Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cari makan

Roti Canai for the birthday girl

Imej
Pagi ni merayap ke luar jap, ziqri suka tul nengok luar cenggini Hari ni spesel sikit, selain cuti sempena Maulidur Rasul, hari ni merupakan besday iqa yang ke lapan. So, malam ni memang la nak buat mari potong kek untuk dia. Dan banyak lagi la. siap nak kuar gi beli jajan nak belanja memember kelas dia esok. Sementara nak nunggu kuar gi amik kek dan beli jajan tu, iqa ajak makan roti canai kat luar. Si iqa ni memang suka makan kat gerai. Makan kat umah tak best katanya. Kat sana leh order. memang la. Dah nama pun kat gerai kan. Semua ada. Apa pun dia sorang ja yang makan pasal aku tapau untuk aku dan yang lain. Biarla dia spesel sikit. Besday girl la katakan>>>> haaa.. apa lagi.. order la sempat amik gambo aku. sian katanya.. asik takdak gambar ja encik ziqri yang bulat matanya tapi sepet dah sampai dah air teh ais dia siap tumpah ke baju tuh ok.. masa untuk makan motor yang mata ziqri tak lepas memandang dari tadi sedap iqa? slow tul

Tertunai kempunan derian si Inaz

Imej
Amacam bos.. ada berani ka Dari balik dari kampung ituhari, si inaz memang teringin sengsangat nak makan derian. Semalam baru jumpa, tapi malas nak beli pasal dah malam. Susah nak nengok dan pilih. Petang tadi memang adik tuntut janji semalam. So, kuar la kitaorang untuk beli derian. Alang alang nengok, cari tempat biasa dulu. Selalu kat sini la kami beli derian nih. Ada derian RM3 sekilo, RM6 sekilo, dan yang nih RM15 sekilo. Pergghhh.. Apasai mahal sangat nih tokei.. Takpa, wa bukak satu bijik kasi rasa. Memang dia belah sungguh, semua pakat rasa la apa lagi. Lepas tu ja.. jeng jeng jeng. Amik terus.. Mahal, mahal la; yang penting puas hati kan.. Letak sebijik.. Huihh.. terus sekilo lebih.. Perghh.. maut cenggini. Mau lagi bos? Taruk sebijik lagi, dan lagi, dan lagi.. and lastly.. ni saya taruk ja.. lebih pun kira 4 kilo.. amacam.. ok ajer la.. memang dekat 4 kilo setengah tapi dia dah cakam tadi, kira 4 kilo ajer la. dan kami dapat la dalam 5 bijik derian tak campur sebijik y

Jom Ronda-Ronda : Ice Jelly Larkin

Imej
Yummy Petang semalam, keluar lagi. Ni jengjalan cari kain untuk baju raya nanti. Biasa la. Dah beli senang. Hantar kat tailor pun, dia tak bising sangat. Awal lagi kan. Siap lambat sikit pun takpe. Yang penting semua material dah ada. Sekali gi gulati's kat angsana, design tak baper menarik la pulak. Apa pun merayap lu isi perut. Target utama semestinya medan selera larkin yang kat sebelah balai bomba tu lah. Mama order kacang pol dua set. Aku lak order chicken chop. Ingat sesaja nak carik penyakit order sirloin steak. Sib baik daging dah abis. Chicken chop, chicken chop la. Apa yang pasti harga dah naik singgit, tapi ayam dia lebih besar nampaknya. Selain tu aku mintak ice jelly. Best kan. Ni baru best. Kedai nih bukan ada setakat ABC special yang paling best kat JB, malah ada memacam jenis minuman lagi. Setel ja kat sini terus bergerak ke Jakel tampoi. Dah dapat semua material yang dikehendaki. Siap jumpa ex-student lagi. Hampir tak kenal pasal dah bertambah chubby. Bukan

Dari Char Koey Teow ke Mihun Soto

Imej
Belasah ajer la iqa, janji makan jugak kan Dari tadi, masa aku sampai rumah, tengah buat sistem; sampai la ke dah setel semua, iqa ke hulu mintak Char Koey Teow, ke hilir pun mintak Char Koey Teow. Nak tak nak, kena la kuar pi beli. Sekali ronda kat Nusantara, kat Wan Seng tuh; tutup la pulak kedai dia malam nih, pi nusa perintis la pulak, pun sama. Sudah. Yang lagi best henpon pun aku tinggal. Aku gamble jer beli kat satu kedai nih. Memang tak biasa aku gi dia bukak. Tukang masak sorang ja. Tapi orang leh tahan gak ramai. Tengok gaya macam lambat ja nih. Sekali tokei dia pulak kuar. Ingatkan gi mana. Gi ambik tukang masak sorang lagi. Aku ngoder mee soto, mihun soto dan mee goreng. Leh tahan gak. Tak rugi la aku nunggu lama sikit. Ye lah kan. Tu sebab aku suka beli Char Keoy Teow. Paling lama satu dia masak 20 saat. Kalau 3 darab jer la ngan 3. Jap ja. Tapi nak buat camnakan malam nih. Nak Char Koey Teow, sudah jadi mihun soto. Belasah ajer la. Klik cerita penuh untuk detail>

Asyraf : Pit Stop #3 : Cendol Sungai Petani

Imej
Tarikh : 7 Disember 2010 Masa : 4.20 petang Tempat : Gerai cendol sebelah Petronas SP(S) Mood : Lama tak belasah laksa nih Sampai ja sini hujan agak lebat sikit. So, terus masuk cari meja, order, melantak dulu. Lama tak singgah. Sebabnya.. asal balik kedah, sampai mesti malam. Mana nak bukak lagi kan. Tapi lepas ni kena la ikut jalan lama untuk sampai ke baling.. Sure lemau punya la kan.. Tak kisah la.. Yang penting makan mau best kan.. Dalam perjalanan balik sempat pusing pusing lam pekan lama sungai petani. Banyak lagi bangunan bangunan lama yang terselit di celah celah pembangunan.. Klik cerita penuh untuk detail>>> Terus ambik tempat.. Order please!!! Saya pun nak makan laksa jugak la Alamak.. laksa ni lagi best la.. rugi makan kat r&r tadi Ni khas untuk mihun sup ja.. daging ja ya Cendol dan yang paling hujung laksa Ambik gambo dulu sebelum licinkan laksa nih Cendol pulut yang masih tak diusik.. Adik teringin nak