kedua tu. Alhamdulillah. Dapat disetelkan juga myPortfolio pada hari pertama tu. Terima kasih semua pegawai yang terlibat dalam menjayakan bengkel kita kali ni. Anda semua hebat!

Bengkel Pembangunan Dashboard DTP PPD Johor menerusi aplikasi Power BI siri 1 2018

Imej
Bengkel Pembangunan Dashboard DTP PPD Johor menerusi aplikasi Power BI siri 1 2018. Alhamdulillah. Selesai siri 1 bagi bengkel Power BI untuk semua PPD negeri Johor. Tahniah dan terima kasih kepada semua Timbalan PPD dan Pegawai Maklumat terlibat secara aktif dan memberikan kerjasama dan input yang berguna untuk bengkel seterusnya. Diharapkan dengan sedikit perkongsian ilmu ini akan dapat membawa Johor ke arah pengurusan berpacukan analitis data bagi kegunaan perancangan dan intervensi dengan lebih berkesan dan relevan. Macam biasa, banyak pakai gambar orang lain sebab selalunya memang lupa bila aku menumpu pada sesuatu ni.

Bengkel Penggunaan Kalkulator Saintifik Untuk Guru Matematik Tambahan Tingkatan 5 Negeri Johor 2018

Imej
Bengkel Penggunaan Kalkulator Saintifik Untuk Guru Matematik Tambahan Tingkatan 5 Negeri Johor 2018. Pagi tadi gi ngantor mama jap ke sekolah ni untuk sesi perbengkelan. Boleh tahan jugak ye nak sampai. Persekitaran memang kondusif. Siap ada murid dah nunggu untuk sambut guru yang hadir. Sempat la snap dua picas. Yang lain semua gambo dari fon mama. Menarik kalkulator baharu ni. Harga tak silap RM80.

Pontian : 3 hari outstation

Imej
Pontian : 3 hari outstation. Minggu lepas. 3 hari berbeza. Lokasi yang sama. Boleh tahan la berulang setiap hari. Bermula Ahad, 24 Jun dengan bengkel precouncil KSPPD. 27 Jun untuk pembentangan kertas cadangan dalam KSPPD dan diakhiri 28 Jun mewakili KS. Selesai 3 hari berulang ke PPD Pontian. Selesai aje KSPPD, join team SIP+ untuk penyediaan kertas kerja sistem baharu mereka di PKG Bandar Pontian. Perghhh. Yang tak tahan actually lebih kepada naik tangga turun naik 3 hari tu. Hehehe. Layan jangan tak layan. Banyak gambo dalam KSPPD tak ambil sebab tumpu perhatian penuh katanya. Kekeke.

Bengkel Penyediaan Pelaporan Status SKT PPJ

Imej
Bengkel Penyediaan Pelaporan Status SKT PPJ. Tetiba hari ni jadi pack dengan meetims. Pagi tadi dah dua meetims layan serentak. Sambung MPT. Petangnya ada bengkel adhoc ni dan juga meetims sektor. At last terpaksa aku korbankan meetims sektor. Pengumpulan KPI kami jugak sebenarnya. Alhamdulillah dah selesai awal sebelum mula meetims ni.

Bengkel Data Perjawatan FT19 dan FA29 JPN Johor

Imej
Bengkel Data Perjawatan FT19 dan FA29 JPN Johor. Bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Bandar Tenggara 2. Semakan data aktif yang dikutip menerusi survey baru baru ni pada semua personel terpilih daripada sekolah. Juga dibincangkan kriteria cadangan penempatan bagi memudahkan pengurusan di daerah. Selesai je kita masuk pengurusan rangkaian dan sedikit perbincangan berkenaan Hari Guru negeri kelak. Tahniah dan terima kasih atas penglibatan aktif semua pegawai yang hadir pada bengkel kali ni.

Bengkel Pembangunan Instrumen Penilaian Anugerah Pembestarian Sekolah 2017 Johor : Day 3

Imej
Bengkel Pembangunan Instrumen Penilaian Anugerah Pembestarian Sekolah 2017 Johor : Day 3. Last and final day. Hari ni ketiga-tiga group bentang hasil masing-masing untuk dimurnikan bersama dengan yang lain. Alhamdulillah. Rasanya cukup untuk proses penilaian yang akan bermula pada minggu depan. Mana-mana yang hantar penyertaan tu, tunggu lah kedatangan kami ni ye dan bersedia bersama eviden sewajarnya. Yang pasti untuk group aku memang penilaian amat ketat sebab kita bebetul nak cream of cream lah kan. Bersedia ye. Setel kat sini. Jengah group KIK. Buat semakan sekali lalu. Banyak nak kena dimurnikan lagi ni. Apa pun. All the best! Be the best!

Bengkel Gerak Kerja Booth JPN Johor @ Ekspo Johor Berkemajuan 2017

Imej
Bengkel Gerak Kerja Booth JPN Johor @ Ekspo Johor Berkemajuan 2017. Tadi dapat urgent call. Bengkel jam 3.45 petang kat Bilik Bengkel SJQ. Pergghh.. Laju... Semua nak kena setel 21 September ni. Wow. Kena double up the work la. Pada yang berkesempatan nanti, meh la singgah booth kami yer. Banyak info dapat diperolehi tau. Terbaeekkk!!!! Sakan aku meng'snap' picas. Kekeke. Layankan aje ler ye. Penuh ngan selfie sekarang ni kan. Mentang mentang SJCam dah ok.

Bengkel Penyediaan Bahan PPJ

Imej
Bengkel Penyediaan Bahan PPJ. Ni urgent ni. Kena submit pun dalam masa terdekat. 3 bahan. 2 powerpoint, 1 word. Bertabahlah. Demi kepentingan bersama semua warga pendidikan. You can do it!

UTMKL Bengkel Asas Keselamatan Server Daripada Ancaman Penggodam

Imej
UTMKL Bengkel Asas Keselamatan Server Daripada Ancaman Penggodam. Ni sedikit buah tangan dari Dr. Syed Zainudeen untuk bengkel ni tempohari. Walaupun kami tak dapat gi, dia tetap emelkan pada semua berkaitan foto-foto dan slaid semasa sesi perbengkelan. Terima kasih atas perkongsian ini. Rugi tak dapat tengok live skill dr. Slaid perbengkelan boleh dimuaturun melalui pautan berikut bagi yang berminat : https://drive.google.com/file/d/0B3k6ZL1cZxTQeExxX2VJTTlSOUU/view Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Bengkel Penyediaan Bahan Dialog Prestasi PPPM JPN Johor

Imej
Bengkel Penyediaan Bahan Dialog Prestasi PPPM JPN Johor. Sambung meeting petang. Penyediaan bahan untuk dialog kebangsaan kat Bilik Bengkel SJQ. Perghhh. Masa, masa itu amat mencemburui aku. Layanzz...

Bengkel Verifikasi Data Modul Pengurusan Sekolah, Sistem Pengurusan Sekolah JPN Johor Bil.5/2015

Imej
Bengkel Verifikasi Data Modul Pengurusan Sekolah, Sistem Pengurusan Sekolah JPN Johor Bil.5/2015. Alhamdulillah. Selesai jugak. A bit pack pasal buat sehari aje. 30 Julai ituhari. Dengan masalah yang ada. Memang ambik sedikit masa la. Apapun. Terima kasih kerana turut serta menyelesaikannya. TQ juga tuan rumah, SMK Bandar Baru Uda for the place.

Bengkel Verifikasi Data Modul Pengurusan Guru - AKP JPN Johor

Imej
Bengkel Verifikasi Data Modul Pengurusan Guru - AKP JPN Johor. 29 Julai yang lepas, semua EO daerah dikumpulkan untuk taklimat dan bengkel yang dijalankan di Makmal Komputer Blok B. Alhamdulillah. Semua modul dah selesai taklimat dan pemahaman berkaitan verifikasi.