Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel danga bay

Digi Store - Danga Bay : Sim Card Replacement

Imej
Digi Store - Danga Bay : Sim Card Replacement. Semalam digi store ni tutup. Nak tak nak terpaksa la nunggu hari ni. Semak waktu masa lunch tadi. Cantik! Sampai 6.30 petang. So. Tak payah la aku gi merayap masa lunch. Balik kerja terus singgah sini. Hujan lebat la pulak. Tak dapat nak snap snap bebanyak. Masuk. Terus ada staf entertain. Kejap ja urusan. Alhamdulillah. Nampak sangat aku ni lambat tul berubah. Bila dah terpaksa pakai nano baru la sibuk nak gi tukar kad. Dulu masa memula beli Galaxy Camera pun dah gelabah jugak bila first time pakai micro. Kui kui kui. Tapi sim card era baharu ni senang. Dah ada potongan nano dan micro. Bebila boleh masukkan semula untuk saiz berbeza. Tu yang aku rasa lebih selesa amik kad baru. TQ Digi.

Danga bay revisit

Imej
Danga bay revisit. Lama tak lepak sini. Sementara nak nunggu keter savvy setel di inspect.

Jom Heboh @ Danga Bay - A black Sunday

Imej
Lepas habis je aturcara Karnival ICT kat SMK Tanjung Adang; langsung aku balik ke rumah. Sesampai jer kat rumah adik ngan Iqa memasing dah terlompat-lompat. Yei..yei.. abah dah balik. Pas ni boleh gi Danga Bay. Siap nyanyi tu.. Jom jom jom.. jom heboh heboh Memang tak leh nak nolak lagi.. Memula kasi abah tido jap dulu Abah bangun kita jalan gi Danga Bay Sebelum tu atuk sama nenek sama adik gi kenduri dulu. Aku apa lagi. Layan tido dulu.. Lam kul 4 aku dah terbangun. Adik pun dah balik. Lepas siap-siap terus kitaorang jalan ke Danga Bay. Sampai kat Uda jer jalan dah mula jem. Humang aii.. Banyaknya kereta. Ni tanda-tanda awal boleh retreat balik ni. Tapi Tuhan memang mempermudahkan perjalanan. Aku dapat parking yang best depan Bayleaf. Pas parking terus aku beli jer tiket keretapi. Senang sikit. Pasal aku pun bukan larat sangat nak jalan jejauh. Penat weh.. Dah la 4 hari dah tak cukup rehat. Sekali bayar RM20 untuk semua. Huh.. dah naik harga rupanya.. Dah lama la aku tak naik keretapi