Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel borang permohonan

Rumah Mesra Rakyat Johor (RMRJ)

Imej
Rumah Mesra Rakyat Johor (RMRJ). Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) dijangka membina 3,000 Rumah Mesra Rakyat Johor (RMRJ) menjelang tahun 2018. Konsep RMRJ ini memberi peluang rakyat negeri ini yang mempunyai tanah tetapi tidak berkemampuan untuk membina rumah di atas tanah tersebut. Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ Abd Razak Mohd Yusoff berkata rumah RMRJ bakal dibina dengan peruntukan RM20 juta. “Sebanyak 500 unit rumah akan dibina tahun ini, manakala 1,000 unit lagi pada tahun hadapan sementara bakinya dibina pada 2018,” kata beliau pada majlis prapelancaran pembangunan projek RMRJ di Kota Iskandar, di sini hari ini. Terdapat tiga jenis rumah yang akan dibina yang mana setiap satu mempunyai tiga reka bentuk berbeza, kata beliau. Saiz rumah yang ditawarkan ialah 750 kaki persegi, 850 kaki persegi dan 1,000 kaki persegi dengan harga bermula pada RM64,000 sehingga RM85,000 selepas ditolak subsidi. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 2014 ASRAMA 1MALAYSIA

Imej
PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 2014 ASRAMA 1MALAYSIA Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke Asrama 1Malaysia (A1M) telah dibuka kepada semua murid Tingkatan 1 bagi sesi persekolahan tahun 2014. Syarat-syarat permohonan kemasukan ke A1M boleh dirujuk di dalam Borang Permohonan Ke Tingkatan Satu Asrama 1Malaysia 2014. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar oleh pihak sekolah terus ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian selewat-lewatnya pada 30 Januari 2014.   SYARAT – SYARAT PERMOHONAN I. Terbuka kepada semua WARGANEGARA MALAYSIA sahaja yang akan ke tingkatan 1 pada 2014. II. Pendapatan keluarga pada tahap rendah atau sederhana. III. Aktif dalam kokurikulum dan sukan. IV. Pencalonan hendaklah dibuat oleh PENTADBIR di sekolah semasa di mana pemohon belajar. V. Pemohon hendaklah tidak terikat dengan Program Khas yang lain (Projek Sukan, Kelas Rancangan Khas dan Kelas Aliran Agama). VI. Calon yang menerima tawaran ke Asrama 1Malaysia mesti bersek