Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel gerai tomyam

Jom Ronda-Ronda : Tomyam Food Court Tesco Bukit Indah

Imej
Satu kelainan sikit. Jarang kat food court ni yang jual makanan ikut set. Aku nak makan lain sebenarnya, tapi pasal mama kata kita beli jer set ni, kira terpaksa on la jugak. Set ni harga dia RM17. Dalam set dia ada sup cendawan, ayam black pepper, telur bungkus, sayur campur dan dua pinggan nasi. Memang aku rasa 4 orang pun masih leh makan lagi, or aku memang makan sikit kot. Tapi memang berbaloi la kan.. Klik untuk cerita penuh Ni ler yang ada untuk set ini. Siap amik gambo ngan Ziqri lagi.. Enjoice...Sharing is power!!!

Jom Ronda-Ronda : Restoran Mana Lagi, Pontian

Jenuh cari tempat makan. Sama macam dulu. Pasal kat Batu Pahat memang kurang tempat makan yang kena ngan taste aku dan famili aku agaknya. Last-last cam dulu gak.. Cari restoran on the way balik, pasal kitaorang ikut jalan lama. Derian toksah cerita la. Memang bertabur tepi-tepi jalan tu. Nak jadi cerita, masa dok sibuk milih derian lepas pada senggarang tu, nampak la pulak restoran mana lagi ni kat tepi jalan sebelah kanan. Alamak. Belasah jer la. Pasal perut pun dah lapar. Mama order ikan siakap sederhana masak tiga rasa, tomyam campur tolak daging 2 orang makan, kailan ikan masin dua orang makan, sotong goreng tepung. Aku lak sesaja wat kelainan order mee ladna, pasal lama aku tak makan mee nih.. Rasa dia memang boleh tahan. Aku kasi 3 setengah bintang. Harga pun leh tahan. Baru RM67.. Boleh la kan. ps : tapi dia punya mee ladna aku leh kasi 4 bintang la.. ngam Enjoice...Sharing is power!!!

Gerai Tomyam Seafood

Imej
Petang jemaat lepas mama suruh kuar jugak untuk belanja bulan. Tak yah jejauh.. Pergi YOS jer.. OK ler.. Ajak ucu ngan iqa sekali. Banyak jugak yang aku nak beli sebenarnya. Dari hardware sampaila ke barang dapur. Memula pergi kedai sparepart. Nak beli minyak power stereng untuk keter sawi. Dah kering.. Pelik gak pasal leh kering tuh.. Beli minyak proton nyer. Dia kasi kat aku RM22 jer.. Kalau kat proton mesti lebih nyer.. Dah settle kat situ pergi belanja bulan kat Yos. Tetiba iqa kata dia nak makan. Aku tanya nak makan apa? Ntah la.. Iqa tak tahu, tapi iqa nak makan. Hahaha.. Iqa ni kelakar la.. So terus aku bawak ke area Awana sana tu.. :: Klik untuk cerita penuh :: Aku terus parking sebelah awana. Abah nak makan sini ker.. ha'ah.. iqa tak suka, iqa nak makan tempat lain. Pastu aku nengok kat depan ada gerai Char Kue Teow.. Nak makan kat sana. Nakk.. Eleh.. Takyah la.. Tu ada Char Kue Teow jer.. Iqa mana makan.. Last-last aku bawak ke kedai selang 2 pintu dari awana. G