Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel demam denggi

Penawar Demam Denggi Telah Berada Di Pasaran

Imej
Penawar Demam Denggi Telah Berada Di Pasaran Ubat yang diekstrak daripada daun betik untuk dijadikan penawar demam denggi sudah berada di pasaran, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya. Beliau berkata ubat dalam bentuk cecair dan kapsul itu boleh didapati di hospital dan farmasi. "Buat permulaan, kementerian hanya mengedarkannya dalam bentuk cecair. Bagi kapsul orang ramai boleh membelinya di farmasi," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidifitri Homestay Pulau Pinang di Teluk Bahang dekat sini. Yang turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Rashidi Hasbullah dan Konsul Jeneral Republik Indonesia di Pulau Pinang, Taufiq Rodhy. Dalam perkembangan lain, Dr Hilmi berkata Kementerian Kesihatan belum membuat keputusan berhubung larangan penggunaan rokok elektronik (e-rokok). "Anak-anak muda kita cenderung letak macam-macam dalam e-rokok seperti nikotin, dadah dan daun ketum. Ini yan

Cegah Denggi

Imej
Cegah Denggi. Tadi ada beberapa pegawai kesihatan datang ke rumah. Pemeriksaan sikit. Ada kes denggi katanya. Petang ni akan ada sesi semburan. Bergantung pada cuaca. So. Tunggu pengumuman. Demam Denggi Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti. Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4). Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya. Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi. Tanda dan gejala Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari. Selalunya ia akan bermula dengan