Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel hari guru

Ucapan Perasmian Perayaan Hari Guru Daerah Johor Bahru 2010

Ucapan Perasmian oleh Tn. Hj. Md. Jais bin Sarday, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Johor sempena Perayaan Hari Guru 2010 bertempat di SMK Taman Sutera pada 27 Mei 2010. Sebab ucapan jer dah dekat 30 minit maka kena la aku pecahkan kepada 3 segmen. Youtube terima 10 minit jer. Paling lama aku compile dan haplod ke youtube. Satu segmen amik masa lebih kurang 4 jam untuk haplod, siap satu error la pulak; dah jadi plus minus 14 jam untuk haplod ucapan ni saja. Tapi yang penting semua dah naik. Koir jer yang belum aku setelkan lagi.. Enjoice...Sharing is power!!!

Ucapan Alu-aluan sempena Hari Guru JB 2010

Ucapan penuh Tuan PPD sempena Hari Guru itu hari. Lepas ni memang aku akan buat cenggini jer. Baru la boleh delete raw files dengan tenang, pasal semua dah dihostkan.. Enjoice...Sharing is power!!!

Perayaan Hari Guru daerah Johor Bahru 2010

Hari Khamis lepas di SMK Taman Sutera perayaan Hari Guru peringkat daerah dijalankan. Memang boleh tahan. Seronok nengok bebudak ni buat persembahan. Ingatkan nak wat satu bideo jer. Alang-alang nak bagi semua nengok full, dah jadi banyak. Yang ni kira overall. Nanti aku masukkan yang lain sesikit. Enjoice...Sharing is power!!!

Selamat Hari Guru dari Balqis

Imej
Hari ni lepak-lepak jap sambil layan tibi. Selasa ni dah sibuk nak kaber MSSM. Tetiba iqa tanya bila nak buat kad hari guru dia. So, terus jer la pi kat pc dan bukak Hallmark card studio. Haaa.. Iqa pilih mana yang iqa nak. OK.. Last-last yang ni yang dia pilih.Semua design iqa yang pilih. Aku tolong sikit-sikit jer. Esok iqa nak bagi kat cikgu-cikgu dia. Pastu aku tanya. Cikgu-cikgu iqa dulu camner. Camner iqa nak bagi haa.. Abah masuk lam internet la. OK la.. nanti abah print satu lagi bagi kat sekolah lama iqa tau. OK.. Yang adik ni pulak dah dibuat hari Khamis lepas. Adik tak banyak crita sangat. Apa yang ada dia amik jer. Tak yah tambah lebih-lebih. Yang bestnya.. Hari guru dia jemaat lepas siap dia lupa nak kasi kat teacher-teacher dia.. Aduhai si adik sorang ni. Senin ni baru dia nak bagi balik. Dan perkara yang paling best adalah... siap tinggal beg kat sekolah lagi.. bersama dengan kad-kad dia ni.. Enjoice...Sharing is power!!!

Selamat Hari Guru 2010

Imej
Walau pelbagai rintangan digalas, walau pelbagai tanggungjawab disandang, walau pelbagai onak dan duri terpaksa diharungi, namun; anak bangsa terus dididik dan diajar, dengan tabah lagi sabar. Itulah insan yang bergelar guru yang kukenali. Selamat Hari Guru! Enjoice...Sharing is power!!!