Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel disney princess

Hadiah pilihan Balqis

Imej
Tarikh : 14 November 2010 Masa : 11.00 pagi Tempat : Rumah Mood : OK la Itu hari dah janji. Kalau dapat nombor 1, boleh pilih apa saja mainan yang diaorang nak beli kat supermarket. Adik tercalon dalam senarai pendek 3 orang untuk best student, iqa lak nombor 2 kat sekolah harian dan nombor 1 kat sekolah agama; jadi kira boleh la diterima pakai lagi janji dulu tu. So, semalam kitaorang pergi la ke jusco untuk sesi beli hadiah balqis nih. Dedua ni memang nak beli baby alike sebenarnya. sekali tarak. Yang ada baby apa ntah Jepun mari. Harga satu lam RM89 sekor. Sama spesis ngan baby alike la nih. siap pakat pilih susu la, makanan la, pampers pun ada; tu lum kira tempat berak lagi tuh. Sekali pastu jumpa la pulak set lengkap cam baby alike nih. Tapi ada satu set ja. Dah melalak si iqa. Last last mama dia soh beli yang murah ja. Pastu beli set kelengkapan disney princess yang original untuk tahun depan. Kira ok la tu. Klik untuk cerita penuh Last last ni la anak patung

Iqa, Inaz dan Princess

Imej
Iqa memang dah takleh berpisah ngan princess nih. Pantang jumpa barang ada label princess, semua dia nak. La ni dah berjangkit la pulak ke Inaz. Jadinya, semua barang kena beli dua. sama lak tu. Nak share jauh sekali. Kalau setakat botol air ke apa ok la lagi. Ni sampai majalah princess pun nak kena beli dua jugak. Pening la jugak kepala. Pastu jumpa lak buku sticker panini. Nostalgia tuh. Tak sangka dari aku kecik main nih, anak-anak aku pun dapat merasa jugak. Siap mintak belikan sticker sorang 5 bungkuih.. Parah wooo.. Harga dah dekat 3 kali ganda masa aku memula main dulu. Layan ajer la.. Enjoice...Sharing is power!!!

Birthdayku dan syafinaz

Aku pun dah tak ingat dah pasal besday aku ngan syafinaz nih. Penat dok menyetel sistem pendaftaran tahun 1 online. Memang tak tahan nengokkan muka inaz tak puas hati pasal aku cakap hari ni besday ziqri. Mama dia leh rakam lak tu part tu. Apa pun dah makin tua setahun dah kami berdua. Semoga inaz akan lebih matang lepas ni. ps : cerita ini dirakamkan semasa cuti sekolah yang lepas, harap maklum.. hihihi Enjoice...Sharing is power!!!

Design Besday Cake Iqa & Mama

Imej
Siap jugak buat design untuk kek besday untuk iqa ngan mama dia.. Ada 7 design princess yang iqa suka. Aku suruh la iqa pilih. Tapi apa yang jadi.. Last-last aku yang pujuk dia amik yang ni. Pastu tacap lebih kurang sikit. Kalau ikut design asal ada princess tu aje.. Aku taruk background kaler pink cam yang iqa suka, taruk overlay star sesikit. Taruk text.. Ucu, dah confirm ke kek tu. Dah. Nak yang mana.. Pilih balik.. Last-last amik yang bulat jer. Amik yang besar bukan habis pun. Pastu amik recipe cheese choc.. Tahun lepas amik strawberry choc langsung tak habis.. Dekat suku kek buang.. Tahun ni amik ngam-ngam jer la. Dah settle sumer tanya ucu balik. So, amacam.. nak emel design ke mana ni.. Amik ni alamat emel dia.. Waa.. bukan malaysia rupernyer.. sekali singapore daa.. OK ler.. Patut cakap leh siap senayan ni. Kalau ikut polisi 7 hari untuk luar lembah kelang, sekali dia hantar singapore daaa..