Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel edisi terlepas

Kehadiran ke Bazar Ramadan yang berjaya dikekang

Imej
Kehadiran ke Bazar Ramadan yang berjaya dikekang. Tahun ni memang betul betul menarik. Cubaan untuk mengekang kadar pembelian di Bazar Ramadan berjaya terlaksana. Bukannya tak pergi langsung. Pergi. Tapi beberapa kali dan hanya kuih muih aje pun. Adalah kekadang terbeli ikan bakar sikit. Seingat aku, sepanjang Ramadan ni aku gi Bazar 5 kali aje. Rekod baru tu. Nak gi pun agak boring sebab memang terlampau ramai orang. Kalau dulu. Hampir boleh tukar tukar bazar lagi. Terasa betul nak gi Bazar Taman Universiti. Pasal semua ada. Tahun ni. Haram. Nusa Perintis tu pun dah kira OK ler tu. Lepas ni mungkin terasa jugak. Dah tak lalu jem lagi dah untuk ke Bazar. Ni gambo gambo yang sempat aku ambik sepanjang kehadiran aku ke Bazar Ramadan.

Edisi terlepas : Birthday Adik Inaz

Imej
Edisi terlepas : Birthday Adik Inaz. Dah sebulan aku tak nulih. Punya la sibuk nak habaq kat hangpa semua kengkononnya. Ahahaha. Betui cam sesetengah orang kata. Facebook lama kelamaan akan mengikis habit seseorang blogger. Dan dah ramai blogger yang bungkuih dah pun sebab malas nak hapdet kat dua tempat. Aku? Makin terkikis gak tu sikit demi sikit tu. Tapi... insyaAllah. Ni pun dah mula nulih balik ni. Ni kisah sebulan yang lepaih. Cerita harijadi adik inaz. Read on...

Edisi terlepas : Majlis Makan Malam bersama TPM di Seri Satria, Putrajaya

Imej
Edisi terlepas : Majlis Makan Malam bersama TPM di Seri Satria, Putrajaya. Ni memang entry lama. 9 Januari tuh. Bukannya fokus pada majlis makan malam tu, tapi behind the scene. Dari mula kami sampai ke sana, sampai la kami balik semula ke Johor. Yang part majlis tu dah masuk dah pun dedulu. Ahahaha... Yang ni saja masukkan lewat-lewat sikit.

Edisi terlepas : i-City, Shah Alam

Imej
Ni gambar lama. Tapi tak la lama sangat. Gambar kami sekeluarga bercuti di i-city. Pasal ada 3 kamera. Yang dalam tab ni la pulak yang terlepas nak hapdet. Leh tahan gak tempat ni. Menarik. Yang penting, sediakan duit ajer la.

Edisi terlepas : Sembahyang Raya Haji 2010

Imej
Ni dah lama punya edisi sebenarnya. Raya haji punya cerita. Kisahnya itu hari, masa nak transfer gambar dari hp SE aku tu, ada masalah. Siap download memacam dreber untuk betulkan bluetooth kat pc ni ha. Tapi bila aku send ke hp boleh la pulak, masalah timbul masa nak receive file dari hp ja. Hari ni saja amik gambar kat angsana guna hp ni lagi. Baliknya try transfer ke pc. Boleh la pulak. Maybe pasal malware yang bertiga tu kot yang hidup aman damai selama ni kat pc aku nih. Aku install malwarebyte dua hari lepas, dan tiga ekoq malware ni memang dah berjaya dibuang. Agaknya la, depa ni la yang menyebabkan aku takleh transfer pix dari hp aku ni. Ni la gambar yang aku amik masa raya haji itu hari kat semejid gelang patah. Cuma masih ramai la yang keluar sebelum abis khutbah raya.. Dah terbiasa ngan semayang jemaat la tu. Semayang raya dia terbalik, semayang dulu baru khutbah. Apa pun layan.. Ni aje la gambo yang aku amik raya haji itu hari. Nak amik gambo lembu kena korban, takut