Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel demam

Fiqri ke Klinik 1Malaysia Taman Nusantara

Imej
Fiqri ke Klinik 1Malaysia Taman Nusantara. Nak gamble time time nak raya ni tak berapa best. Semalam bawak dia ke Klinik 1Malaysia. Jamin bukak punya. Demam. Dah semalaman merengek ja. Campur semalam, dah dua malam. Semoga cepat sembuh ye nak. Tak sempat nak ngambik gambo pun. Tinggal mama kat depan. Aku gi cari parking. Masuk dah setel dah pun. Aku sorang jer kot kat dalam tu, Parking penuh pasal ni kawasan flat nusantara. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Adik Inaz ke klinik

Imej
Adik Inaz ke klinik. Sian adik inaz. Lepas balik dari silap, badan tak tentu rasa. Tapi merayap beraya bersama. Balik dari Mutiara Rini langsung ke klinik. Panas. Over 39. Doktor terus masukkan ubat. Tonsil pun bengkak. Get well soon.

Back to nature 2015 : Fiqri ke Klinik Tan

Imej
Back to nature 2015 : Fiqri ke Klinik Tan. Suhu badan naik la pulak. Sian fiqri. Doktor kata just demam biasa. So, dapat ubat demam aje. Bayaran? Rm13. Bior betui. Paling Terbaaeekkk!!!!

Klinik Rozikin marathon

Imej
Klinik Rozikin marathon. Kamih ke sini. Bawak si iqa yang demam, alah dan muntah muntah. Jemaat ke sini lagi, bawak fiqri yang batuk dan muntah muntah. Hari ni... mama ngan ziqri la pulops, tapi tak bawak la ke sini. Ish ish ish...

Demam Piala Dunia 2014 bermula

Imej
Demam Piala Dunia 2014 bermula. Memang terbaeekkk!!!! Memasing pasukan berhempas pulas untuk membuktikan merekalah yang terbaik. Same goes to penyokong. Memasing memberi sokongan tak berbelah bagi pada pasukan pilihan masing-masing. Cumanya. Lepas ni. Banyak la kita akan nengok orang ngan mata lebam lebam. Pakat dok layan world cup katanya. Muka ala ala ngantuk, lembik bagai. Hehehehe. Aku memang tak layan bola. So, agak terkeluar sikit la dari golongan mata lebam ini. Diharap, produktiviti tak la menurun sama kan. Bola, bola jugak. Kerja, kerja jugak. Dan aku rasa. Orang lebih tahu pasal world cup yang mula malam ni, dari malam ni malam nisfu syaaban. Fikir-fikirkan la. the team entering bola rasmi 2014 disamping piala idaman semua team go for the best. cam biasa. aku sokong Jepun!!! Ahahaha... Sokong aje. Tengoknya tak jugak. Nak tengok full reso leh gi sini, memang dah diset hanya untuk view atau print sahaja oleh FIFA -  http://resources.fifa.com/mm/documen

Adik Inaz demam

Imej
Dah kena cucuk ambik darah.. cian adik inaz Hari Khamis lepas adik inaz demam panas. Petang tu, aku terus ke klinik bawak adik inaz. Masuk jumpa doktor and ayat yang tak gemar aku tunggu pun kuar.. kena check darah ni. Alamak.. Kalau aku zaman kebudak dulu dah lari kuar spital dah nih.. Ni memang bebetul aku lari. Tapi ni cemana nih.. Bawak inaz masuk. Letak atas kerusi.. Abang kena pangku anak ni bang. Ye ker.. Alamak.. Terus aku pangku inaz. Tapi tolong pegang sekali yer.. Boleh.. memang saya tolong pegang sekali ni.. Sekali dia cucuk. Ngan aku pun dah kenoning kepala. Sudah.. Lagu mana ni.. Bapak dia yang lebih lebih nak tumbang dulu. Abis.. cemana nak buat ni. Kepala aku dah weng. Masa misi tu urus inaz. Aku sandar kat kerusi tu, layan kepala jap.. Bengong cenggini.. Pastu aku gagahkan diri jugak bangun bawak sample darah tu ke makmal. Semua mata dah dok tengok aku. Aku rasa jalan terawang-awang tu. Mesti tahap melelong nyer aku jalan. Sampai makmal. Letak sample darah t

Ziqri demam lagi

Imej
Tarikh : 1 Oktober 2010 Masa : 6.00 petang Tempat : Rumah den la Mood : Penat penat manja Sian nengok kan si ziqri nih.Tidur pun tidur tidur ayam ja. Masa dia tido cenggini ja baru dapat tempek cool fever tu. Masa lain jangan harap. Dia pandai kopek, pastu campak. Lepas kasi ubat ngan antibiotik ni, baru dia tidur. Tempek la cool fever tu kat kepala dia. Harap harap cepat sembuh.. Klik untuk cerita penuh Enjoice...Sharing is power!!!

Ziqri demam

Imej
Tarikh : 30 September 2010 Masa : 6.30 petang Tempat : Rumah den Mood : Alamak.. ciannya ziqri Sampai jer rumah nengok si ziqri merengek jer. Ala.. ziqri demam la pulak. Ambik ubat. Tapi pastu aku la yang kena bagi, sebab pengalaman lepas; bila semua orang bagi, dia dah jadi takut nak dekat ngan sesapa pun. Last-last kurus. Takut sangat. Bila orang pegang semua dia ingat orang nak bagi dia makan ubat. So, last-last aku sorang jer bagi dia makan ubat. Sekurang-kurangnya, dia tahu, kalau aku yang pegang memang nak kena makan ubat la tu. Harap-harap cepat baik ye ziqri. Klik untuk cerita penuh Tengokla ziqri ni ha.. demam pun cam tak demam. Actually, anak-anak aku; termasuk aku sendiri agaknya. Memang tak reti nak diam, walaupun demam. Tapi memang suhu tinggi, tapi sekali nengok cam tak demam jer. Banyak jugak orang yang selalu kata aku demam bila lepas jabat tangan. Tak tau la. Pasal aku memang susah nak tau bila aku demam, sebab badan aku sentiasa panas. Bila pening s

Ziqri's first fever

Imej
Sedih tul nengok ziqri. Langsung dah tak ketawa lagi dah. Nangis jer. Memalam memang langsung tak leh tidur. Jelum, basahkan satu badan, dukung. Sampai la ke pagi. Risau jugak bebudak kecik demam ni.. Enjoice...Sharing is power!!!

Inaz masih muntah-muntah

Imej
Risau betul la dengan Inaz. Semalam jer dah memang aku tak tido malam dibuatnya. 3 kali muntah teruk. Pagi tadi muntah lagi dalam 2-3 kali lagi. Sebelum gi klinik pun masih boleh muntah lagi. Sampai jer ke klinik, tengok aikk.. kosong jer. Alamak bang, doktor baru jer kuar lunch. Adehh.. Leh pulak sampai doktor lak kuar. Gi klinik puteri. Sib baik doktor ada. Dia masukkan ubat demam dengan muntah ikut bontot adik. Adik memang dah tak nak dah masa dia nak masukkan ubat muntah tu. Tapi last-last leh jugak. Pastu doktor kasi adik mc dua hari, hari rabu baru naik sekolah. Sekali masa tunggu nak ambik ubat, adik boleh loya nak muntah lagi. Adooii.. Aku terus lari keluar klinik jer. Pasal tu la tempat paling cepat aku leh pergi. Adik muntah kat longkang luar. Siann adik. Sebelum sampai rumah mama lak muntah. Dah jadi acara berganti-ganti. Balik jer terus bagi makan ubat. Pun muntah. Makan bubur, pun muntah. Pas bagi makan ubat angin adik tidur. Tapi pastu muntah lagi. Malamnya dia terbangun,

Pagi yang berterabur...

Imej
Pagi ni memang agak berterabur sikit bagi aku. Memula bangun pagi mest check dulu kepala iqa. Hmmm.. panasnya.. sahih, sama cam tekaan aku semalam. Pagi ni dah mula nampak tanda demam. Tu pun dok merengek lagi nak gi sekolah. Takkan nak kasi pergi kan. Kasi makan ubat. Buat susu. Suruh dia dok depan, rehat-rehat. Tu pun sibuk nak membaca.. Aduhai... Bukan apa kalau adik dia nampak dia tidur lagi lam bilik mesti adik dia pun taknak gi sekolah. Sapa tak kenal inaz. Pastu terus bangunkan inaz, terus mandikan. Sekali masa balik ke bilik nampak lak kakak dia baring kat depan. Kakak tak mandi pun. Ye la.. Kakak kan demam. Hmmm.. pagi ni memang ambik masa banyak sikit la untuk uruskan budak-budak ni, yang bagusnya; jalan pagi ni clear dari rumah sampai ke sekolah. Al-maklum sahajalah.. Selamat Tahun Baru Cina maaa...

Iqa peniiingg...

Imej
Iqa pening kepala la abah.. Itu la ayat iqa masa aku sampai ke sekolah pagi tadi. Biar betul.. Memang aku tak perasan sangat perubahan dia pagi ni. Siap kuar kereta macam nak muntah pun ada. Iqa demam ker. Tak.. Iqa pening jer.. Terus raba dahi dia. Tak panas sangat. Maybe pasal kes minum susu overdue semalam kot. So baru nampak dia nyer efek. Tanya iqa lagi, nak sekolah tak? Sudah pasti jawapan iqa semestinya ya. Tak pernahnya tak. Habis jer sekolah iqa cakap dia tak larat sangat hari ni. PAsal tadi pun kebetulan dia PJ. Aku dah tak sedap hati. Target aku, ni alik ni tak maghrib mesti sebelah malam suhu dia pasti naik punya. Tak sampai malam, maghrib tu dia dah mula merengek. Rasa dahi dia.. Sahih.. dah sampai dah demam dia.. Alamatnya esok tak gi sekolah la iqa.. ps : lepas makan ubat tadi sempat lagi dia bisik, esok iqa nak gi sekolah la abah.. Ish ish ish..