Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel fever

Ziqri's first fever

Imej
Sedih tul nengok ziqri. Langsung dah tak ketawa lagi dah. Nangis jer. Memalam memang langsung tak leh tidur. Jelum, basahkan satu badan, dukung. Sampai la ke pagi. Risau jugak bebudak kecik demam ni.. Enjoice...Sharing is power!!!

Inaz masih muntah-muntah

Imej
Risau betul la dengan Inaz. Semalam jer dah memang aku tak tido malam dibuatnya. 3 kali muntah teruk. Pagi tadi muntah lagi dalam 2-3 kali lagi. Sebelum gi klinik pun masih boleh muntah lagi. Sampai jer ke klinik, tengok aikk.. kosong jer. Alamak bang, doktor baru jer kuar lunch. Adehh.. Leh pulak sampai doktor lak kuar. Gi klinik puteri. Sib baik doktor ada. Dia masukkan ubat demam dengan muntah ikut bontot adik. Adik memang dah tak nak dah masa dia nak masukkan ubat muntah tu. Tapi last-last leh jugak. Pastu doktor kasi adik mc dua hari, hari rabu baru naik sekolah. Sekali masa tunggu nak ambik ubat, adik boleh loya nak muntah lagi. Adooii.. Aku terus lari keluar klinik jer. Pasal tu la tempat paling cepat aku leh pergi. Adik muntah kat longkang luar. Siann adik. Sebelum sampai rumah mama lak muntah. Dah jadi acara berganti-ganti. Balik jer terus bagi makan ubat. Pun muntah. Makan bubur, pun muntah. Pas bagi makan ubat angin adik tidur. Tapi pastu muntah lagi. Malamnya dia terbangun,

Back to Nature - Day 2

Imej
Awal pagi lagi mama dan nenek kuar ikut atuk kedah gi Pasar Tani. Bukan senang nak sampai sini. Banyak gak yang dibelanja. Pas habis jer program kat pasar tani, mama terus gi Wah Seah pulak. Memang sakan berbelanja. Maklumlah, bukan selalu turun baling kan. Sementara tu pakcik dan atuk sibuk berbelanja untuk kenduri kesyukuran pakcik esok. Lupa nak cakap. Pakcik mengajar kat Lahad Datu, Sabah sana. Maknanya lengkapla seluruh keluarga kami kat serata pelusuk Malaysia. Aku kat Johor, Mak Yang kat Selangor, Paksu kat Kedah, Mak Ngah kat Sarawak dan Pakcik kat Sabah. Badan aku dah mula rasa tak sedap masa amik mama tadi kat pekan. Tapi aku wat gaya-gaya bolayan jer. Takde apa ahh. Iqa dan adik memang dok terbaring jer. Panas badan diaorang. Sebelah petang, mak tak puas hati; dia pegang gak badan aku. Sah. Aku pun demam jugak. Mak terus paksa aku gi klinik dengan pakcik nanti. Takpe la tunggu pakcik balik dari sungai petani dulu la. Sementara tu mama dengan paksu sibuk dok ambik moktan kat

The return of .. Iqa demam

Imej
Alamak. Pagi ni Iqa ngadu pening kepala. Mama rasa kepala dia. Panasnya. Apa-apa hal, tampal koyok dulu. Ni adik dia yang sibuk nak tolong tampalkan. Lepas aje dah tampal kat kepala dia, terus dia pun kengkonon pening jugak. Alamak.. dia pun nak jugak. Dalam kul 10, panas Iqa masih tak turun-turun. Mama suruh bawak gi klinik. Aku ingat ubat demam adik masih ada lagi ni. Ha.. Nasib baik. Terus bawak Iqa ke dapur, kasi dia makan ubat ni dulu. Kalau tak kebah jugak, bawa ke klinik la. Lepas makan ubat, Iqa asik nak muntah jer. Tapi tak muntah pun. Maybe dia rasa mual jer kot. Lepas kasi susu. Terus dia tidur. Sesambil tu jelum kepala dia. Yang bestnyer, ngan aku-aku sekali tidur. Sedar-sedar dah melompat-lompat Iqa kat luar. Hish budak ni.. Apa pun. Alhamdulillah.. Chiaoooo... __________________________________________________________________________ Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com

Adik dah leh ketawa-ketawa

Imej
Tajuk dah boleh ketawa-ketawa Tapi naper gambo tak ketawa pun Baca terusss Kisahnya dari semalam kan suhu dia panas asik muntah jer So pagi ni salah sorang kena la stay jaga Pikir nyer pikir mama jer ler dulu dok rumah jaga kalau esok tak elok juga aku nyer turn la pulak kan So masa aku balik tadi Nengok dah ok dah boleh lari-lari dah boleh ketawa tadi badan still agak panas so kena bagi makan ubat ni adik ni liat sikit makan ubat macam-macam alasan bagi dah kenyang la nak muntah la nak air dulu la memacam la tu yang muka cebek tu last-last satu jenis ubat jer dapat ditelan hish susah tul siap kena grip ngan aku lagi mama dia sumbat jer ubat lam mulut tu pun leh kuarkan balik tu payah sungguh layan jer lerr siap pas ni