Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel guru data

KURSUS PROFESIONALIME PENGURUSAN MAKLUMAT ASAS PENDIDIKAN (EMIS) KEPADA GURU DATA BAHARU BIL 3/2014 NEGERI JOHOR

Imej
KURSUS PROFESIONALIME PENGURUSAN MAKLUMAT ASAS PENDIDIKAN (EMIS) KEPADA GURU DATA BAHARU BIL 3/2014 NEGERI JOHOR   Kursus Profesionalisme Pengurusan Maklumat Asas Pendidikan (MAP/EMIS) kepada Guru Data Sekolah Rendah dan Menengah Negeri Johor ini adalah dibawah anjuran Sektor Pengurusan Maklumat. Kursus selama tiga hari dua malam ini adalah bertujuan untuk memberi garis panduan yang jelas secara menyeluruh tetang penguasaan, kemahiran dan penyelarasan pengurusan emis diperingkat sekolah. Guru Data didedahkan dengan asas pemprosesan maklumat (basic query microsoft access) agar berupaya menganalisis dan mengeluarkan data diperingkat sekolah untuk semakan dengan lebih tepat. Guru Data dibekalkan modul ringkas tatacara pengisian maklumat berdasarkan variable yang tedapat didalam EMiS Online.Seramai 55 orang guru data telibat dalam kursus ini.

Taklimat Guru Data Negeri Johor 2014

Imej
Taklimat Guru Data Negeri Johor 2014. Bermula 15 Jun sehingga 19 Jun yang lepas, satu taklimat khas kepada semua guru data negeri Johor telah dilaksanakan untuk 5 siri di 5 lokasi yang berbeza. Tumpuan lebih kepada langkah kerja guru data dan sedikit penekanan kepada pelabelan guru. Bahan bengkel boleh dimuaturun di url berikut :  http://jpnjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/bahanpro.php?A=2909 Apapun. Hanya satu hari ja yang aku leh join. Pastu keadaan kaki aku memaksa aku untuk bertemu doktor; dan bermula la episod aku kena kuarantin kat rumah. Hehehehe... peserta awal di dewan seminar, jpn johor

Kursus Guru Data Baru Negeri Johor Bil 1 2013 part deux

Imej
Kursus Guru Data Baru Negeri Johor Bil 1 2013 part deux Tempoh : 11 - 13 Mac 2013 Lokasi : BTPN Johor, Skudai Sesi : Hari Ketiga Topik : Query melalui MS Access, Utiliti Semak Ralat, Penyata Emis, Pembinaan Report

Kursus Guru Data Baru Negeri Johor Bil 1 2013

Imej
Kursus Guru Data Baru Negeri Johor Bil 1 2013 Tempoh : 11 - 13 Mac 2013 Lokasi : BTPN Johor, Skudai Sesi : Hari Kedua Topik : Pengurusan Fail, JPMS, Basic Query melalui MS Access

Al-Fatihah

Imej
Petang tadi, around 2.25 petang, Rashid Wakimin, guru data SK Sungai Danga telah kembali ke rahmatullah kerana jangkitan kuman dalam darah. Aku baru sedar sms dalam jam 6 petang tadi. Memang semalam jumpa pk sekolah dia masa semayang jemaat, dan dia maklum jugak kat aku pasal perkara ni. Tapi... Nak buat cemana, memang bukan rezeki aku untuk jumpa Allahyarham. Semalam terlalu pack dengan pemantauan sekolah vsat. Apapun, bersama kita berdoa agar rohnya sentiasa dirahmati Allah dan ditempatkan bersama ahli syurga ^_^ Terbaeekkk!!!! by mknace Posted via Blogaway Galaxy Tab

Bengkel Pengurusan Kerja Guru Data daerah Johor Bahru 2011

Imej
Sebahagian dari komuniti Guru Data Johor Bahru Pagi Selasa lepas dimulakan dengan bengkel pengurusan kerja guru data yang dibuat di dewan SMK Taman Bukit Indah. Lama tak balik ke bekas sekolah lama aku nih. Tu yang cik Roslan cakap akhirnya pulang ke lubuk jugak aku. Tapi bukan bertugas kat sini balik la, datang untuk refreshkan balik guru data jb khususnya, sekaligus memperkenalkan muka orang yang asyik dok call pasal ralat emis tu aje. Terangkan balik tentang tugas guru data, tanggungjawab dan tindakan mereka tahun ni; dan aku jugak akan lebih kerap turun ke sekolah untuk buat pemantauan kerja. Terima kasih jugak untuk bos bos maklumat dari jabatan yang sanggup turun padang untuk bertemu dengan grassroot. Maklum la.. kami ni semuanya 'orang baru'. Apapun terima kasih pada pihak SMK Taman Bukit Indah yang telah membenarkan penggunaan dewan dan menyediakan semua keperluan untuk majlis ni>>> Ni dah sesi perkongsian. Beban tugas yang dah semakin banyak, t

Meeting PraVerifikasi EMiS Oktober

Imej
Tarikh : 26 Oktober 2010 Masa : 9.30 pagi Tempat : PKG Penggaram Mood : Ngeri ja Mesti jumlah ralat JB masih menggungguli, mesti punya. Hmmm.. ada 200 ralat. Balik nanti yang nampak tenat tu nak kena call nih. Apa pun, meeting diteruskan lagi dengan meeting pasal anugerah guru data n presmark. Banyak nak kena setel balik nanti nih. Dan.. akan ada satu meeting khas berkaitan presmark khamis ni kat jabatan pulak tu.. Klik untuk cerita penuh Ni la pkg penggaram, bangunan klasik tuh Ni namanya pra meeting.. meeting sebelum meeting bermula.. Meeting bermula ngan isu kutipan perdana oktober dulu Disambung ngan meeting ngan unit naik pangkat yang handle prestasi So, kita akan guna sepenuhnya sistem presmark untuk penilaian prestasi nih Pembentangan sistem presmark Tokei presmark Dah setel meeting Sempat lagi amik gambo gerbang tu sementara nak nunggu lampu bertukar hijau Enjoice...Sharing is power!!!

Bengkel Verifikasi Data EMiS Ogos - Day 2

Imej
Tarikh : 2 September 2010 Masa : 8.00 pagi Tempat : Hotel Katerina Mood : Tensen suam-suam kuku Semalam ralat last dah tinggal 180++. Harap-harap pagi ni ada improvement lagi.. Sampai ke kul 9.30 asyik dok call/sms guru data jer satu-satu. Last-last terus aku compile masuk excel, letak kat laman web ppd.. Banyak lagi tu nak kena setel. Lagi cepat diaorang dapat maklumat cenggini.. Yang tak best, petang tu makin bertambah ralat JB.. Naik 200++ balik. Sebabnya, semua guru data dok sibuk ngan nak hantar pengesahan data esoknya, pakat dok perbetul ralat, pindah sana, pindah sini, betulkan jadual.. orang yang lain lak yang naik ralat dia.. Adoiihhh... Klik untuk cerita penuh Waaa... aku yang first sampai.. tahniah.. terus download data JB untuk dianalisa Sedih nengokkan backdrop nih. huhuhu Aiyaaa.. lalat masih manyak mau betul maa... Lutfi pun dah naik syeh nengok aku dok amik gambo.. Lagi ekstrem gaya dia amik gambo Pembelian topup wifi untuk har

Mesyuarat Verifikasi Data - Day 3

Imej
Dah sampai hari last dah. Semalam last aku check dah tinggal 4 jer ralat untuk JB. Call GDM suruh betulkan. Harap-harap bukak pagi ni dah zero ralat la kan. Sekali bukak, dah naik >10 la pulak. Dah pining balik.. Takpe.. Teruskan usaha lagi.. Klik untuk cerita penuh Enjoice...Sharing is power!!!

Mesyuarat Verifikasi Data - Day 2

Imej
Waaa... Manyak kilija mau mikin. Manyak lalat mau setel. Manyak pinat looo.. Kina talipon manyak sikolah suluh kasi belisih lia punya lalat. Manyak talak suka hati. Pontian sama Mersing sulah clear lalat maaa.. Manyak tensen. JB ala lalam 30 lalat lagi.. Haiyaaa... ps : Minum pagi pun ganti miskut tiger saja loo.. haiyaa.. Klik untuk cerita penuh Enjoice...Sharing is power!!!

Mesyuarat Verifikasi Data - Day 1

Imej
Main target, ralat sifar.. waaaa.. sungguh mengerikan. Pembukaan lagi ralat JB masih > 60.. Banyak yang aku kena usahakan nih.. Apapun petang tu kuar makan kat Penggaram. Katanya Pisang Goreng best. Tapi silap la pulak bila aku dengar ada rojak campur pisang, rupanya pisang tu ngan kuah banjir. Jadi melepas la aku makan pisang goreng tu, terorder la pulak mee tauhu; yang aku sendiri tak suka tauhu. Kelakar bila ingatkan balik. Makan malam tu cara berhidang. First time aku makan kat hotel cara berhidang. Lepas makan sambung balik mesyuarat. Tengok ralat pontian yang dah tinggal 3 tu rasa tensen la pulak. Malamnya kuar ngan memember ke Summit. Diaorang lepas geram berbowling. Aku?? Cam biasa.. Lepak jer. Lagipun pinggang aku memang sakit tadi. Off light... Klik untuk cerita penuh Enjoice...Sharing is power!!!